Saturday, November 14, 2009

Perjalanan Ke2

(entry ini disiapkan pd 30SEPT tapi baru dipostkan atas mslh teknikal blog penulis)

Assalamualaikum W.R.T,

Salam Sejahtera buat semua warga UNISEL,

Suasana hari raya pasti dirasa bila syawal masih ada, jemputan rumah terbuka masih tiba. Raikanlah sahabat handai rakan taulan selagi mereka ada. Pada waktu dibulan syawal ini juga, kita disunatkan supaya berpuasa 6 iaitu salah satu puasa yang dianjurkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” Sama-sama kita meraikan bulan syawal ini, Insyallah.

Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL (MPP) sesi 2009/2010 kini telah tiba di tengah tempoh tanggungjawab yang diamanahkan. Maknanya kami sudah meninggalkan 6 bulan pertama pengisian kami buat mahasiswa/I UNISEL dan seterusnya kami melangkah untuk terus berkhidmat bagi tempoh kurang 6 bulan akan datang. Sepanjang tempoh yang lalu, boleh diibaratkan tempoh pengenalan kami kepada dunia politik kecil didalam kampus. Pelbagai madah dan melodi kami tempuhi, ranjau dan cabaran diibaratkan setiap hari datang menggundang kami untuk bersua muka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Tidak kurang juga pelbagai tohmahan dan kritikan kami terima atas setiap perlakuan yang cuba kami bawakan. Alhamdulillah, segalanya merupakan asam garam perjuangan MPP dan serba sedikit inilah yang mendirikan kami, mematangkan kami dan memberi sejuta kesabaran pada kami dalam mengharungi mehnah dan tribulasi yang telah datang dan bakal tiba.

Sepanjang perjalanan tempoh pertama kami bawa, sudahpastilah kami telah ada memberi rasa kurang selesa kepada individu mahupun pihak tertentu, kami berhasrat untuk terus mara dengan sikap yang lebih matang dan pintar pada tempoh kedua. Sebelum tempoh itu menjelma kami memohon ampun dan maaf diatas kekhilafan kami dalam proses memperjuangkan hak mahasiswa yang dibawa dan menunjukkan sikap ketidakmatangan kami sepanjang tempoh lalu. Sikap dan etika pasti akan berubah jika pemerhati sentiasa memberi teguran dan nasihat yang baik dan berguna, bahkan kami sentisa nantikan teguran diatas ketidaksempurnaan tangggungjawab kami. Biarpun tanggungjawab yang kami pikul besar dan berat tapi ingatlah bahawa kami masih lagi insan yang berstatus mahasiswa yang mana masih dalam proses meneroka hidup dan tentulah asam garam kehidupan kami sentiasa tidak lari dari melakukan kesalahan. Bonus untuk kami atas kesalahan yang dilakukan agar tempoh kedua kami lebih matang dan rasional.

Tempoh kedua sedang dijejak kami tika ini, kami berhasrat untuk memberikan usaha dan tanggungjawab yang lebih kepada mahasiswa/i berbanding tempoh pertama. Setiap detik usaha kami adalah bersulam pada usaha untuk memurnikan semangat mahasiswa/I UNISEL. Sokongan dan suara mahasiswa amat kami harapkan agar kita terus memacu yang terbaik buat mahasiswa UNISEL. Tiada guna kita bertelingkah kerna yang pasti itu bukan dianjurkan didalam islam, saling tegur menegur adalah adab yang amat diraih. Berharmonilah dalam bertanggungjawab, dengan itu segalanya pasti baik dan diimpikan semua. Jika kami telah melukakan hati banyak pihak, teruslah berinteraksi bersama kami, kerna kami impikan tempoh kedua yang lebih baik untuk semua.

Sekalung penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pertama kami, terima kasih jua buat pihak-pihak yang telah menegur dan membantu dalam usaha mematangkan kami samaada pihak di UNISEL bestari Jaya mahupun di UNISEL Shah Alam, setiap teguran kami gunakan agar kesilapan sama tidak diulang. Kami MPP UNISEL terus bertaut pada moto utama dalam memperkasakan kesempurnaan mahasiswa/I UNISEL. Hak dan kebajikan terus dibawa!

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Hj Wan Husain

Yang DiPertua

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Sesi 2009/2010

(30/09/09)

0 comments: