Hati didatangi rasa kemurungan yang jarang sekali untuk bertapak. Terlintas difikiran aku indahnya waktu dulu sewaktu bergelar mahasiswa bukannya pemimpin mahasiswa. Saat ini aku bergelumang dengan waktu dan aksi pelbagai pihak samada yang menyenangkan mahupun yang menjengkelkan sedangkan waktu dulu masa aku cukup enak dan flexible. Aku mempunyai masa untuk segalanya, masa untuk pulang kekampung, masa lebih untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk bersosial bersama teman2, masa untuk menenangkan fikiran dan masa untuk apa sahaja. Ini tidak termasuk dengan sikap dan perangai segelintir manusia yang terpaksa aku tempuhi, pelbagai jenis ragam dan kehendak yang terpaksa dihadapi…
Buat teman diluar sana, yang masih belum berdiri dan berada disituasi yang aku hadapi sekarang maka penuhilah masa anda dengan aktiviti yang berguna, anda mempunyai ruang masa yang cukup luas untuk melaksanakan apa sahaja. Gunalah setiap masa ruang anda untuk mengulangkaji pelajaran dan tidak salah untuk cakna kepada pergerakan mahasiswa waktu ini terutama kepentingan mahasiswa di UNISEL.
Walaupun aku cuba melontarkan secebis dr perasaan yang dirasakan waktu ini tidak bermakna aku tidak menghargai kedudukan sekarang. Bahkan dengan hal sekarang inilah telah menjadikan aku lebih matang dan lebih menghargai masa yang ada. Disaat ini sebagai final semester student, aku terpaksa menyiapkan ‘tesis’ dan masa yang banyak perlu diruangkan untuk menyiapkannya. Setiap minggu perlu menghantar report kepada ‘supervisor’ dan setiap minggu juga aku terpaksa mempengerusikan mesyuarat samaada mesyuarat pimpinan MPP mahupun mesyuarat KONVOKESYEN (Feskonisel 09) dan inilah yang dimaksudkan aku kekangan masa sebagai pemimpin mahasiswa. Tidak salah kalau aku katakan aku merindukan saat dulu sewaktu sebelum dikenali sebagai YDP.
Tapi aku percaya dugaan dan cabaran pasti akan tiba biarpun sebagai mahasiswa biasa, yang membezakan kita hanyalah sejauh mana kita mengendalikan masa itu, sejauh manakah kita mampu untuk menghadapi cabaran itu dan itulah yang memberi kekuatan dan nilai tambahan sebagai seorang mahasiswa. Ingat bahawa kita perlu menjadikan diri kita unik berbanding orang lain bagi membawa diri kita lebih hebat dari orang lain.
“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar” Prof Diraja Ungku Aziz
Salam…
8 comments:
salam..Sememangnya tanggungjawab dan tugas sebagai YDPMPP amat memeritkan..terpancar di wajah saudara keletihan dan kelesuan yang cuba diselindung dengan hilai tawa dan senyuman...Tiada apa dapat ku bekalan selain doa agar dipermudahkan..Jalankanlah tanggungjawab yang disandang dengan jujur dan ikhlas agar berkat ALLAH sentiasa disisimu...
INSYAALLAH
salam PIMPINAN;
SHAHIMI...
gud luck YDP :)
sedih sy mendengar keluhan dan rintihan abg zoey..tapi,ini kali pertama contoh cabaran & peluang..yang diambil oleh abg yang sy dpt perdengarkan di dlm stiap seminar..yg slama ini...hya dpt ku bayangkan..sy hrp abg dpt teruskan perjuangan..setiap apa yang kita jalankan hnya Allah yg tentukan...dan hya Allah yg tahu kebaikan stiap jln yg kita ambil..
teruskan perjuangan abg ye..
sy tahu abg last sem...lpas ni..kteorang akan kehilangan YDP yg pling best forever...klau boleh,di saat2 akhir..mcm ni..dpt kte semua..luangkan masa...bersama our YDP..
salam perjuangan abg zoey...
nur shahira @ shaera(RC)
asalamualaikum.........
sbg pemimpin segala masa yang ada terpaksa dicurahkan demi mahasiswa walaupun kadang2 pengorbanan itu kadang2 tak dihargai...........
namun saya amat menghargai jasa2 setiap yang dilakukan......... semoga segala pengorbanan yang tlah dicurahkan oleh warga mpp55
mendapat balasan dr yang Allah SWT
amin......
Post a Comment