Monday, March 16, 2009

BERSYUKURKAH KITA DI UNISEL?



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Aku cuba tatapkan satu reality yang senantiasa kulihat ada dibenak fikiran segelintir mahasiswa yang masih lagi tidak mempunyai semangat motivasi cintakan diri dan cintakan institusi. Aku kekadang tertanya-tanya diri sendiri berapa ramaikah mahasiswa unisel yang bersyukur dapat menuntut ilmu di bumi unisel? sambil tu aku pun terfikir kenapa masih ramai mahasiswa unisel yang tidak melihat unisel ini dr sudut positif, dr sudut betapa gahnya, betapa hebatnya dan betapa bertuahnya dapat melangkah dan menimba ilmu di unisel.

Persoalan ini timbul apabila kulihat sesetengah mahasiswa unisel itu kadang2 cuba untuk melemahkan dan merendahkan tahap kehebatan unisel itu sendiri,cuba untuk mempersoalkan kelemahan dan kadang2 membanding-bandingkan dengan IPT lain. Wajarkah seorang mahasiswa yang bakal dilahirkan oleh university itu lemah dan kurang keyakinan terhadap university mereka sendiri?

Padaku jawabannya adalah mereka bakal menjadi produk yg terbuang jika merasakan ia adalah wajar!

Bagi mahasiswa yg tidak merasakan mereka bersyukur di bumi unisel ini bahkan merasakan mereka semata2 untuk mengisi masa kosong hatta merasakan mereka seolah2 membazirkan masa ketika belajar di unisel maka mereka silap sama sekali. Dengan berprasangka buruk dan tidak bersyukurlah telah melemahkan dan menjatuhkan maruah mereka sebagai bakal salah seorg dari hasil dan produk unisel.

Aku cuba untuk mengandaikan bahawa mereka yg ‘negative thinking’ ini adalah tersilap dr segi pemahaman dan tidak mengetahui kesan dr sikap mereka. Apabila kita tidak yakin pada sesuatu pasti usaha kita adalah usaha yang sia-sia. Persamaannya adalah hasil dr kajian aku bahawa ramai mahasiswa unisel yg mempunyai prestasi yg kurang memuaskan adalah dikalangan mereka yg senantiasa memandang buruk dan rendah pada unisel sebagai contoh sentiasa mencari kelemahan unisel dan mengandaikan unisel ini sebagai rendah tarafnya manakala mahasiswa yg mempunyai prestasi yang amat hebat adalah dikalangan mereka yg yakin unisel dapat melahirkan produk yg cemerlang dan dipandang hebat.
Perbezaan hanyalah pada sikap dan pemahaman, dan pada situlah kita dapat melihat dan mentafsir pemikiran segelintir mahasiswa unisel sekarang.



Aku melihat tajuk ini adalah penting untuk dipaparkan kerana ia adalah sikap sebenar segelintir mahasiswa unisel, jangan sesekali cuba untuk merendahkan university sendiri kerana dengan itu kita cuba untuk merendahkan diri kita sendiri. Salahkah kiranya jika kita berbangga dengan university kita sedangkan ia adalah salah satu usaha kita untuk berbangga dengan diri kita.



Yakinlah bahawa hakikatnya unisel iaitu university kita sentiasa dipandang tinggi oleh mereka diluar sana. Produk2 yang dihasilkan university kita laris merata-rata dan pelbagai anugerah telah kita genggami tidak kira didalam mahupun luar Negara.

Sebagai contoh Unisel menunjukkan kewibawaannya di persada antarabangsa apabila menjuarai Open Class Cansat Team dalam pertandingan Cansat Antara Varsiti Dunia di Madrid, Sepanyol pada April lalu. Unisel turut mendapat tempat ke-3 dalam kategori Telemerty. Selain itu Mac lalu, Unisel turut berjaya menghantar kumpulan pertama 73 siswazah Diploma Kejuruteraan dari Program Japanese Associate Diploma (JAD) melanjutkan pelajaran di 15 universiti terkemuka di Jepun selain universiti ternama di luar negara seperti University of Cambridge dan United Kingdom. Antara langkah awal kerajaan negeri untuk menjadikan Unisel sebuah universiti yang mempunyai daya saing serta melahirkan graduan yang bersedia bertugas di peringkat antarabangsa ialah dengan melantik dan membentuk satu barisan kepimpinan kanan university yang amat dikagumi dan mempunyai ketokohan yg tersendiri.

Adakah itu masih tidak cukup untuk kita berbangga dengan nama unisel?
Haruskah kita menunggu lebih 240 pelajar luar negara seperti Yemen, Somalia, Sudan, Vietnam, Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain yang bersama-sama sedang melanjutkan pelajaran di Universiti kita ini menasihati anda dan mengajar kita erti bersyukur?
Rata2 mereka yg saya jumpa sendiri mengatakan Unisel adalah tempat yg terbaik untuk mereka belajar. Dengan itu tepuk dada Tanya selera.



Sebagai akhiran, mahasiswa seharusnya mencoba untuk sama-sama menaikkan nama university, menggembeling tenaga membentuk satu suara yang mampu untuk meletakkan suara mahasiswa sebagai suara keramat, dengan itu segala hak dan kehendak mahasiswa dapat dijana dengan sempurna. Secara langsung ia dapat membantu menggerakkan system pentadbiran university kearah yang lebih cekap dan diingini.

Harus dititik beratkan bahawa sikap merendahkan hak kita iaitu universiti kita bukan sikap yang baik tetapi bangunlah untuk memperjuangkan hak kita iaitu unisel kita. Moga sama-sama kita dapat membentuk satu dimensi baru untuk unisel kita dan sama-sama memahami erti kehidupan sebagai pelajar Unisel yg Berjaya.



Wallahua’lam bissowab….

0 comments: