Thursday, June 25, 2009

MPP: Memorandum kepada MB

MEMORANDUM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
23 JUN 2009

TUJUAN
Tujuan memorandum ini adalah untuk mengemukakan beberapa permintaan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada mahasiswa/i Universiti Industri Selangor.


1. MEMOHON AGAR DINAIK TARAF JALAN KG RANTAU PANJANG

Jalan Kg Rantau Panjang merupakan jalan penghubung antara UNiSEL dan Jalan utama Rantau Panjang, ia merupakan jalan alternatif kepada seluruh warga UNiSEL untuk ke UNiSEL dari Rawang mahupun dari Pekan Bestari Jaya.

Sejak akhir-akhir ini, sedikit penaiktarafan telah dilakukan keatas jalan Kg Rantau Panjang ini memandangkan ia merupakan jalan penghubung utama UNiSEL dengan Bandar mahupun Pekan terdekat. Boleh dikatakan ia merupakan jalan utama dan paling banyak dilalui oleh kenderaan yang menuju ke UNiSEL.

Bagaimanapun, jalan ini agak berbahaya memandangkan ia terlalu sempit dan berliku-liku. Banyak kemalangan telah direkodkan berlaku disepanjang jalan Kg Rantau Panjang ini.
Oleh sebab itu, kami mengharapkan beberapa penambahbaikan dapat dilakukan untuk menjamin kesejahteraan bersama antaranya:

• Melakukan pemasangan lampu jalan disepanjang Jalan Kg Rantau Panjang.
• Membesarkan ataupun melebarkan Jalan Kg Rantau Panjang.

2. MENGESA PERHATIAN KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG ISU SEGELINTIR PENDUDUK KG BESTARI JAYA MENGGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP MAHASISWA/I UNISEL DENGAN MENGENAKAN BAYARAN SEWA RUMAH YANG TINGGI DAN TIDAK BERPATUTAN.

Secara umumnya kemudahan asrama di Unisel tidak mampu untuk menampung kapasiti mahasiswa/i. Mahasiswa/i Unisel selebihnya menginap di sekitar Bestari Jaya dengan kadar sewa yang keterlaluan. Kami memohon agar kerajaan Negeri Selangor menimbang beberapa cadangan yang Majlis Perwakilan Pelajar usulkan.

• Mengadakan perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dengan Pihak berkuasa tempatan bagi menggariskan satu prosedur yang mesra dan tidak membebankan mahasiswa.

• Menyewa unit-unit kediaman untuk dijadikan kawasan penginapan(Kediaman Luar) bagi mahasiswa/i Unisel


PENUTUP
Majlis Perwakilan Pelajar UNiSEL ingin mengemukakan permintaan ini untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor. Kami percaya bahawa permintaan ini jika diterima boleh menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh warga UNiSEL saban tahun. Kami turut menyanjung dan percaya kepada prinsip yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang mana merupakan Negeri Berkebajikan. Sepenuh sokongan terhadap Kerajaan dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat.





……………………………………………………
WAN AZRAEI BIN HJ WAN HUSAIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

3 comments:

Phariczh Hashim said...

Salam perjuangan..

Teruskan segala usaha dan perjuangan saudara, semoga ianya dapat membuahkan hasil yang positif demi kebaikan bersama dan jangan b'putus asa..insyaallah..

Gud effort bro..two thumbs up.. =)

azraeihusain said...

terima kasih sdr Gelombang Siswa,

Sokongan dan nasihat dr mantan amat disanjung, pengalaman dan pengetahuan diraih amat berguna untuk perkongsian bersama.

Sy tertarik dgn ucapan 'jangan b'putus asa'. Biarpun pd ucapan ringkas sdr ttp tetap menyelitkan ucpan tsebut. Mmg sdr seseorang yang cukup memahami perasaan dan pengorbanan yang sedang dilalui sy.

Gelombang tugas ini cukup untuk meniarapkan sy, mampu utk memesongkan adat dan perjuangan sy, mampu sebenarnya utk membuatkan sy berputus asa...

Tetapi sy percaya, berkat sokongan dan nasihat inilah yg akan memandu sy supaya lebih kuat dan tabah, sokongan dari insan2 yg prihatin thadap perjuangan sy dan MPP inilah yg terus memacu kehadapan.

Insyllah perjuangan akan diteruskan...

Anonymous said...

Semoga usaha2 yang semacam ini dikekalkan oleh MPP dalam memperjuangkan hak pelajar2 UNISEL.

Tahniah diucapkan atas inisiatif memorandum ini.