Saturday, March 13, 2010

PERUTUSAN PEMBUBARAN MPP 0910 DARI MEJA YDP

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera…

1 Mac 2010, tarikh yang dipilih oleh pihak pentadbiran universiti bagi pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 setelah genap satu tahun MPP 0910 berkhidmat kepada mahasiswa/I unisel. Secara langsung ia akan membuka kepada satu pilihanraya kampus yang ke3 bagi pemilihan pimpinan mahasiswa yang baru untuk sesi 2010/2011 dalam masa yang terdekat.

Alhamdulillah, ia merupakan satu jangka masa yang amat bermakna kepada 28 ahli majlis yang mana telah berkhidmat sebaiknya kepada mahasiswa/I unisel. Pelbagai pengalaman dan pendedahan yang telah diterima dan akhirnya perjuangan MPP 0910 kini telah berakhir.

Saya mewakili MPP 0910 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah banyak membantu mematangkan dan mempermudahkan urusan kami sepanjang perjuangan kami memperjuangkan hak mahasiswa/i unisel. Ucapan terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan universiti terutama Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) Prof Madya Hj Zainal Abidin bin Kidam, Staf2 Universiti, Pihak JanaNiaga, Cafeteria Unisel dan yang paling bermakna seluruh mahasiswa/i unisel.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat perjuangan ahli keluarga MPP 0910, kalian semua telah melalui satu peringkat dan pengalaman yang amat berharga serta sukar untuk dicari dimana-mana. Perjuangan kalian memperjuangkan hak-hak sahabat kita di unisel ini merupakan satu cabaran yang amat bernilai dan hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya kerana hanya Dia yang tahu niat perjuangan kita semua. Perlu kita ingat, biarpun MPP 0910 telah dibubarkan, tetapi semangat dan perjuangan perlu kita kekalkan, bantulah sahabat-sahabat mahasiswa/i unisel selagi kita terdaya. Perjuangan perlu diteruskan!

Pada pemilihan yang akan datang, kami mengharapkan satu perubahan akan berlaku pada mahasiswa/i unisel, iaitu perubahan terhadap budaya cintakan perjuangan dan semangat untuk memperkasakan hak-hak mahasiswa/i unisel. Ambillah peluang untuk bangunkan diri sendiri, bangunkan sahabat-sahabat dan juga untuk bangunkan institusi. Kita tidak mahu pimpinan yang akan datang hanya pentingkan diri sendiri, mahupun terlalu drastik terhadap kepentingan mahasiswa semata-mata tanpa menggira baik mahupun buruk hasil tindakan yang dilakukan.

Perutusan yang terakhir ini juga saya tujukan kepada pimpinan yang akan datang supaya pimpinan yang akan datang terus membawa aspirasi dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan lepas agar kita mempunyai kesinambungan dan persamaan didalam perjuangan. Kami bekalkan kepada pimpinan akan datang modul pimpinan yang diguna oleh kami selama satu tahun perjuangan kami. Pimpinan akan datang haruslah mempunyai prinsip yang jelas dan nyata supaya matlamat perjuangan tidak lari iaitu berjuang untuk mahasiswa/i unisel serta unisel itu sendiri.

Akhir kalam, saya mewakili MPP 0910 ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan dan kelemahan sepanjang tempoh perjuangan kami, jika terdapat janji kami yang belum ditunaikan dan program kami yang belum berlangsung kami akan cuba usahakan selagi kami ada dan insyaAllah pimpinan akan datang bakal menyambung perjuangan kami MPP 0910. Doakan yang terbaik untuk pimpinan akan datang dan semoga perjuangan mahasiswa/i unisel terus dibawa.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Tuesday, November 24, 2009

“Key Success Factor”

Akhirnya dapat rasakan hembusan ketenangan buat sedetik kira, baru sahaja menyelesaikan sebuah tesis bertajuk “key success factor of KFC in fast food chain in Malaysia” sebanyak 125 muka surat. Hanya Tuhan yg tahu nikmat bila melihat hasil kajian dibukukan dan siap untuk dihantar biarpun tarikh agak kelewatan tapi hanya Tuhan yang tahu betapa diri ini sibuk minggu2 yang lepas. 4 hari bermati-matian, berjuang habis-habisan tanpa dikira rehat dan tidur, perhatian sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan terakhir sebelum diri labuh meninggalkan university tercinta.

Alhamdulillah…

Tesis pertama didedikasikan buat insan2 yang banyak membantu sewaktu hayatku diUNISEL, supervisor yang cukup ‘sporting’ miss azah jahari, teman2 rapat, teman perjuangan MPP, dan buat keluarga tercinta yang sentiasa memberikan kekuatan untuk kuat selagi hayat dikandung badan.

Biarpun sepenuh perhatian cuba ditumpukan pada tugasan terakhir ini, cuba untuk melupakan hal2 lain buat seketika tapi seolah2 tidak mampu untuk keluar dari tugas yang tersandang dibahu ini, cukup berat untuk menggelak, pasti ada sahaja urusan yang perlu diselesaikan seolah2 ia sudah sebati dalam hidup…

Saturday, November 14, 2009

Perjalanan Ke2

(entry ini disiapkan pd 30SEPT tapi baru dipostkan atas mslh teknikal blog penulis)

Assalamualaikum W.R.T,

Salam Sejahtera buat semua warga UNISEL,

Suasana hari raya pasti dirasa bila syawal masih ada, jemputan rumah terbuka masih tiba. Raikanlah sahabat handai rakan taulan selagi mereka ada. Pada waktu dibulan syawal ini juga, kita disunatkan supaya berpuasa 6 iaitu salah satu puasa yang dianjurkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” Sama-sama kita meraikan bulan syawal ini, Insyallah.

Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL (MPP) sesi 2009/2010 kini telah tiba di tengah tempoh tanggungjawab yang diamanahkan. Maknanya kami sudah meninggalkan 6 bulan pertama pengisian kami buat mahasiswa/I UNISEL dan seterusnya kami melangkah untuk terus berkhidmat bagi tempoh kurang 6 bulan akan datang. Sepanjang tempoh yang lalu, boleh diibaratkan tempoh pengenalan kami kepada dunia politik kecil didalam kampus. Pelbagai madah dan melodi kami tempuhi, ranjau dan cabaran diibaratkan setiap hari datang menggundang kami untuk bersua muka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Tidak kurang juga pelbagai tohmahan dan kritikan kami terima atas setiap perlakuan yang cuba kami bawakan. Alhamdulillah, segalanya merupakan asam garam perjuangan MPP dan serba sedikit inilah yang mendirikan kami, mematangkan kami dan memberi sejuta kesabaran pada kami dalam mengharungi mehnah dan tribulasi yang telah datang dan bakal tiba.

Sepanjang perjalanan tempoh pertama kami bawa, sudahpastilah kami telah ada memberi rasa kurang selesa kepada individu mahupun pihak tertentu, kami berhasrat untuk terus mara dengan sikap yang lebih matang dan pintar pada tempoh kedua. Sebelum tempoh itu menjelma kami memohon ampun dan maaf diatas kekhilafan kami dalam proses memperjuangkan hak mahasiswa yang dibawa dan menunjukkan sikap ketidakmatangan kami sepanjang tempoh lalu. Sikap dan etika pasti akan berubah jika pemerhati sentiasa memberi teguran dan nasihat yang baik dan berguna, bahkan kami sentisa nantikan teguran diatas ketidaksempurnaan tangggungjawab kami. Biarpun tanggungjawab yang kami pikul besar dan berat tapi ingatlah bahawa kami masih lagi insan yang berstatus mahasiswa yang mana masih dalam proses meneroka hidup dan tentulah asam garam kehidupan kami sentiasa tidak lari dari melakukan kesalahan. Bonus untuk kami atas kesalahan yang dilakukan agar tempoh kedua kami lebih matang dan rasional.

