Tuesday, September 8, 2009

PRK datang lagi…

Buat kali yang ke 9 pilihanraya kecil yang bakal menarik perhatian umum dan kali ini tumpuan beralih arah ke sebelah zon selatan dan yang pastinya kehangatan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bakal menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PR.

Pastinya pimpinan BN cukup resah dan gelisah bila berlakunya pilihanraya kecil yang sebelum ini telah menyaksikan 7 kali kemenangan buat PR dari 8 perlawanan. Tambahan pula DUN yang bakal diadakan PRK ini merupakan kubu kuat BN sejak dr dulu lagi. Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas menyaksikan perubahan yang ketara rakyat di negeri Sembilan mahukan kerana belum pernah didalam sejarah N9 15 DUN tewas ke tangan pembangkang sekali gus menghilangkan suara dua pertiga.

Melihatkan DUN Bagan Pinang ini yang berada didalam Parlimen Teluk Kemang yang dimenangi oleh PR pada pilihanraya lepas dan 4 lagi DUN iaitu Lukut, Chuah, Linggi dan Port Dickson maka dirasakan tidak mustahil untuk PR menumbangkan BN di Bagan Pinang jika strategi dan kerjasama erat antara PR didalam PRK sebelum ini terus dikekalkan.

PRK ini cukup genting buat BN kerana jika DUN ini hilang maka ini merupakan petanda bahawa pilihanraya umum seterusnya BN boleh menggali kubur. Manakala buat PR pula, jika menang maka inilah petanda aras perubahan yang diinginkan oleh rakyat. Bagi PAS mungkin 3 pilihanraya kecil sebelum ini iaitu Manek Urai, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang adalah tempat PAS maka PAS sudah dijangkakan menang bergaya tetapi di DUN Bagan Pinang ini satu pertaruhan yang hebat terhadap slogan PAS for all. PAS kali ini tidak boleh merasakan selesa kerana pertarungan kali ini diibaratkan untuk menguji bisa PR di kubu kuat BN dan biarpun PAS gagal memenangi kerusi DUN ini tapi mampu menurunkan majority ia tetap kemenangan yang hebat.

Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan calon bagi setiap parti yang bakal bertanding. BN dikhabarkan masih bermain dengan teka teki dan masalah dalaman 3 penjuru pihak mereka tapi yang jelas berkemungkinan BN menurunkan calon veteran bagi memberi kekebalan terhadap PRK kali ini. Apa-apapun keputusan PRK DUN Bagan Pinang bakal memberi impak yang cukup besar kepada Pilihanraya yang akan datang. Terus menanti suasana PRK DUN Bagan Pinang…

1 comments:

MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam...
kini PRK datang lagi...
mejoriti PRK di BALON oleh PR...
betul perangkaan saudara tentang PRK kali ini, merupakan tanda aras bagi kedua2 parti...
Apa2 pon saya tak sabar menanti percaturan kedua2 parti...
Biarlah kemenangan kali ini memberi impak kepada parti yang tewas....