Saturday, March 13, 2010

PERUTUSAN PEMBUBARAN MPP 0910 DARI MEJA YDP

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera…

1 Mac 2010, tarikh yang dipilih oleh pihak pentadbiran universiti bagi pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 setelah genap satu tahun MPP 0910 berkhidmat kepada mahasiswa/I unisel. Secara langsung ia akan membuka kepada satu pilihanraya kampus yang ke3 bagi pemilihan pimpinan mahasiswa yang baru untuk sesi 2010/2011 dalam masa yang terdekat.

Alhamdulillah, ia merupakan satu jangka masa yang amat bermakna kepada 28 ahli majlis yang mana telah berkhidmat sebaiknya kepada mahasiswa/I unisel. Pelbagai pengalaman dan pendedahan yang telah diterima dan akhirnya perjuangan MPP 0910 kini telah berakhir.

Saya mewakili MPP 0910 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah banyak membantu mematangkan dan mempermudahkan urusan kami sepanjang perjuangan kami memperjuangkan hak mahasiswa/i unisel. Ucapan terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan universiti terutama Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) Prof Madya Hj Zainal Abidin bin Kidam, Staf2 Universiti, Pihak JanaNiaga, Cafeteria Unisel dan yang paling bermakna seluruh mahasiswa/i unisel.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat perjuangan ahli keluarga MPP 0910, kalian semua telah melalui satu peringkat dan pengalaman yang amat berharga serta sukar untuk dicari dimana-mana. Perjuangan kalian memperjuangkan hak-hak sahabat kita di unisel ini merupakan satu cabaran yang amat bernilai dan hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya kerana hanya Dia yang tahu niat perjuangan kita semua. Perlu kita ingat, biarpun MPP 0910 telah dibubarkan, tetapi semangat dan perjuangan perlu kita kekalkan, bantulah sahabat-sahabat mahasiswa/i unisel selagi kita terdaya. Perjuangan perlu diteruskan!

Pada pemilihan yang akan datang, kami mengharapkan satu perubahan akan berlaku pada mahasiswa/i unisel, iaitu perubahan terhadap budaya cintakan perjuangan dan semangat untuk memperkasakan hak-hak mahasiswa/i unisel. Ambillah peluang untuk bangunkan diri sendiri, bangunkan sahabat-sahabat dan juga untuk bangunkan institusi. Kita tidak mahu pimpinan yang akan datang hanya pentingkan diri sendiri, mahupun terlalu drastik terhadap kepentingan mahasiswa semata-mata tanpa menggira baik mahupun buruk hasil tindakan yang dilakukan.

Perutusan yang terakhir ini juga saya tujukan kepada pimpinan yang akan datang supaya pimpinan yang akan datang terus membawa aspirasi dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan lepas agar kita mempunyai kesinambungan dan persamaan didalam perjuangan. Kami bekalkan kepada pimpinan akan datang modul pimpinan yang diguna oleh kami selama satu tahun perjuangan kami. Pimpinan akan datang haruslah mempunyai prinsip yang jelas dan nyata supaya matlamat perjuangan tidak lari iaitu berjuang untuk mahasiswa/i unisel serta unisel itu sendiri.

Akhir kalam, saya mewakili MPP 0910 ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan dan kelemahan sepanjang tempoh perjuangan kami, jika terdapat janji kami yang belum ditunaikan dan program kami yang belum berlangsung kami akan cuba usahakan selagi kami ada dan insyaAllah pimpinan akan datang bakal menyambung perjuangan kami MPP 0910. Doakan yang terbaik untuk pimpinan akan datang dan semoga perjuangan mahasiswa/i unisel terus dibawa.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

2 comments:

cloud_7 said...

thnx 4 be thre when we needed u to b thre...thnx 4 all the support n encouragement u hve given 2 us during the 1st moment we met..hope ALLAH repay ur kindest n look after ur safety..tke a good cre of urself n dnt pust too hard..human being needed rest n so do u..all the best in wut evr u do n ALLAH owez with u..amin

cloud_7 said...
This comment has been removed by the author.