Tempoh kedua sedang dijejak kami tika ini, kami berhasrat untuk memberikan usaha dan tanggungjawab yang lebih kepada mahasiswa/i berbanding tempoh pertama. Setiap detik usaha kami adalah bersulam pada usaha untuk memurnikan semangat mahasiswa/I UNISEL. Sokongan dan suara mahasiswa amat kami harapkan agar kita terus memacu yang terbaik buat mahasiswa UNISEL. Tiada guna kita bertelingkah kerna yang pasti itu bukan dianjurkan didalam islam, saling tegur menegur adalah adab yang amat diraih. Berharmonilah dalam bertanggungjawab, dengan itu segalanya pasti baik dan diimpikan semua. Jika kami telah melukakan hati banyak pihak, teruslah berinteraksi bersama kami, kerna kami impikan tempoh kedua yang lebih baik untuk semua.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pertama kami, terima kasih jua buat pihak-pihak yang telah menegur dan membantu dalam usaha mematangkan kami samaada pihak di UNISEL bestari Jaya mahupun di UNISEL Shah Alam, setiap teguran kami gunakan agar kesilapan sama tidak diulang. Kami MPP UNISEL terus bertaut pada moto utama dalam memperkasakan kesempurnaan mahasiswa/I UNISEL. Hak dan kebajikan terus dibawa!

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Hj Wan Husain

Yang DiPertua

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Sesi 2009/2010

(30/09/09)

Tuesday, October 20, 2009

KPT: SETARA

Sebelum tugas hari ini bermula seperti biasa saya menyelak beberapa site yang menarik untuk mencari maklumat. Terlihat satu informasi yang amat berguna buat warga IPTS daripada KPT yang mana akan melancarkan setara kepada IPTS seluruh negara dalam masa terdekat iaitu penilaian secara menyeluruh terhadap semua IPTS bagi menjaga kualiti dan penghasilan graduan yang mana lebih dikenali sebagai program penarafan institute pengajian tinggi. Berkemungkinan hal ini sudah lama dinyatakan tapi mungkin kerna saya yang kelewatan mendapat informasi memandangkan baru2 ini agak jarang melayari site2 pendidikan.

Pada saya kewajaran ditahap kritikal diperlukan untuk semua IPTS diselia dari pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib memandangkan banyak IPTS yang masih lagi mengamalkan sikap acuh tak acuh dalam pengurusan pentadbiran dan penghasilan graduan. Mereka masih lagi meletakkan keuntungan semata2 dalam kewujudan menghasilkan graduan dan hal ini seharusnya tidak wajar kerna dalam hub pendidikan tidak boleh meletakkan tunjang utama adalah keuntungan tetapi sejauh mana ilmu disampaikan dan diterima oleh mahasiswa mahupun dipanggil sebagai customer.

Tidak salah jika difokuskan pada profit bagi IPTS memandangkan mereka wujud hasil dari itu tapi perlu dihargai satu sumber yang lahir dari kewujudan itu iaitu gedung ilmu dan mereka menawarkan satu ilmu kepada umat, jika difikirkan untuk memaksimakan keuntungan semata2 maka satu kekhilafan dilahirkan dan seharusnya mereka merasa bersalah jika mendapat keuntungan dari penghasilan graduan yang tidak berkualiti. IPTS2 ini akan memberi satu impak negative terhadap pendidikan negara dan terhadap kewujudan IPTS lain selagi pihak berwajib tidak mengawal dan menyelia IPTS2 yang kurang bertanggungjawab sebegini.

Saya ada menekankan hal ini didalam entry sebelum ini tapi memandangkan saya terbaca posting terbaru dari dunia pendidikan jadi saya menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan Setara sekali lagi. Untuk menaikkan mutu pendidikan dan kekuatan yang dilahirkan oleh IPTS, maka ini adalah jalan yang baik diambil oleh KPT dan ia harus dilaksanakan secepat mungkin dan jika ia berterusan saya meyakini bahawa pendidikan negara kita akan mendapat persaingan yang bagus dalam menghasilkan graduan yang berguna dan berupaya.