Wednesday, September 9, 2009

Nasionalis: Semangat kiri

Parah yang teramat parah…

Itu yang mampu dihelakan setelah puas merisik sana sini blog temen2 diluar sana terutama di Indonesia, kecut rasa hati bilamana melihat kebangkitan dan semangat nasionalis yang menebal mahasiswa disana. Tapi kita disini diam seribu bahasa bahkan masi ramai blum tahu persoalan masalah dan kesusahan yang sedang melanda antara Indonesia dan Malaysia.

Ganyang Malaysia disuarakan kembali beberapa hari yang lepas terutama oleh sekumpulan mahasiswa Indonesia yang mana timbul ketidakpuasan hati mereka berikutan beberapa kontroversi yang berlaku antaranya timbul persoalan Malaysia menggunakan lagu tarian Indonesia sewaktu promosi pelancongan Malaysia, kontroversi lagu rasmi negara dan sebagainya. Tetapi pada pandangan saya hal ini lebih kepada isu2 lama yang sentiasa diungkit seolah2 untuk mencari siapa yang bersalah dan lebih hebat sebenarnya. Saya melihat mereka lebih kepada ingin membawa isu2 lama seperti ketidakpuasan terhadap layanan rakyat Indonesia di Malaysia terutama isu penderaan pembantu rumah, isu Pulau Ambalat, panggilan yang tidak menyenangkan buat mereka dan sebagainya.

Puncak kepada kontroversi ini apabila jalan singkat yang diambil oleh mahasiswa Indonesia iaitu dengan menyerbu kedutaan Malaysia di Indonesia dan menurunkan bendera Malaysia selain menggantikan dengan bendera indonesia bahkan turut membakar bendera Malaysia sambil melaungkan ‘ganyang Malaysia’. Apa yang ingin dipersoalkan disini adalah bagaimana dengan tahap keselamatan rakyat Malaysia disana kerana banyak desas desus menyatakan bahawa rakyat disana terutama mahasiswa Indonesia berang dan cukup tidak berpuas hati dengan rakyat Malaysia seolah2 semua rakyat Malaysia bersalah.

Dapat disimpulkan disini biarpun tahap cintakan negara cukup tinggi dan hebat tapi mereka seolah2 tidak pandai dan menghargai negara lain terutama negara jiran malahan negara yang mempunyai satu rumpun, berkongsi budaya yang hamper sama, bahasa yang sama dan segalanya. Amat dikesalkan dengan perlakuan dan insiden yang telah berlaku seolah2 hanya satu negara sahaja yang bersalah dan seharusnya mahasiswa disana mengkaji terlebih dahulu persoalan dan kontroversi yang timbul bukan hanya pandai bermain tindakan kerana hasil tindakan perlulah ditanggung kesannya. Biarpun semangat yang dibawa begitu hebat tapi corak pembawaan cukup salah dan patut untuk dikesalkan. Mereka sewajarnya memikirkan kesan dari insiden kerna parah diberi parahlah yang ditanggung.

Pihak kerajaan digesa untuk mengambil langkah segera untuk menangani isu yang timbul kerana isu ini bukan diibaratkan isu yang kecil dan dapat disembunyikan daripada rakyat buat selamanya tetapi ia perlu diselesaikan secara diplomatic sebelum sampai keperingkat antarabangsa. Ambil kira bagaimana keselamatan rakyat Malaysia disana dan kami seharusnya bimbang akan saudara2 disana. Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim digesa agar berhenti bermain kata2 dan lakukan sesuatu agar rakyat melihat jalan terbaik dari kerajaan. Sudah banyak gerakan2 yang diwujudkan disana semata2 untuk melakukan penyisiran rakyat Malaysia dari Indonesia. Bimbang akan keselamatan mahasiswa di sana yang mana sudah diberi amaran supaya berhati2 dan hindari dari jalan2 tertentu. Gagasan yang cuba dibawa mahasiswa sana cukup kuat dan sentiment yang dimainkan tidak akan putus melainkan satu tindakan antara kedua2 pihak kerajaan diperincikan. Jangan menunggu sehingga semangat mahasiswa Malaysia bangkit dan mencelah kerana ia pasti akan menjadi konfrontasi yang lebih besar dari yang diagakkan.

6 comments:

MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam pautan blog...

Apa yang di bicara kali ini bukanlah isu lokal tetapi isu global...Bagus untuk santapan minda MAHASISWA UNiSEL khususnya..

Tidak dinafikan bahawa MAHASISWA indonesia merupakan antara MAHASISWA yang hebat dalam kebangkitan MAHASISWA...Dalam membahaskan hal2 yang berlaku kini, tidak dinafikan bahawa bagi pihak INDONESIA mereka terasa terancam dan pihak MALAYSIA pula terasa terhina...

Dilihat kepada perspektif lain, MAHASISWA INDONESIA bukanlah bertindak membabi buta tetapi untuk mempertahankan hak..

Pada pandangan sisi lain pula Pihak MALAYSIA hanya memperjuangkan MARUAH...

Biarlah isu ini ditangani dengan berhemah serta mendapat keuntungan bagi kedua2 belah pihak...

Kepada yag bertanggungjawab diharapkan peka kepada isu yang bisa "menjahanamkan" hubungan diplomatik ini...

shahimi..

azraeihusain said...

salam sdr shahimi,

mahasiswa seharusnya bertindak secara idealis dan bijak sana, tapi tindakan mahasiswa indonesia baru2 ini menggambarkan mereka dipengaruhi perasaan marah yang membuak2 hinggakan status mahasiswa diletak tepi..

isu yang dibangkitkan bukan semua kesilapan malaysia tapi sesetengah adalah hasil propaganda pihak tertentu yang ingin merenggangkan hubungan baik malaysia indonesia, kerna itulah saya kecewa dengan sikap dan tindakan mahasiswa indonesia yang terlalu mengaibkan dan bertindak tanpa usul periksa.

dengan cara menceroboh kedutaan malaysia ke indonesia,membalingkan telur kebangunan kedutaan, menurunkan bendera negara, membakar bendera negara dan seterusnya menyisir rakyat malaysia disana terutama mengancam mahasiswa malaysia disana...adakah ini masih dikira praktikal dalam sesuatu tindakan???

tidak rasional dan sudah tentu mereka mengaum dan menggambil peluang diatas sikap toleransi malaysia yang masih mahu menjaga nama baik hubungan dan dgn menyembunyikan fakta sebenar dr rakyat sendiri..

bukan bertujuan menghasut tetapi sekilas pandang kita perlu rasa kecewa dan tersentak dgn tindakan mahasiswa indonesia ini dan kita juga berhak untuk bangkit..

salam

Anonymous said...

actually sudah lama 'ganyang malaysia' mula dpanaskan kmbli di internet, sumer benar2 panas sejak dua menjak nie.. scara kasar nye apa yg dlakukan oleh mahasiswa indonesia tue hanyalah membuktikan pndngn -ve rkyt mlysia terhadap mereka adalah benar selama nie...ganas, tidak beretika dan emotional dlm mlakukan sesuatu..

Mohd.Fitri Alif Bin Mohd.Kasai said...

Diharap pihak mahasiswa indonesia berfikir la apa yg telah dibuat....penat jer masuk universiti tapi berfikiran mcm budak kecil....x matang langsung....diorg nie x sedar ker ramai org indon yg cari makan halal ker x halal kt MALAYSIA nie....kalau nk berperang dengan MALAYSIA secara tak langsung periuk nasi org indon lain pn akan terjejas....diorg nie sebenar nyer tak kesian kt rakyat indon lain.....kalau diorg nk halau org MALAYSIA kt sana kita boleh jer halau jutaan org indon yg menetap kt sini secara sah ker x....aper2 pn renungkan ayat Nabil nie.....LU PIKIR LA SENDIRI ASSALAMUALAIKUM....

MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam sdr azraei..

Sememagnya apa yang dilontarkan anda ada tepatnya..TTP cuba kita letakkan MALAYSIA ditampat mereka..Adakah kita akan berdiam diri??PASTI TIDAK BUKAN!!!..

Saya menyangkal pandangan anda yang mengatakan mereka bertindak melulu..Apa yang dilakukan mereka adalah wajar...MAHASISWA patut bukan sekadar peka terhadap isu dalam kampus malah isu RAKYAT...

Apa yang diketengahkan oleh MAHASISWA indonesia ini bukanlah isu membabi buta tetapi isu RAKYAT...

Yang salah tetap bersalah...Mengapa kerajaan MALAYSIA tidak terus membuat kenyataan TERBUKA dalam memohon maaf berkaitan isu external ini...

Jangan kita katakan kita banyak berbudi dengan kerajaan INDONESIA..Kita dan mereka saling bergantungan...Mengapa tidaknya...Buruh kebanyakan orang indonisia...Tiada mereka maka lumpuhlah ekonomi kita...

Jalan yang terbaik adalah berbaik2 semula antara MALAYSIA dan INDONESIA...

Tiada penyudahnya jika berlaga, NATIJAHNYA kedua2 negara menanggung kerugiaan...

shahimi ariffin

Unknown said...

sy minta sdr shahimi betul2 memahami posting, respon dan juga kisah berkisar dgn isu ini sebelum memberi respon...

sy kira respon sy yg sbelum ini sudah cukup utk sdr shahimi mmhami maksud sy..

salam