Tuesday, June 16, 2009

MPPK: Belia Komanwel: Debat

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Agak lama tidak melayangkan entry terbaru buat tatapan pembaca setia terutama warga UNiSEL yang sentiasa subur untuk mengetahui perjuangan semasa pada pihak MPP.

Atas beberapa asbab yang tidak mengizinkan untuk saya berada dihadapan komputer riba kesayangan ini maka segala maklumat yang ingin disampaikan terbantut. Agak memerlukan masa sebenarnya untuk membiarkan emosi dan mental berada dalam keadaan selesa dan seterusnya dapat mengarang satu informasi buat tatapan semua.

Entry ini akan saya layangkan 3 episod berganda yang diusahakan oleh pihak MPP dalam masa untuk menaikkan nama UNiSEL diseluruh Malaysia bahkan diseluruh dunia insyallah.

Pertama, saya dan beberapa MPP UNiSEL yang lain telah menghadiri Mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu TPM Malaysia pada 9 Jun yang lepas. Mesyuarat yang diadakan setiap 2 kali setahun itu yang mana dikenali sebagai Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) adalah merupakan satu platform yang diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu pengiktirafan terhadap para mahasiswa dalam melontarkan idea dan memberikan pandangan berhubung isu semasa baik dalam apa jua perkara.

Beberapa cadangan dan agenda yang telah dibentangkan oleh Pimpinan Mahasiswa ini antaranya Pemerkasaan Mutu dan Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah,Transformasi Ekonomi Malaysia ke Arah Persaingan Kompetitif, Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-Traditional Security Issues, Isu Pengangkutan Awam Melibatkan Golongan Pelajar dan Mahasiswa Di Malaysia dan Isu Pembangunan Wanita.

Selain itu isu2 lain yang sempat dibangkitkan oleh Pimpinan Mahasiswa ini adalah isu PTPTN, Kemudahan untuk Mahasiswa, SPM 10 Subjek dan lain2 lagi. Sebelum MPPK ini berlangsung, satu hari sebelumnya telah diadakan Pra MPPK yang mana pengisiannya adalah sesi penerangan dari badan2 tertentu dan juga sesi dialog bersama Kementerian Pengajian Tinggi serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kedua, 3 wakil Pimpinan MPP UNiSEL telah dihantar bagi mewakili UNiSEL ke Forum Belia Komanwel yang berlangsung di Melaka pada 9 Jun sehinggalah 19 Jun 2009. Bermakna pada ketika ini mereka masih berada didalam program tersebut. Melihat kepada kesungguhan mereka untuk terus membawa nama UNiSEL kemana2 majlis yang dianjurkan adalah cukup tinggi, biarpun terpaksa dikecualikan kewajipan pertama atas nama mahasiswa iaitu menghadiri kuliah tapi atas dasar untuk UNiSEL bersama2 dengan agenda Kementerian Pengajian Tinggi maka cabaran dan halangan inilah terpaksa ditempuhi.

Ketiga dan yang terakhirnya adalah atas usaha MPP untuk menghidupkan suasana debat di UNiSEL bermula ambilan yang lepas maka kita turut menghantar 4 wakil pendebat UNiSEL untuk berentap di gelanggang UNiMAS. Pendebat dan beberapa pengiring telah bertolak pada 12 Jun yang lepas dan akan kembali ke UNiSEL pada hari ini iaitu 16 Jun 2009. Mengharapkan kejayaan yang mengiringi mereka dan nama UNiSEL terus dimainkan dimana-mana.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

0 comments: