Akhirnya dapat rasakan hembusan ketenangan buat sedetik kira, baru sahaja menyelesaikan sebuah tesis bertajuk “key success factor of KFC in fast food chain in Malaysia” sebanyak 125 muka surat. Hanya Tuhan yg tahu nikmat bila melihat hasil kajian dibukukan dan siap untuk dihantar biarpun tarikh agak kelewatan tapi hanya Tuhan yang tahu betapa diri ini sibuk minggu2 yang lepas. 4 hari bermati-matian, berjuang habis-habisan tanpa dikira rehat dan tidur, perhatian sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan terakhir sebelum diri labuh meninggalkan university tercinta.
Alhamdulillah…
Tesis pertama didedikasikan buat insan2 yang banyak membantu sewaktu hayatku diUNISEL, supervisor yang cukup ‘sporting’ miss azah jahari, teman2 rapat, teman perjuangan MPP, dan buat keluarga tercinta yang sentiasa memberikan kekuatan untuk kuat selagi hayat dikandung badan.
Biarpun sepenuh perhatian cuba ditumpukan pada tugasan terakhir ini, cuba untuk melupakan hal2 lain buat seketika tapi seolah2 tidak mampu untuk keluar dari tugas yang tersandang dibahu ini, cukup berat untuk menggelak, pasti ada sahaja urusan yang perlu diselesaikan seolah2 ia sudah sebati dalam hidup…
(entry ini disiapkan pd 30SEPT tapi baru dipostkan atas mslh teknikal blog penulis)
Assalamualaikum W.R.T,
Salam Sejahtera buat semua warga UNISEL,
Suasana hari raya pasti dirasa bila syawal masih ada, jemputan rumah terbuka masih tiba. Raikanlah sahabat handai rakan taulan selagi mereka ada. Pada waktu dibulan syawal ini juga, kita disunatkan supaya berpuasa 6 iaitu salah satu puasa yang dianjurkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” Sama-sama kita meraikan bulan syawal ini, Insyallah.
Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL (MPP) sesi 2009/2010 kini telah tiba di tengah tempoh tanggungjawab yang diamanahkan. Maknanya kami sudah meninggalkan 6 bulan pertama pengisian kami buat mahasiswa/I UNISEL dan seterusnya kami melangkah untuk terus berkhidmat bagi tempoh kurang 6 bulan akan datang. Sepanjang tempoh yang lalu, boleh diibaratkan tempoh pengenalan kami kepada dunia politik kecil didalam kampus. Pelbagai madah dan melodi kami tempuhi, ranjau dan cabaran diibaratkan setiap hari datang menggundang kami untuk bersua muka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Tidak kurang juga pelbagai tohmahan dan kritikan kami terima atas setiap perlakuan yang cuba kami bawakan. Alhamdulillah, segalanya merupakan asam garam perjuangan MPP dan serba sedikit inilah yang mendirikan kami, mematangkan kami dan memberi sejuta kesabaran pada kami dalam mengharungi mehnah dan tribulasi yang telah datang dan bakal tiba.
Sepanjang perjalanan tempoh pertama kami bawa, sudahpastilah kami telah ada memberi rasa kurang selesa kepada individu mahupun pihak tertentu, kami berhasrat untuk terus mara dengan sikap yang lebih matang dan pintar pada tempoh kedua. Sebelum tempoh itu menjelma kami memohon ampun dan maaf diatas kekhilafan kami dalam proses memperjuangkan hak mahasiswa yang dibawa dan menunjukkan sikap ketidakmatangan kami sepanjang tempoh lalu. Sikap dan etika pasti akan berubah jika pemerhati sentiasa memberi teguran dan nasihat yang baik dan berguna, bahkan kami sentisa nantikan teguran diatas ketidaksempurnaan tangggungjawab kami. Biarpun tanggungjawab yang kami pikul besar dan berat tapi ingatlah bahawa kami masih lagi insan yang berstatus mahasiswa yang mana masih dalam proses meneroka hidup dan tentulah asam garam kehidupan kami sentiasa tidak lari dari melakukan kesalahan. Bonus untuk kami atas kesalahan yang dilakukan agar tempoh kedua kami lebih matang dan rasional.
Tempoh kedua sedang dijejak kami tika ini, kami berhasrat untuk memberikan usaha dan tanggungjawab yang lebih kepada mahasiswa/i berbanding tempoh pertama. Setiap detik usaha kami adalah bersulam pada usaha untuk memurnikan semangat mahasiswa/I UNISEL. Sokongan dan suara mahasiswa amat kami harapkan agar kita terus memacu yang terbaik buat mahasiswa UNISEL. Tiada guna kita bertelingkah kerna yang pasti itu bukan dianjurkan didalam islam, saling tegur menegur adalah adab yang amat diraih. Berharmonilah dalam bertanggungjawab, dengan itu segalanya pasti baik dan diimpikan semua. Jika kami telah melukakan hati banyak pihak, teruslah berinteraksi bersama kami, kerna kami impikan tempoh kedua yang lebih baik untuk semua.
Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pertama kami, terima kasih jua buat pihak-pihak yang telah menegur dan membantu dalam usaha mematangkan kami samaada pihak di UNISEL bestari Jaya mahupun di UNISEL Shah Alam, setiap teguran kami gunakan agar kesilapan sama tidak diulang. Kami MPP UNISEL terus bertaut pada moto utama dalam memperkasakan kesempurnaan mahasiswa/I UNISEL. Hak dan kebajikan terus dibawa!
Sebelum tugas hari ini bermula seperti biasa saya menyelak beberapa site yang menarik untuk mencari maklumat. Terlihat satu informasi yang amat berguna buat warga IPTS daripada KPT yang mana akan melancarkan setara kepada IPTS seluruh negara dalam masa terdekat iaitu penilaian secara menyeluruh terhadap semua IPTS bagi menjaga kualiti dan penghasilan graduan yang mana lebih dikenali sebagai program penarafan institute pengajian tinggi. Berkemungkinan hal ini sudah lama dinyatakan tapi mungkin kerna saya yang kelewatan mendapat informasi memandangkan baru2 ini agak jarang melayari site2 pendidikan.
Pada saya kewajaran ditahap kritikal diperlukan untuk semua IPTS diselia dari pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib memandangkan banyak IPTS yang masih lagi mengamalkan sikap acuh tak acuh dalam pengurusan pentadbiran dan penghasilan graduan. Mereka masih lagi meletakkan keuntungan semata2 dalam kewujudan menghasilkan graduan dan hal ini seharusnya tidak wajar kerna dalam hub pendidikan tidak boleh meletakkan tunjang utama adalah keuntungan tetapi sejauh mana ilmu disampaikan dan diterima oleh mahasiswa mahupun dipanggil sebagai customer.
Tidak salah jika difokuskan pada profit bagi IPTS memandangkan mereka wujud hasil dari itu tapi perlu dihargai satu sumber yang lahir dari kewujudan itu iaitu gedung ilmu dan mereka menawarkan satu ilmu kepada umat, jika difikirkan untuk memaksimakan keuntungan semata2 maka satu kekhilafan dilahirkan dan seharusnya mereka merasa bersalah jika mendapat keuntungan dari penghasilan graduan yang tidak berkualiti. IPTS2 ini akan memberi satu impak negative terhadap pendidikan negara dan terhadap kewujudan IPTS lain selagi pihak berwajib tidak mengawal dan menyelia IPTS2 yang kurang bertanggungjawab sebegini.
Saya ada menekankan hal ini didalam entry sebelum ini tapi memandangkan saya terbaca posting terbaru dari dunia pendidikan jadi saya menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan Setara sekali lagi. Untuk menaikkan mutu pendidikan dan kekuatan yang dilahirkan oleh IPTS, maka ini adalah jalan yang baik diambil oleh KPT dan ia harus dilaksanakan secepat mungkin dan jika ia berterusan saya meyakini bahawa pendidikan negara kita akan mendapat persaingan yang bagus dalam menghasilkan graduan yang berguna dan berupaya.
Susah sebenarnya untuk hati saya menulis berkaitan hal ini tapi jika disimpan makin menjadi2, biarlah saya mengambil langkah untuk bercerita dari terus diprovokasi situasi oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Akal berpendapat, jika dilayan isu ini maka ia menunjukkan ketidakmatangan kami yang mana melayan karenah2 sebegini tapi jauh disudut hati ia memberi impak dan kesedihan pada kami. Terus menerus kami difitnah dan diprovokasi oleh pihak2 tertentu dan yang pastinya pihak yang digambarkan ini adalah dayus bilamana bersuara lantang memperli dan memfitnah kami tapi tidak ditonjolkan diri.
Cuba anda sendiri bayangkan dan gambarkan jika situasi anda berada ditempat kami Majlis perwakilan Pelajar (MPP), boleh dikatakan hampir setiap malam kami duduk berbincang mencari penyelesaian terhadap masalah mahasiswa unisel, mencari satu alternative untuk menghiburkan mahasiswa unisel, mencari kesenangan untuk mahasiswa unisel, mencari lubuk perniagaan untuk mahasiswa unisel, mencari peluang untuk perkenalkan mahasiswa unisel, mencari yang terbaik untuk mahasiswa unisel dan boleh dikatakan segalanya adalah untuk mahasiswa unisel dan bukannya untuk orang lain! Bahkan kami tidak pernah berbincang tentang diri sendiri lebih baik dari isu yang kami bincangkan untuk mahasiswa unisel. Hidup kami MPP adalah segalanya untuk mahasiswa unisel.
Tapi masih ada pihak mahupun dari kalangan mahasiswa sendiri memfitnah kami, memberi gambaran yang tidak baik terhadap kami bahkan membuat satu provokasi yang menyentuh hati buat kami. Cuba pihak2 ini berfikir, dari hasil yang kami buat ini adakah kami dibayar oleh pihak university? Adakah kami mendapat insentif hasil dari kerja kami mempertahankan mahasiswa unisel? Adakah kami mendapat elaun hasil dari mempertahankan hak anda mahasiswa unisel? Adakah kami diberi ganjaran bilamana terpaksa berjaga malam jika terdapat masalah dihostel? Adakah kami mendapat keistimewaan bila masa belajar kami terpaksa dikorbankan semata2 untuk menyelesaikan masalah hutang anda? Bagaimana dgn masalah yuran? Masalah hostel? Masalah slip exam? Masalah air? Masalah accident? Dan bermacam2 masalah mahasiswa….adakah kami dibayar untuk itu dan adakah kami berhak mendapat kutukan dari mahasiswa itu sendiri???
Kl dikatakan kami tidak bekerja untuk mahasiswa unisel maka itu terang-terangan adalah fitnah, masakan kami berjuang untuk mahasiswa hinggakan kami sanggup mengorbankan hubungan baik dgn pihak2 tertentu semata2 untuk mendapatkan hak anda mahasiswa, kl kami tidak mempedulikan hak mahasiswa unisel baik kami menjaga kepentingan kami dgn berbuat baik dengan semua pihak. Banyak faedah yang kami dapat terutama layanan yang baik tapi kami MPP bukan sebegitu, selagi anda mahasiswa unisel tidak mendapat layanan dan hak yang baik selagi itulah kami sanggup menegur dan berkorban hubungan baik dengan pegawai mahupun staff manapun. Adakah anda sedar usaha kami itu? Perlukah anda melihat satu bangunan ditubuhkan atas usaha MPP baru anda ingin katakan kami bekerja untuk anda tapi anda tidak melihat bagaimana hal2 dalaman yang kami bawakan. Untuk bercerita ttg usaha kami itu adalah riak namanya, tapi apapun pada saya anda semua adalah mahasiswa, jangan menuding jari jika tidak mengenali..
Kami MPP sentiasa terbuka untuk menerima teguran tapi janganlah memfitnah dan memprovokasi dgn hal2 yang amat tidak munasabah spt kami menggelapkan duit mahasiswa dan sebagainya. Kami sendiri tidak mendapat sebarang kemudahan dari university masakan kami ingin mengelapkan duit mahasiswa, jaket kami adalah satu2nya barang yang kami ada untuk menyatakan kami ini adalah MPP tapi itupun adalah hasil dari poket kami sendiri bukannya ditaja oleh university.
Anda menuduh kami berlagak atas tiket MPP tapi sedarkah anda kl bukan kami siapa lagi yang ingin untuk bertanding dalam pilihanraya kampus unisel?? Siapa lagi yang mahu untuk menjaga kebajikan anda kl bukan kami!Untuk memilih MPP yang seramai 28 orang ini dari jumlah hampir 13000 mahasiswa unisel cukup susah diunisel!! Tiba hari penamaan calon tiada seorang pun yang berani tampil untuk berjuang termasuklah insan2 ataupun pihak2 yang berani mengutuk kami kecuali kami inilah yang tiba dihari penamaan calon. Kenapa??? Kerana tiada seorang pun yang berani tampil untuk berkhidmat seperti kami bekerja bagaikan orang gila tapi tiada insentif berbentuk fizikal yang kami terima. Tapi disebabkan kamilah orang2 yang berfikir tentang insentif yang tidak nampak untuk dibawa kehadapan iaitu pengalaman, perjuangan, dan kekuatan untuk membela hak mahasiswa unisel. Insentif berbentuk fizikal bukan apa bagi kami, kami boleh dapatkan lebih dari ketika menjadi MPP. Wallahi saya sanggup katakan, kami bekerja bukan untuk nama mahupun insentif!
Bagi anda yang terus menerus menyerang kami, saya sepenuhnya mencadangkan anda ambillah tempat kami biar anda pula merasai bagaimana penat lelah berkhidmat kepada anda. Tapi kl anda tidak mampu dan hanya mampu untuk bermulut busuk sebeginibiarlah kami yang terus menjaga kebajikan mahasiswa unisel sehinggalah selesai tempoh kami. Dan tika itu anda lihatlah ramai ataupun tidak mahasiswa kita yang cintakan perjuangan yang sebegini. Biarlah kami menjalankan tanggungjawab kami sebaiknya dan jika salah kami tidak pernah menghalang anda dari menegur kami, tegurlah cara yang penuh hemah yang seperti digelar seorang mahasiswa. Jadilah mahasiswa yang bertauliah dan berpandangan hebat bukannya mahasiswa cabuk sekadar masuk universiti.
Teman2 MPP, bersabarlah kita berjuang semoga jasa kita terus dihitung diakhirat kelak. Perjuangan tidak seharusnya berhenti biarpun kelak kita tiada disini lagi. Ambillah kesempatan ini yang mana cabaran dan halangan inilah kita gunakan untuk terus maju dan bangun. Gunalah setiap teguran itu dan jadikan ia pemangkin untuk menunjukkan kematangan kita dalam berjuang. Teman2 sahabat unisel yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada MPP 09/10, teruslah bersama2 kita membawa hak dan kebajikan mahasiswa unisel. Jangan serik untuk berkorban dan memberi sokongan kerna anda adalah tulang belakang perjuangan kita ini…
Ramadhan bakal pergi kembali meninggalkan seluruh umat Islam seantero dunia, rasa kerinduan dan sayang mengginggap pencinta Ramadhan. Bagaimanapun Syawal tiba bagi memberi seribu rasa kejayaan buat pencinta ramadhan. Kejayaan yang diraih hasil sebulan berpuasa dan amalan yang digandakan. Sama2 kita merasai nikmat kesyukuran yang dikurniakan kepada seluruh umat Islam pada ramadhan dan syawal yg bakal tiba menjelang 3 hari lagi.
