Wednesday, January 14, 2009

"Tranformasi Minda Generasi Muda Masa Kini"

Tergerak rasa hati untuk melayangkan satu lagi coretan sebelum aku melabuhkan diri ke katil empuk, ghairahnya perasaan utk dibuai mimpi bertambah setelah kepenatan kelas seharian dan malamnya pula ke majlis ilmu seperti yg baru aku hadiri tadi.

Sebenarnya aku ingin cuba utk sampaikan apa yg telah dikongsikan oleh dua orang ahli panel selaku tokoh ilmuan yg amat dikagumi iaitu Prof. Dr Sidek Baba bekas Timb. Rektor UIAM dan TNC Unisel sendiri Prof Hj Zainal Abidin Kidam. Prof Dr Mohd Noor Nawawi yang ditugaskan untuk menjadi moderator sudah cukup utk menjanjikan forum td adalah forum yg penuh dgn ilmu dan barakah. Selain forum yg bertajuk "Transformasi Minda Generasi Muda Masa Kini" turut diadakan di Dewan Utama Unisel adalah sedikit jualan buku2 ilmiah dan sedikit muhasabah berkisar isu di Palestin.



Memang tidak dapat disangkal lagi minda generasi muda sekarang lebih terarah kepada hiburan yg mana ini adalah propaganda barat yg cuba untuk memesongkan akidah dan fahaman anak2 muda, dengan itu Islam mula ketandusan generasi muda yg sayangkan agama. Islam yg ada sekarang sepatutnya dengan mudah boleh menggoncangkan dunia tetapi ini tidak berlaku akibat daripada pemimpin-pemimpin Islam itu sendiri yg cukup lemah, dan jiwa mereka sudah kepupusan ihsan yg mana perlu ditanam pada setiap muslim.

Prof Dr Sidek ada mengulas serba sedikit berkenaan dgn pendekatan ihsan dan insan yang mana inilah pendekatan strategik kpd asas pergerakan tamadun. Kekuatan ihsan ini yang akan membezakan antara islam dengan kafir kerana islam percaya kpd god consiousness yang mana sentiasa memberi petunjuk dan pedoman dan ini berterusan. Ihsan inilah yg akan boost hati umat islam dan tanamkan kepercayaan kepada agama, seterusnya ia akan membawa kepada aqidah yg kuat dan belief yg betul. Islam jika dilihat bukan sahaja pada peribadi tetapi pada akhlak dan sahsiahnya, jika menyentuh pada transformasi islam ia bukan sekadar moden dan maju semata2 tetapi juga sahsiahnya yg lebih penting. Tetapi sahsiah itulah yg memerlukan jihad yang amat besar,

Rasulullah pernah berkata pada sahabat selepas selesai Perang Badar bahawa "jihad ini adalah jihad yg kecil, masih ada jihad yg lebih besar", maka sahabat dengan lantas bertanya "jika ini bukan jihad yg besar apakah jihad yg lebih besar dari ini?"lalu rasulullah menjawab "jihad pada diri sendiri adalah jihad yang paling besar."


Perang Badar merupakan perang antara Muslim dari Madinah melawan Quraisy dari Makkah. Perang ini berlangsung pada 17 Ramadhan iaitu sewaktu pejuang2 Islam berpuasa tetapi kemenangan yg mutlak adalah berpihak kepada Islam yg hanya mempunyai kekuatan seramai 313 tentera berbanding puak Quraisy yg mempunyai kekuatan antara <900-1000. Semangat juang yg tinggi dan ihsan yg ada cukup membakar semangat tentera Islam pada waktu itu, jadi kuatnya Islam adalah pada kekuatan dan pegangan agama.

Dengan itu benarlah kata salah seorang bekas Perdana Menteri UK bahawa kalau mahu melawan Islam bukan dengan cara berperang atau melawan kerana Islam begitu kuat pada pegangan agamanya tetapi adalah dengan melemahkan mereka iaitu melalaikan umat Islam dengan hiburan, sosial, dan sebagainya supaya Al-Quran menjadi jauh dan inilah starategi yg diguna pakai oleh orang kafir terhadap anak-anak muda kita sekarang.

Akhir sekali sebelum Prof Dr Sidek menutup kata2 nya, beliau menjelaskan 4 faktor transformasi yg harus dikembalikan kepada Islam iaitu yg harus Umat tahu bahawa:

1-Islam sebagai agama
2-Islam mempunyai tamadun silam yg amat besar dan berguna, jd jangan sekadar menjadikan ia kenangan tetapi imbaslah dan gunalah sebagai kekuatan yg baru.
3-Bumi Islam mempunyai hasil alam yg cukup kaya, jd hasilkanlah dan gunakanlah dengan penuh bijaksana.
4-Islam mempunyai tenaga kekuatan yg cukup kuat dan besar iaitu 1.4 billion.

Satu transformasi yg cukup bagus dan amat mengembirakan hati bagi pencinta Islam terutama di Unisel apabila Prof Zainal dengan tekad akan mewujudkan dan mewajibkan ibadah Usrah dikalangan pelajar Islam di Unisel. Sebagai langkah untuk transformkan minda anak muda kembali kepada keagungan Islam maka program usrah ini akan cuba diimplemenkan pada pelajar baru sesi july/1/09/10 yg akan datang.

Dengan rasa gembiranya aku mengalu-alukan idea baru dr Prof Zainal dan syabas diucapkan kepada beliau. Harapan semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan memberi impak yg besar pada universiti. Forum yg tamat pada jam lebih kurang 1130 itu cukup untuk membangkitkan semangat dan memberi satu transformasi minda yg baru terhadap mahasiswa yg menghadiri forum tersebut, Insyaallah. Bagi aku rugilah mahasiswa Unisel yg tidak meraikan kehadiran forum td memandangkan ahli panel adalah bukan calang2 orang dan ilmu yang dilontarkan amat berguna dan mendalam.



salam...

0 comments: