Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Ceritera 5: Sejenak Terlintas

Hati didatangi rasa kemurungan yang jarang sekali untuk bertapak. Terlintas difikiran aku indahnya waktu dulu sewaktu bergelar mahasiswa bukannya pemimpin mahasiswa. Saat ini aku bergelumang dengan waktu dan aksi pelbagai pihak samada yang menyenangkan mahupun yang menjengkelkan sedangkan waktu dulu masa aku cukup enak dan flexible. Aku mempunyai masa untuk segalanya, masa untuk pulang kekampung, masa lebih untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk bersosial bersama teman2, masa untuk menenangkan fikiran dan masa untuk apa sahaja. Ini tidak termasuk dengan sikap dan perangai segelintir manusia yang terpaksa aku tempuhi, pelbagai jenis ragam dan kehendak yang terpaksa dihadapi…

Buat teman diluar sana, yang masih belum berdiri dan berada disituasi yang aku hadapi sekarang maka penuhilah masa anda dengan aktiviti yang berguna, anda mempunyai ruang masa yang cukup luas untuk melaksanakan apa sahaja. Gunalah setiap masa ruang anda untuk mengulangkaji pelajaran dan tidak salah untuk cakna kepada pergerakan mahasiswa waktu ini terutama kepentingan mahasiswa di UNISEL.

Walaupun aku cuba melontarkan secebis dr perasaan yang dirasakan waktu ini tidak bermakna aku tidak menghargai kedudukan sekarang. Bahkan dengan hal sekarang inilah telah menjadikan aku lebih matang dan lebih menghargai masa yang ada. Disaat ini sebagai final semester student, aku terpaksa menyiapkan ‘tesis’ dan masa yang banyak perlu diruangkan untuk menyiapkannya. Setiap minggu perlu menghantar report kepada ‘supervisor’ dan setiap minggu juga aku terpaksa mempengerusikan mesyuarat samaada mesyuarat pimpinan MPP mahupun mesyuarat KONVOKESYEN (Feskonisel 09) dan inilah yang dimaksudkan aku kekangan masa sebagai pemimpin mahasiswa. Tidak salah kalau aku katakan aku merindukan saat dulu sewaktu sebelum dikenali sebagai YDP.

Tapi aku percaya dugaan dan cabaran pasti akan tiba biarpun sebagai mahasiswa biasa, yang membezakan kita hanyalah sejauh mana kita mengendalikan masa itu, sejauh manakah kita mampu untuk menghadapi cabaran itu dan itulah yang memberi kekuatan dan nilai tambahan sebagai seorang mahasiswa. Ingat bahawa kita perlu menjadikan diri kita unik berbanding orang lain bagi membawa diri kita lebih hebat dari orang lain.

“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar” Prof Diraja Ungku Aziz

Salam…

Thursday, June 18, 2009

Ceritera 4: Pandangan Hati

Mahasiswa kita lebih gemar mengherdik bukannya membantu untuk memulihkan sesuatu institusi. Setujukah kalian sahabat seperjuangan berkenaan dgn kenyataan ini? Pada saya ini adalah satu barah yang menular didalam diri mahasiswa kita saat ini. Mereka lebih gemar memerhati, dan menanti untuk menerkam kesilapan orang lain. Bukannya satu usaha untuk sama2 mengukuhkan institusi dengan cara membetulkan kesilapan, menegur dengan cara berhemah dan sama2 membantu untuk hasilkan buah yang mekar dan ranum.

Kesilapan akan diungkit sehingga jatuh dan lemah longlai insan itu biarpun disebalik kesilapan itu terdapat satu azimat yang telah dilaksanakan. Tapi manusia mengerti dan memandang kesilapan lebih dahulu daripada melihat dan menerima kehebatan. Hakikatnya itulah mahasiswa yang dikatakan hebat dalam perjuangan.

Berani memberi herdikan dan kutukan tetapi tidak berani untuk menonjolkan diri menghadirkan sosokan. Biar lemahnya manusia bertarung asalkan dirinya dijadikan perisai, bodohnya sikap tiada adab pabila hebatnya berhujah tetapi orang lain dijadikan perisai. Tunjukkan kekuatan dengan berpaksikan keangggunan dirimu bukannya kehebatan hujahmu!

Sedikit pandangan yang dilontarkan, untuk kita sama2 menilai sejauhmanakah keberkesanan diri kita dalam membantu sesuatu institusi. Idea, pandangan dan cetusan peribadi amat dinilai kerna ia akan menggambarkan prinsip dan keteladanan kita. Berpaksikan kepada yang benar dan mutlak maka sama2 kita mengkirik dan mencurahkan idea melalui pandangan masing2. Buktikan anda mampu untuk bersama dalam mengharungi dunia perjuangan mahasiswa…

Salam

Tuesday, June 2, 2009

Ceritera 3 : Adat Kehidupan

Kesilapan lalu biarlah aku sendiri yg memahaminya...

Perkara yg lalu dan lepas adalah pengajar kepada kehidupan kita yg sekarang dan akan datang. tetapi haruskah kita mengungkit kesilapan yg lalu dan membandingkan apa yg kita ada sekarang?

Bagi aku kesilapan lalu merupakan satu pedoman dan tunjuk ajar kepada kita supaya segala keburukan yg lepas tidak lagi dibawa kehadapan..

Apa yg lepas kita tanamlah spt menanam pokok yg takkan tumbuh. tatkala jika ia masih tumbuh maka kita masih berada dalam bulatan kehidupan yg sama. kesilapan yg sama akan kita kejarkan bukannya satu pembaharuan yg dinantikan..

Kenapa harus aku gunakan ungkapan pokok? sedangkan masih byk ungkapan lain yg blh disamakan dgn hal yg lepas...aku anggapkan sesuatu yg telah kita lalui adalah seperti kita membajai hidup kita, maka pengalaman akan sentiasa tumbuh tp untuk pengalaman yg dikaitkan dgn kesilapan biarlah ia menjadi satu pokok yg takkan lagi membesar, janganlah biarkan ia tumbuh membesar..cukuplah ia kekalkan sebagai satu pokok yg ada dan lama kelamaan akan mati maknanya kesilapan lepas pun diharapkan akan lenyap dr ingatan.

Bila memikirkan ttg kesilapan lalu aku tunduk membisu mengharapkan ia takkan muncul lagi bahkan memberi satu pengajaran kepada diri sendiri...biarlah ia yg mengajar aku ilmu bertatih didunia ini dan seterusnya membawa aku membuat perubahan terhadap diri sendiri...

Sejujurnya aku masih mentah untuk menilai sejauh mana aku telah membawa diri kerna kisah hidup dunia sukar untuk ditafsir dan diterjemahkan. tetapi gambaran boleh dibawa berdasarkan sikap dan budaya yg kita pakai. kita terjemahkan secara pandangan tetapi bukannya hakikat yg pasti...

Monday, June 1, 2009

MTS : Satu Penghormatan

Salam Kasih Sayang buat penghuni baru UNiSEL…

Hari dihitung, aktiviti dirancang dan mahasiswa dinanti, inilah antara tugas harian FMTS iaitu Fasilitator Minggu Tekad Siswa semenjak 19 May 2009 yang lepas sehinggalah berakhirnya Minggu Orientasi buat penghuni baru yang dimaksudkan iaitu 29 May 2009.

Jelas dengan nama sebagai fasilitator maka setiap tugas pastinya dirancang dengan penuh teliti bagi mencapai objektif Minggu Tekad Siswa (MTS) iaitu ingin memberi pendedahan dan pengenalan kepada mahasiswa/i baru UNiSEL tentang suasana, pengurusan dan corak pembelajaran di UNiSEL. Selain itu ia juga untuk merapatkan hubungan dan memberi keselesaan kepada mahasiswa baru untuk berinteraksi dengan senior yang bakal memberi tunjuk ajar pada mereka. Dengan tunjuk ajar dan keakraban dari senior yang diwakili oleh Fasilitator inilah akan memberi model dan gambaran awal kepada kondusi social di UNiSEL. Dengan itu secara langsung peranan yang dimainkan oleh fasilitator amat besar dan mampu untuk memberi impak kepada mentaliti siswa/i baru.

Sebelum kedatangan fasilitator, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah dulu memulakan langkah membina strategi untuk membentuk satu kumpulan fasilitator melalui temuduga bagi memilih fasilitator yang betul2 berkelayakan untuk digelar fasilitator dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Pelbagai persiapan rapi dijalankan dan akhirnya kumpulan fasilitator yang terpilih telah dihantar untuk menghadiri kursus kepimpinan selama 2 hari.

Kedatangan penghuni bumi UNiSEL yang baru ini disambut kami dengan penuh penghormatan walaupun sedikit kepincangan yang dapat dilihat tapi bagi pihak kami semua segalanya mengajar kami untuk lebih tabah dan belajar dari kesilapan. Saya sejujurnya bersetuju benar dengan kata2 setiausaha FMTS yang juga Setiausaha Agong MPP yang mana mengibaratkan MTS kali pertama buat kami ini sebagai satu eksperimen untuk lebih matang dan berjaya pada MTS yang akan datang.

Saya lebih gemar memerhati dan melihat bakat, ketabahan dan kematangan fasilitator dalam menggendalikan setiap urusan bersama siswa/I baru buat pertama kali ini. Saya mengharapkan satu idea akan lahir dan penambahbaikan dapat dilaksanakan kelak. Sepanjang pemerhatian diibaratkan bahawa fasilitator ini masing2 mempunyai idea dan pandangan yang berbeza samaada yang lama mahupun yang baru, kemahiran mereka dapat dipupuk dan saya melihatkan ramai yang baru tetapi mempunyai charisma yang tinggi dalam bidang tugas yang diberi. Insyallah jika mereka masih bersama dimasa hadapan membantu dalam urusan pengambilan pelajar baru saya yakin MTS yang bernafas baru bakal dilahirkan.

Kematangan dan disiplin yang tinggi amat diperlukan didalam diri setiap fasilitator, jika dua aspek ini dapat dipenuhi maka tidak mustahil siswa/I baru amat menghormati dan menyanjungi abang2 dan kakak2 fasilitator. Bukan senang untuk meletakkan diri kita sebagai orang yang dihormati melainkan kita mempunyai sifat2 yang amat ditekankan didalam islam.

Seminggu didalam Minggu Tekad Siswa membawa penuh erti kepada mahasiswa/I baru bahkan kepada fasilitator itu sendiri. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan dapat ditimba dan diraih. Penuh dengan erti yang tidak mampu untuk digambarkan. Didalam blog peribadi saya ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah secara peribadi kepada semua fasilitator yang terlibat, pada saya anda semua telah memberikan satu hasil dan usaha yang amat baik, bahkan saya tidak mampu untuk meluahkan betapa besarnya penggorbanan yang telah anda berikan pada unisel. Saya mengharapkan kita dapat sekali lagi bergandingan membawa yang terbaik untuk university. Terima kasih yang tidak terhingga kerana berjaya melaksanakn tugas anda dengan penuh hemah dan dedikasi. Moga kalian terus menyokong setiap usaha yang dibawa. Terima kasih!

Salam kasih sayang. Salam perjuangan. Salam perpaduan