Monday, August 24, 2009

SALAM SEMESTER BARU: SALAM RAMADHAN

Walaupun terlambat saya kira untuk menayangkan entry ini tetapi rasa perlu untuk berkongsi salam bersama semua terutama seluruh warga UNISEL.

Terlebih dahulu ucapan syabas,tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa/I baru UNISEL ambilan JULAI 0910 kerana berjaya menjejakkan kaki menjadi warga UNISEL dan teman MPP. Harapan agar segala program yang diatur sepanjang MTS dapat memberi serba sedikit gambaran tentang kehidupan dialam UNISEL dan corak pembelajan di UNISEL. Paling penting harus diingatkan bahawa anda datang bertemankan kami iaitu MPP dan FMTS dan kami sentiasa bersama anda sehingga anda diakhir pembelajaran. Jalanilah kehidupan di alam Universiti ini dengan baik dan janganlah mudah terpengaruh dengan budaya2 yang tidak menyenangkan. Tetapkan matlamat anda supaya dapat mengharungi segala mehnah dan tribulasi dengan cekal dan cemerlang, insyallah..

Buat para senior iaitu abang2 dan kakak2 sekalian, selamat datang ke semester baru iaitu semester JULAI 0910. Harapan agar anda semua berjaya mengisi waktu cuti yang lepas dengan aktiviti2 yang berfaedah dan mampu memberi pengalaman yang berguna kepada diri sendiri. Anda semua melangkah lagi ke semester baru jadi tanamlah azam yang baru supaya anda mampu kehadapan dengan lebih baik berbanding semester yang lepas. 2 kemungkinan yang ada iaitu anda melangkah bergaya kesemester baru dengan ‘result’ semester lepas yang cemerlang, maka unjurkan diri supaya kehebatan dapat dikekalkan bahkan supaya lebih baik. Kemungkinan satu lagi anda melangkah dengan kesuraman setelah ‘result’ semester lepas kurang menyeronokkan maka semester inilah peluang anda untuk beraksi menampilkan kehebatan sebenar. Jadikan yang lepas adalah pengajaran dan pastikan sejarah tidak berulang. Anda mampu berjaya jika itu yang anda inginkan.

Akhir sekali, tidak ketinggalan salam ramadhan kepada seluruh warga UNISEL yang baru mahupun yang lama, mahasiswa mahupun mahasiswi, dan seluruh kakitangan UNISEL. Sama2 kita mengalu-alukan kedatangan bulan yang penuh barokah ini dengan meningkatkan segala amalan, meninggalkan segala keburukan, dan bersama2 berdoa kearah keberkatan.insyaallah…

Salam kasih sayang. Salam perjuangan. Salam perpaduan

0 comments: