Wednesday, September 16, 2009

KPT: Halang imej ‘kilang diploma’

Beberapa forum antarabangsa menggelar Malaysia sebagai pembekal kepada graduan luar negara yang tidak berkualiti ataupun lebih sinonim dengan nama ‘kilang diploma’. Kita bisa memikirkan samada hal yang cuba diketengahkan ini benar mahupun tidak kerna kita yang lebih merasai suasana pendidikan di Malaysia. Pada saya masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Untuk menolak gelaran ini agak tidak kena memandangkan situasi kebanyakan IPT terutamanya IPTS agak rapat dan tepat dengan slogan ini.

Saya menyelar sikap sesetengah IPTS yang berorientasikan kepada keuntungan semata-mata memandangkan mereka boleh membeli pendidikan dgn corak menghadiahkan ijazah kepada yang tidak berhak hanya untuk meraih keuntungan. IPTS sebeginilah yang telah memberikan imej yang buruk kepada masyarakat mahupun negara dan hakikatnya ia telah memberi impak kepada kestabilan IPTS yang lain yang mana seharusnya turut bersama memberi kekuatan kepada sistem pendidikan negara. Malaysia tidak akan lari dari tuduhan yang buruk jika IPTS sebegini tidak diambil tindakan drastic dari pihak kerajaan. Kawalan terhadap penerimaan kemasukan ke IPTS terutama pelajar antarabangsa perlulah diperincikan dan yang diterima wajiblah yang berkelayakan.

Wajarlah jika usaha kementerian yang meminta IPTS membaiki sistem pengurusan akademik mereka dan melalui proses penarafan serta beberapa perkara baru yang turut diberi perhatian. Tetapi gesaan kepada kerajaan juga supaya bukan sahaja meminta IPTS melaksanakan apa yang dirancang bahkan kerajaan wajar mengawal dan sentiasa menjaga kualiti IPTS. Dikhuatirkan bahawa usaha-usaha sebegini hanyalah seperti melepaskan batuk ditangga yang mana usaha hanyalah pada permulaan, tetapi bila isu semakin reda maka kawalan dan seliaan makin menyemput. Jangan biarkan hasrat yang dilontarkan digelar retorik semata-mata.

Harapan agar kerajaan iaitu kementerian pengajian tinggi dapat melunaskan apa yang disuarakan baru-baru ini untuk memantapkan imej, nama baik dan reputasi terutama IPTS memandangkan hal ini makin tegang dibincangkan diperingkat antarabangsa. Kualiti graduan yang dilahirkan oleh mana-mana IPT perlulah amat ditekankan memandangkan ia adalah produk yang dilahirkan sistem pendidikan negara.

Transformasi sector pendidikan seharusnya berlaku dari dahulu lagi bagi melihat kemantapan sistem pendidikan negara yang hebat dan setaraf dengan negara luar, bagaimanapun transformasi tetap takkan berhenti sekiranya halangan terhadap suara mahasiswa masih dikekang!

0 comments: