Thursday, June 18, 2009

Ceritera 4: Pandangan Hati

Mahasiswa kita lebih gemar mengherdik bukannya membantu untuk memulihkan sesuatu institusi. Setujukah kalian sahabat seperjuangan berkenaan dgn kenyataan ini? Pada saya ini adalah satu barah yang menular didalam diri mahasiswa kita saat ini. Mereka lebih gemar memerhati, dan menanti untuk menerkam kesilapan orang lain. Bukannya satu usaha untuk sama2 mengukuhkan institusi dengan cara membetulkan kesilapan, menegur dengan cara berhemah dan sama2 membantu untuk hasilkan buah yang mekar dan ranum.

Kesilapan akan diungkit sehingga jatuh dan lemah longlai insan itu biarpun disebalik kesilapan itu terdapat satu azimat yang telah dilaksanakan. Tapi manusia mengerti dan memandang kesilapan lebih dahulu daripada melihat dan menerima kehebatan. Hakikatnya itulah mahasiswa yang dikatakan hebat dalam perjuangan.

Berani memberi herdikan dan kutukan tetapi tidak berani untuk menonjolkan diri menghadirkan sosokan. Biar lemahnya manusia bertarung asalkan dirinya dijadikan perisai, bodohnya sikap tiada adab pabila hebatnya berhujah tetapi orang lain dijadikan perisai. Tunjukkan kekuatan dengan berpaksikan keangggunan dirimu bukannya kehebatan hujahmu!

Sedikit pandangan yang dilontarkan, untuk kita sama2 menilai sejauhmanakah keberkesanan diri kita dalam membantu sesuatu institusi. Idea, pandangan dan cetusan peribadi amat dinilai kerna ia akan menggambarkan prinsip dan keteladanan kita. Berpaksikan kepada yang benar dan mutlak maka sama2 kita mengkirik dan mencurahkan idea melalui pandangan masing2. Buktikan anda mampu untuk bersama dalam mengharungi dunia perjuangan mahasiswa…

Salam

6 comments:

F.Aswan said...

Salam Ziarah.

Anonymous said...

emmm.......ade yang betul and ade yg salah tentang tu...sbb diriku yang pernah mengalami keadaan sprti itu...susah untukku gambarkan..bertapa deritanya dibuat oleh mereka2 yg berperangai mcm tu

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
CerItAhATi said...

Untuk mencari orang yang turut sama dalam berjuang bukan mudah..lebih-lebih lagi perjuangan itu memerlukan pelbagai jalan yang berliku sehingga akhirnya kita rasa putus asa untuk melaluinya.. Terpulang kepada diri bagaimana untuk mencorak kain putih bersama pejuang yang lain dimana akhirnya berjaya menghasilkan satu tirai yang sukar di lunturkan..Pilihlah tentera yang paling baik bagi meneraju medan pertempuran..

Unknown said...

salam...
memang benar apa
yang diperkatakan
orang yg berada
disekeliling lebih
gemar mengkritik
dr memberi pendapat
atau pandangan..
ttp kita jangan pulak
cepat melatah kerana
ia akan mempamerkan
setiap keburukan kita..

lola_cat[asparagus] said...

manusia x kre mahasiswa atau sesiapa saja memang suka menghukum