Suasana di tanah UNISEL kembali sunyi, setelah hampir semua mahasiswa/I UNISEL pulang kekampung bagi meraikan aidilfitri bersama keluarga tercinta. Yang tinggal hanyalah pelajar2 antarabangsa yang berjihad jauh dr kampung halaman, kesayuan pasti menyingkap setiap jiwa sahabat ini tapi inilah keberkatan yang pasti mengajar erti ketabahan buat mereka.
Dikesempatan ini, saya menyusun seluruh jari yang ada memohon ampun dan maaf jika selama ini terdapat kesalahan atas kekurangan dan kelemahan diri ini. Insan yang kerdil dan punyai banyak kecacatan ini pasti takkan lekang dari melakukan kesalahan. Harapan di bulan kemenangan yang bakal diraikan kita kembali merasai nikmat saudara yang mempunyai rasa sayang menyayangi. Kekhilafan itu perlu bagi anak Adam bagi melatih supaya lebih baik kelak. Mahasiswa seharusnya belajar untuk melakukan kesilapan kerna itu kematangan sebagai ganjaran.
SALAM LEBARAN, SALAM IDULFITRI dan SALAM KEMAAFAN kepada seluruh warga UNISEL, mahasiswa/I UNISEL, staf2 UNISEL samada disetiap fakulti mahupun department, dan tidak lupa SALAM BERCUTI buat warga UNISEL yang bukan beragama Islam.
Beberapa forum antarabangsa menggelar Malaysia sebagai pembekal kepada graduan luar negara yang tidak berkualiti ataupun lebih sinonim dengan nama ‘kilang diploma’. Kita bisa memikirkan samada hal yang cuba diketengahkan ini benar mahupun tidak kerna kita yang lebih merasai suasana pendidikan di Malaysia. Pada saya masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Untuk menolak gelaran ini agak tidak kena memandangkan situasi kebanyakan IPT terutamanya IPTS agak rapat dan tepat dengan slogan ini.
Saya menyelar sikap sesetengah IPTS yang berorientasikan kepada keuntungan semata-mata memandangkan mereka boleh membeli pendidikan dgn corak menghadiahkan ijazah kepada yang tidak berhak hanya untuk meraih keuntungan. IPTS sebeginilah yang telah memberikan imej yang buruk kepada masyarakat mahupun negara dan hakikatnya ia telah memberi impak kepada kestabilan IPTS yang lain yang mana seharusnya turut bersama memberi kekuatan kepada sistem pendidikan negara. Malaysia tidak akan lari dari tuduhan yang buruk jika IPTS sebegini tidak diambil tindakan drastic dari pihak kerajaan. Kawalan terhadap penerimaan kemasukan ke IPTS terutama pelajar antarabangsa perlulah diperincikan dan yang diterima wajiblah yang berkelayakan.
Wajarlah jika usaha kementerian yang meminta IPTS membaiki sistem pengurusan akademik mereka dan melalui proses penarafan serta beberapa perkara baru yang turut diberi perhatian. Tetapi gesaan kepada kerajaan juga supaya bukan sahaja meminta IPTS melaksanakan apa yang dirancang bahkan kerajaan wajar mengawal dan sentiasa menjaga kualiti IPTS. Dikhuatirkan bahawa usaha-usaha sebegini hanyalah seperti melepaskan batuk ditangga yang mana usaha hanyalah pada permulaan, tetapi bila isu semakin reda maka kawalan dan seliaan makin menyemput. Jangan biarkan hasrat yang dilontarkan digelar retorik semata-mata.
Harapan agar kerajaan iaitu kementerian pengajian tinggi dapat melunaskan apa yang disuarakan baru-baru ini untuk memantapkan imej, nama baik dan reputasi terutama IPTS memandangkan hal ini makin tegang dibincangkan diperingkat antarabangsa. Kualiti graduan yang dilahirkan oleh mana-mana IPT perlulah amat ditekankan memandangkan ia adalah produk yang dilahirkan sistem pendidikan negara.
Transformasi sector pendidikan seharusnya berlaku dari dahulu lagi bagi melihat kemantapan sistem pendidikan negara yang hebat dan setaraf dengan negara luar, bagaimanapun transformasi tetap takkan berhenti sekiranya halangan terhadap suara mahasiswa masih dikekang!
Terpanggil pula saya untuk melakarkan satu wadah yang perlu difahami oleh semua terutama mahasiswa/I UNISEL bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul dan persoalan yang sentiasa dimainkan oleh sesetengah pihak. Memandangkan sistem dan pengurusan persatuan & kelab university kita masih mentah dan perlukan banyak pembaharuan maka inilah antara factor yg muncul kepada persoalan ini.
Saya terbaca komen didalam blog rasmi MPP yang mana masih ada mahasiswa yg mempersoalkan dan meletakkan kedudukan MPP adalah sama seperti kelab & persatuan. Dan jelasnya ini merupakan satu kesilapan yang mungkin kabur dimata mahasiswa terutama mahasiswa/I UNISEL. Oleh itu suka untuk saya menjelaskan secara umum tentang keadaan sebenar.
Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai MPP sebenarnya satu badan yang mewakili mahasiswa/I UNISEL dalam melaksanakan dan memudahkan segala urusan bersama pihak pentadbiran. Secara umumnya adalah merupakan medium penghubung antara mahasiswa dan pihak pentadbiran. Selain itu sebagai badan untuk menyalurkan segala informasi kepada mahasiswa secara jelas dan BADAN YANG MENJAGA HAK DAN KEBAJIKAN MAHASISWA.
Mahasiswa kita perlu jelas yang mana MPP bukan satu badan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program2 kpd pelajar tetapi adalah sebagai badan untuk menjaga KEBAJIKAN pelajar dan persatuan pelajar. Kebajikan yang dimaksudkan adalah dari seluruh aspek gerakan pelajar terutama membawa hak dan tuntutan pelajar. ini adalah jelas tujuan MPP dilahirkan.
Manakala persatuan dan kelab yang wujud dibawah naungan MPP melalui HEP tidak berfungsi untuk menjaga kebajikan tetapi mereka dilahirkan untuk menyediakan AKTIVITI dan PROGRAM untuk pelajar. Persatuan sememangnya diamanahkan oleh MPP untuk melaksanakan aktiviti dan program sebanyak yang mungkin bagi melahirkan suasana universiti. Jadi secara rasionalnya jika mahasiswa melihat MPP sebagai badan yang perlu untuk menjalankan aktiviti pelajar maka apakah focus dilahirkan persatuan & kelab? Sudah tentulah sebaliknya yang mana aktiviti dan program dijalankan oleh persatuan & kelab manakala MPP akan menjadi sebagai penjaga kepada persatuan & kelab ini.
Program yang dijalankan oleh MPP seharusnya hanyalah program perdana yang dianjurkan oleh universiti sebagai contoh Minggu Orientasi Pelajar baru (MTS), Konvokesyen, Majlis Khas yang dianjurkan university sebagai contoh 10 years UNISEL dan ICE baru2 ini dan sebagainya. Sebaliknya jika MPP melaksanakan sebarang program dan aktiviti untuk mahasiswa maka itu adalah usaha dan inisiatif MPP untuk sama2 membangunkan aktiviti pelajar.
Dengan kata lain, bagi MPP 0910 kita amat mengharapkan mahasiswa/I UNISEL memahami gagasan yang dibawa oleh MPP 0910 iaitu kita meletakkan 3 gagasan utama iaitu:
1.WELFARE 4 UNISEL STUDENT
2.PROGRAMME 4 UNISEL STUDENT
3.INFRASTRUCTURE AND HUMAN DEVELOPMENT 4 UNISEL STUDENT
Oleh itu segala gerak kerja kami adalah berdasarkan perincian kepada 3 gagasan utama ini yang mana kami telah melahirkan satu modul khas untuk kegunaan pelapis MPP itu sendiri yang kami gelarkan ‘MPP MODUL OF DUTY’.