
Marilah sama-sama kita tunjukkan keprihatinan kita terhadap keadaan warga palestin yang sedang berlaku sekarang. Sehingga 7/1/2009, seramai 660 orang Palestin telah terbunuh (termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita) dan 2950 cedera. (Sumber dari Palestinian Information Centre). Cukuplah dgn angka ini, hentilah setakat ini, tak mampu lagi diriku melihat jumlah angka kematian yg semakin meningkat dari hari ke hari. Sahabat sekalian, sudahkah anda melakukan sesuatu untuk membantu rakyat palestin? setiap usaha yg kita lakukan pasti akan mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah demi memperjuangkan agama Islam. Lakukanlah usaha membantu kita dari sekarang kerana setiap detik itu pasti akan memberi impak yg cukup besar. Banyak cara yang boleh kita sama2 lakukan antaranya pertama sama2 lah kita memboikot produk yang dipercayai telah menyumbangkan duit untuk membantu tentera Israel.
Boycoot this brands:
Coca-Cola, Huggies, River Island, McDonald, Clinique, Disney, Donna Karan, Starbucks, Gap, Garnier, Perrier, Kotex, Sanex, Jo Malone, Lancome, Libbys, Tchibo, Loreal, Mark&Spencer, Kleenex, Maybelline, Nestle, Vittel, Revlon Wonderbra.
Selain itu kita juga boleh mengikuti aktiviti2 yang dilakukan oleh badan2 politik atau NGO
seperti solat hajat perdana, forum palestin, rapat umum, Demonstrasi, majlis kenyataan akhbar dan lain-lain. Selain itu memberi sumbangan terhadap tabung amal palestin, melakukan Jualan Amal Palestin dan duitnya disalurkan ke Tabung Palestin Alternatif sebagai contoh Mengumpul barang-barang lama yang tidak diperlukan seperti pakaian/alat elektrik/alatan rumah tetapi masih dalam keadaan yang baik dan akhir sekali berdoalah setiap hari untuk kemenangan saudara kita di sana. Banyak cara yg kita boleh lakukan jadi jangan sesekali cuba untuk memberi alasan mudah mudahan.
Ingatlah sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’ Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).
Dengan itu semoga Allah menerima setiap amalan kita. amin.....Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment