Showing posts with label GlobaL isSue. Show all posts
Showing posts with label GlobaL isSue. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

KPT: SETARA

Sebelum tugas hari ini bermula seperti biasa saya menyelak beberapa site yang menarik untuk mencari maklumat. Terlihat satu informasi yang amat berguna buat warga IPTS daripada KPT yang mana akan melancarkan setara kepada IPTS seluruh negara dalam masa terdekat iaitu penilaian secara menyeluruh terhadap semua IPTS bagi menjaga kualiti dan penghasilan graduan yang mana lebih dikenali sebagai program penarafan institute pengajian tinggi. Berkemungkinan hal ini sudah lama dinyatakan tapi mungkin kerna saya yang kelewatan mendapat informasi memandangkan baru2 ini agak jarang melayari site2 pendidikan.

Pada saya kewajaran ditahap kritikal diperlukan untuk semua IPTS diselia dari pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib memandangkan banyak IPTS yang masih lagi mengamalkan sikap acuh tak acuh dalam pengurusan pentadbiran dan penghasilan graduan. Mereka masih lagi meletakkan keuntungan semata2 dalam kewujudan menghasilkan graduan dan hal ini seharusnya tidak wajar kerna dalam hub pendidikan tidak boleh meletakkan tunjang utama adalah keuntungan tetapi sejauh mana ilmu disampaikan dan diterima oleh mahasiswa mahupun dipanggil sebagai customer.

Tidak salah jika difokuskan pada profit bagi IPTS memandangkan mereka wujud hasil dari itu tapi perlu dihargai satu sumber yang lahir dari kewujudan itu iaitu gedung ilmu dan mereka menawarkan satu ilmu kepada umat, jika difikirkan untuk memaksimakan keuntungan semata2 maka satu kekhilafan dilahirkan dan seharusnya mereka merasa bersalah jika mendapat keuntungan dari penghasilan graduan yang tidak berkualiti. IPTS2 ini akan memberi satu impak negative terhadap pendidikan negara dan terhadap kewujudan IPTS lain selagi pihak berwajib tidak mengawal dan menyelia IPTS2 yang kurang bertanggungjawab sebegini.

Saya ada menekankan hal ini didalam entry sebelum ini tapi memandangkan saya terbaca posting terbaru dari dunia pendidikan jadi saya menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan Setara sekali lagi. Untuk menaikkan mutu pendidikan dan kekuatan yang dilahirkan oleh IPTS, maka ini adalah jalan yang baik diambil oleh KPT dan ia harus dilaksanakan secepat mungkin dan jika ia berterusan saya meyakini bahawa pendidikan negara kita akan mendapat persaingan yang bagus dalam menghasilkan graduan yang berguna dan berupaya.

Wednesday, September 16, 2009

KPT: Halang imej ‘kilang diploma’

Beberapa forum antarabangsa menggelar Malaysia sebagai pembekal kepada graduan luar negara yang tidak berkualiti ataupun lebih sinonim dengan nama ‘kilang diploma’. Kita bisa memikirkan samada hal yang cuba diketengahkan ini benar mahupun tidak kerna kita yang lebih merasai suasana pendidikan di Malaysia. Pada saya masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Untuk menolak gelaran ini agak tidak kena memandangkan situasi kebanyakan IPT terutamanya IPTS agak rapat dan tepat dengan slogan ini.

Saya menyelar sikap sesetengah IPTS yang berorientasikan kepada keuntungan semata-mata memandangkan mereka boleh membeli pendidikan dgn corak menghadiahkan ijazah kepada yang tidak berhak hanya untuk meraih keuntungan. IPTS sebeginilah yang telah memberikan imej yang buruk kepada masyarakat mahupun negara dan hakikatnya ia telah memberi impak kepada kestabilan IPTS yang lain yang mana seharusnya turut bersama memberi kekuatan kepada sistem pendidikan negara. Malaysia tidak akan lari dari tuduhan yang buruk jika IPTS sebegini tidak diambil tindakan drastic dari pihak kerajaan. Kawalan terhadap penerimaan kemasukan ke IPTS terutama pelajar antarabangsa perlulah diperincikan dan yang diterima wajiblah yang berkelayakan.

Wajarlah jika usaha kementerian yang meminta IPTS membaiki sistem pengurusan akademik mereka dan melalui proses penarafan serta beberapa perkara baru yang turut diberi perhatian. Tetapi gesaan kepada kerajaan juga supaya bukan sahaja meminta IPTS melaksanakan apa yang dirancang bahkan kerajaan wajar mengawal dan sentiasa menjaga kualiti IPTS. Dikhuatirkan bahawa usaha-usaha sebegini hanyalah seperti melepaskan batuk ditangga yang mana usaha hanyalah pada permulaan, tetapi bila isu semakin reda maka kawalan dan seliaan makin menyemput. Jangan biarkan hasrat yang dilontarkan digelar retorik semata-mata.

Harapan agar kerajaan iaitu kementerian pengajian tinggi dapat melunaskan apa yang disuarakan baru-baru ini untuk memantapkan imej, nama baik dan reputasi terutama IPTS memandangkan hal ini makin tegang dibincangkan diperingkat antarabangsa. Kualiti graduan yang dilahirkan oleh mana-mana IPT perlulah amat ditekankan memandangkan ia adalah produk yang dilahirkan sistem pendidikan negara.

Transformasi sector pendidikan seharusnya berlaku dari dahulu lagi bagi melihat kemantapan sistem pendidikan negara yang hebat dan setaraf dengan negara luar, bagaimanapun transformasi tetap takkan berhenti sekiranya halangan terhadap suara mahasiswa masih dikekang!

Wednesday, September 9, 2009

Nasionalis: Semangat kiri

Parah yang teramat parah…

Itu yang mampu dihelakan setelah puas merisik sana sini blog temen2 diluar sana terutama di Indonesia, kecut rasa hati bilamana melihat kebangkitan dan semangat nasionalis yang menebal mahasiswa disana. Tapi kita disini diam seribu bahasa bahkan masi ramai blum tahu persoalan masalah dan kesusahan yang sedang melanda antara Indonesia dan Malaysia.

Ganyang Malaysia disuarakan kembali beberapa hari yang lepas terutama oleh sekumpulan mahasiswa Indonesia yang mana timbul ketidakpuasan hati mereka berikutan beberapa kontroversi yang berlaku antaranya timbul persoalan Malaysia menggunakan lagu tarian Indonesia sewaktu promosi pelancongan Malaysia, kontroversi lagu rasmi negara dan sebagainya. Tetapi pada pandangan saya hal ini lebih kepada isu2 lama yang sentiasa diungkit seolah2 untuk mencari siapa yang bersalah dan lebih hebat sebenarnya. Saya melihat mereka lebih kepada ingin membawa isu2 lama seperti ketidakpuasan terhadap layanan rakyat Indonesia di Malaysia terutama isu penderaan pembantu rumah, isu Pulau Ambalat, panggilan yang tidak menyenangkan buat mereka dan sebagainya.

Puncak kepada kontroversi ini apabila jalan singkat yang diambil oleh mahasiswa Indonesia iaitu dengan menyerbu kedutaan Malaysia di Indonesia dan menurunkan bendera Malaysia selain menggantikan dengan bendera indonesia bahkan turut membakar bendera Malaysia sambil melaungkan ‘ganyang Malaysia’. Apa yang ingin dipersoalkan disini adalah bagaimana dengan tahap keselamatan rakyat Malaysia disana kerana banyak desas desus menyatakan bahawa rakyat disana terutama mahasiswa Indonesia berang dan cukup tidak berpuas hati dengan rakyat Malaysia seolah2 semua rakyat Malaysia bersalah.

Dapat disimpulkan disini biarpun tahap cintakan negara cukup tinggi dan hebat tapi mereka seolah2 tidak pandai dan menghargai negara lain terutama negara jiran malahan negara yang mempunyai satu rumpun, berkongsi budaya yang hamper sama, bahasa yang sama dan segalanya. Amat dikesalkan dengan perlakuan dan insiden yang telah berlaku seolah2 hanya satu negara sahaja yang bersalah dan seharusnya mahasiswa disana mengkaji terlebih dahulu persoalan dan kontroversi yang timbul bukan hanya pandai bermain tindakan kerana hasil tindakan perlulah ditanggung kesannya. Biarpun semangat yang dibawa begitu hebat tapi corak pembawaan cukup salah dan patut untuk dikesalkan. Mereka sewajarnya memikirkan kesan dari insiden kerna parah diberi parahlah yang ditanggung.

Pihak kerajaan digesa untuk mengambil langkah segera untuk menangani isu yang timbul kerana isu ini bukan diibaratkan isu yang kecil dan dapat disembunyikan daripada rakyat buat selamanya tetapi ia perlu diselesaikan secara diplomatic sebelum sampai keperingkat antarabangsa. Ambil kira bagaimana keselamatan rakyat Malaysia disana dan kami seharusnya bimbang akan saudara2 disana. Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim digesa agar berhenti bermain kata2 dan lakukan sesuatu agar rakyat melihat jalan terbaik dari kerajaan. Sudah banyak gerakan2 yang diwujudkan disana semata2 untuk melakukan penyisiran rakyat Malaysia dari Indonesia. Bimbang akan keselamatan mahasiswa di sana yang mana sudah diberi amaran supaya berhati2 dan hindari dari jalan2 tertentu. Gagasan yang cuba dibawa mahasiswa sana cukup kuat dan sentiment yang dimainkan tidak akan putus melainkan satu tindakan antara kedua2 pihak kerajaan diperincikan. Jangan menunggu sehingga semangat mahasiswa Malaysia bangkit dan mencelah kerana ia pasti akan menjadi konfrontasi yang lebih besar dari yang diagakkan.

Tuesday, September 8, 2009

PRK datang lagi…

Buat kali yang ke 9 pilihanraya kecil yang bakal menarik perhatian umum dan kali ini tumpuan beralih arah ke sebelah zon selatan dan yang pastinya kehangatan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bakal menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PR.

Pastinya pimpinan BN cukup resah dan gelisah bila berlakunya pilihanraya kecil yang sebelum ini telah menyaksikan 7 kali kemenangan buat PR dari 8 perlawanan. Tambahan pula DUN yang bakal diadakan PRK ini merupakan kubu kuat BN sejak dr dulu lagi. Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas menyaksikan perubahan yang ketara rakyat di negeri Sembilan mahukan kerana belum pernah didalam sejarah N9 15 DUN tewas ke tangan pembangkang sekali gus menghilangkan suara dua pertiga.

Melihatkan DUN Bagan Pinang ini yang berada didalam Parlimen Teluk Kemang yang dimenangi oleh PR pada pilihanraya lepas dan 4 lagi DUN iaitu Lukut, Chuah, Linggi dan Port Dickson maka dirasakan tidak mustahil untuk PR menumbangkan BN di Bagan Pinang jika strategi dan kerjasama erat antara PR didalam PRK sebelum ini terus dikekalkan.

PRK ini cukup genting buat BN kerana jika DUN ini hilang maka ini merupakan petanda bahawa pilihanraya umum seterusnya BN boleh menggali kubur. Manakala buat PR pula, jika menang maka inilah petanda aras perubahan yang diinginkan oleh rakyat. Bagi PAS mungkin 3 pilihanraya kecil sebelum ini iaitu Manek Urai, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang adalah tempat PAS maka PAS sudah dijangkakan menang bergaya tetapi di DUN Bagan Pinang ini satu pertaruhan yang hebat terhadap slogan PAS for all. PAS kali ini tidak boleh merasakan selesa kerana pertarungan kali ini diibaratkan untuk menguji bisa PR di kubu kuat BN dan biarpun PAS gagal memenangi kerusi DUN ini tapi mampu menurunkan majority ia tetap kemenangan yang hebat.

Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan calon bagi setiap parti yang bakal bertanding. BN dikhabarkan masih bermain dengan teka teki dan masalah dalaman 3 penjuru pihak mereka tapi yang jelas berkemungkinan BN menurunkan calon veteran bagi memberi kekebalan terhadap PRK kali ini. Apa-apapun keputusan PRK DUN Bagan Pinang bakal memberi impak yang cukup besar kepada Pilihanraya yang akan datang. Terus menanti suasana PRK DUN Bagan Pinang…

Tuesday, June 16, 2009

MPPK: Belia Komanwel: Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Agak lama tidak melayangkan entry terbaru buat tatapan pembaca setia terutama warga UNiSEL yang sentiasa subur untuk mengetahui perjuangan semasa pada pihak MPP.

Atas beberapa asbab yang tidak mengizinkan untuk saya berada dihadapan komputer riba kesayangan ini maka segala maklumat yang ingin disampaikan terbantut. Agak memerlukan masa sebenarnya untuk membiarkan emosi dan mental berada dalam keadaan selesa dan seterusnya dapat mengarang satu informasi buat tatapan semua.

Entry ini akan saya layangkan 3 episod berganda yang diusahakan oleh pihak MPP dalam masa untuk menaikkan nama UNiSEL diseluruh Malaysia bahkan diseluruh dunia insyallah.

Pertama, saya dan beberapa MPP UNiSEL yang lain telah menghadiri Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu TPM Malaysia pada 9 Jun yang lepas. Mesyuarat yang diadakan setiap 2 kali setahun itu yang mana dikenali sebagai Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) adalah merupakan satu platform yang diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa dalam melontarkan idea dan memberikan pandangan berhubung isu semasa baik dalam apa jua perkara.

Beberapa cadangan dan agenda yang telah dibentangkan oleh Pimpinan Mahasiswa ini antaranya Pemerkasaan Mutu dan Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah,Transformasi Ekonomi Malaysia ke Arah Persaingan Kompetitif, Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-Traditional Security Issues, Isu Pengangkutan Awam Melibatkan Golongan Pelajar dan Mahasiswa Di Malaysia dan Isu Pembangunan Wanita.

Selain itu isu2 lain yang sempat dibangkitkan oleh Pimpinan Mahasiswa ini adalah isu PTPTN, Kemudahan untuk Mahasiswa, SPM 10 Subjek dan lain2 lagi. Sebelum MPPK ini berlangsung, satu hari sebelumnya telah diadakan Pra MPPK yang mana pengisiannya adalah sesi penerangan dari badan2 tertentu dan juga sesi dialog bersama Kementerian Pengajian Tinggi serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kedua, 3 wakil Pimpinan MPP UNiSEL telah dihantar bagi mewakili UNiSEL ke Forum Belia Komanwel yang berlangsung di Melaka pada 9 Jun sehinggalah 19 Jun 2009. Bermakna pada ketika ini mereka masih berada didalam program tersebut. Melihat kepada kesungguhan mereka untuk terus membawa nama UNiSEL kemana2 majlis yang dianjurkan adalah cukup tinggi, biarpun terpaksa dikecualikan kewajipan pertama atas nama mahasiswa iaitu menghadiri kuliah tapi atas dasar untuk UNiSEL bersama2 dengan agenda Kementerian Pengajian Tinggi maka cabaran dan halangan inilah terpaksa ditempuhi.

Ketiga dan yang terakhirnya adalah atas usaha MPP untuk menghidupkan suasana debat di UNiSEL bermula ambilan yang lepas maka kita turut menghantar 4 wakil pendebat UNiSEL untuk berentap di gelanggang UNiMAS. Pendebat dan beberapa pengiring telah bertolak pada 12 Jun yang lepas dan akan kembali ke UNiSEL pada hari ini iaitu 16 Jun 2009. Mengharapkan kejayaan yang mengiringi mereka dan nama UNiSEL terus dimainkan dimana-mana.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan