Monday, June 8, 2009

UNITEN: Ketatkan Kerjasama Pimpinan Mahasiswa IPTS

Hari semalam telah dilakar dengan satu agenda yang amat bermakna apabila saya dan beberapa wakil pimpinan MPP UNiSEL telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat yang dianjurkan oleh MPP UNITEN. Antara wakil Pimpinan MPP lain yang turut hadir adalah daripada MMU, UTP, UNiTAR dan NOTTINGHAM UNIVERSITY.

Ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur atas usaha yang telah dilakukan kerna pada saya usaha ini amat memerlukan ketabahan dan kekuatan yang tinggi, tahap kesungguhan untuk melihat satu anjakan pemikiran pimpinan IPTS dan mencari keserasian pemikiran pimpinan IPTS ini telah dibawa oleh MPP UNITEN. Bukan mudah untuk mencapai kesungguhan sebagaimana hebatnya inspirasi mereka ini. Secara peribadi saya kagum melihat usaha yang telah dibawa MPP UNITEN ini.

Agenda yang telah dibawa pada saya amat bagus dan perbincangan juga amat menarik, segalanya membawa erti kepada mahasiswa/I. Saya simpulkan perbincangan kami pada perjumpaan tersebut menyentuh soal yang sepatutnya dan saya tidak berhasrat untuk berbicara lebih panjang soal agenda yang telah dibawa kerna kami masih menuju kepada cerita yang sebenar iaitu cerita tentang kebenaran perjuangan mahasiswa/I IPTS.

Pengisian entry ini sekadar untuk meraikan kesungguhan MPP UNITEN dan beberapa MPP IPTS lain dan mengharapkan agenda kita yang seterusnya tetap diiring serta semoga hari yang dijanjikan kita tetap tiba.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

2 comments:

RoyAL UnITeNErS said...

tahniah saudara...semoga usaha ini akan berterusan dan menjadi tradisi sesama pimpinan IPTS.

Semoga usaha kalian semua seperti usaha Tun Abdul Razak, Adam Malik, S. Rajaratnam, Thamat Khoman, Marciso Ramos di Bangkok 1967.

Tokoh2 ini wajar dijadikan teladan kerna usaha mereka berterusan sehingga sekarang

Anonymous said...

wow...kagumnye sy membaca tentang KKPM IPTS ni...anyway congratulations abg azraei and the other MPP..hope u all truskan usaha sebegini k....pd mulanya sy dah jangka mesyuarat ini akan diadakan...sebab sy ni kaki internet and brother kte pun MPP Uniteners that why segala perkembangan unisel or mana2 universiti sy ikut...tak sangka MPP unisel pun ada...