Saturday, January 10, 2009

Malam Swayastra MAS 2/08/09



Malam seni, warisan dan budaya atau Swayastra dipilih untuk menjadi tema malam terakhir Minggu Apresiasi Siswa (MAS) yg lalu. Jadi aku berniat untuk menggambil kesempatan malam tu untuk bacakan sebuah sajak nukilan sahabat seperjuangan dan hasil idea yg dikongsi bersama, malangnya disebabkan masa yg cukup terhad maka aku terpaksa batalkan niat dan akhirnya tersimpanlah sajak itu. Bagi aku sajak ini cukup bermakna kerana disebalik isinya tersirat beberapa makna yg betul2 ingin kulafazkan. Jadi walaupun aku tidak berpeluang untuk bacakan di hadapan umum aku paparkan di blog ini sekadar untuk memuaskan hati. Hayatilah sajak ini dgn penuh penghayatan kerna isinya betul berbisa....

Terbentang luasnya ufuk dunia,
Terlukisnya garisan khatulistiwa,
Dimana sebenarnya titik pengakhiran,
Andai besarnya kuasa Yang Esa,

Kemana harus ku atur langkah,
Di lautan manusia yang penuh kebencian, kedengkian dan kemusnahan,
Sedangkan diri tercari-cari,
Laungan perpaduan, bangsa dan agama,

Jiwa ini kosong,
Hati ini ada lohong,
Nurani ini akan ketandusan,
Andai tinggalan yang lama diburu kehancuran,
Andai nilai ketimuran dilayang,
oleh warkah kebaratan,
Andai keikhlasan disalami dengan kezaliman,
Musnahlah sebuah perjuangan bangsa,
Sebuah warisan kan hanyut,
di sungai kemodenan,

Kebebasan dan hak terus dilaungkan,
Menjadikan yg lena terus terbuai,
Menjadikan yang hina terasa dibelai,
Ketulusan, kekhudusan yang dicari hilang dalam ramai,

Dalam keterpaksaan,
Aku tunduk kepasrahan,
Agar yang terhantuk tidak terus tersungkur,

Mengapa ada sengketa,
Kerana kita masih bersaudara,
Mengapa ada halangan,
Kerana kita tiada perbezaan,
Berkokok di reban sendiri,
Bukan bermakna menang di gelanggang orang,

Hilangkan sengketa,
Hapuskan sengketa,
Hancurkan sengketa,
Jauhkan kepentingan sendiri,
Jauhkan pemujaan diri,
Jauhkan kehebatan takabbur,

Ayuh,
Hapuskan segala mazmumah,
Bina, pupuk dan semai jiwa yang Mahmudah,

Sahabat,
Tali ini takkan pernah terlerai,
Kerana aku dambakan kalian,
Kerana aku sahabat kalian,
Warisan perpaduan ini akan terus bergema!

~Bintang Timur
~Sipoot Seduth

0 comments: