Keyboard ditaip kembali setelah sekian lama sunyi dr menyalurkan informasi buat tatapan semua. Masa perlu dirancang dengan sebaiknya agar aktiviti dan perancangan lain tidak terganggu dan terbatas. Hari ini dirasakan mood agak baik dan cukup tenang untuk menghampar satu informasi didalam KUCARIILMU…
Satu semester berlalu sebelum semester baru ini bertapak, semester pendek ataupun semester MEI berlabuh dengan sejuta pengertian buat saya terutama atas gerakan untuk bersama mahasiswa UNISEL. MPP gagah melangkah dengan wadah perjuangan yang lebih segar dan sentiasa penuh dengan cabaran.
Ingin saya menyelak kembali sepanjang perjuangan kami satu semester yang lepas. Bermula dengan kedatangan warga baru UNISEL untuk ambilan MEI 0809, gerakan untuk memperkenalkan UNISEL kepada warga baru ini menggambil masa 2 minggu termasuk 5 hari ‘Minggu Tekad Siswa’ atau MTS. Kemuncak MTS apabila slot ‘young leadership’ yang mana MPP menampilkan YB Puan Nurul Izzah bte Dato’ Seri Anwar untuk berpidato sebagai pemangkin semangat buat mahasiswa melangkah berjuang dalam dimensi yang baru. Alhamdullillah percubaan pertama MPP 0910 dalam mengatur MTS pertama kami berjaya dilabuhkan dengan begitu baik sekali biarpun ada pihak cuba untuk mempertikaikan kejayaan yang diraih.
Belum lagi ‘post-mortem’ untuk MTS dijalankan kami mendapat perkhabaran dari FSSPI bahawa mahasiswa dari Indonesia akan tiba di UNISEL bagi program sit-in selama 2 minggu. Secara langsung tanggungjawab kami selaku wakil mahasiswa UNISEL diperlukan bagi menyambut kedatangan mahasiswa Indonesia sebaik mungkin.
Disamping tugas perdana iaitu program-program yang dijalankan, MPP turut melakukan temuduga bagi mengisi jawatankuasa kolej kediaman yang berlangsung selama 6 hari dibawah urusan kerja Exco Kebajikan, Penginapan & Aduan (KPA MPP). Kami cuba untuk mengatur gerak kerja bagi menghidupkan kediaman mahasiswa/I yang selama ini hanyalah dijadikan tempat persinggahan semata2 , kami berhasrat untuk mewujudkan satu tempat yang mampu untuk memberi ilmu dan tempat beriadah yang segar buat warga UNISEL. Tempat dimana mahasiswa mampu untuk merasa selesa dan gembira sepanjang berada di kediaman mereka. Alhamdulillah usaha ini turut disambut oleh Jawatankuasa Felo Residen dan kami juga telah mengadakan beberapa sesi perjumpaan bagi memantapkan gerak kerja.
Selain itu, bagi memantapkan hubungan luar bersama perwakilan dari IPT lain dan untuk sentiasa turut serta dalam agenda KPT, MPP juga telah menghantar beberapa wakil bagi menghadiri program2 luar seperti Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Forum Belia Komanwel dan IPTS Student Caucus (ISC). Dengan turut serta dalam beberapa program luar seperti ini, wakil2 kita dapat melihat dan memerhati bagaimana perwakilan IPT lain bekerja dan turut belajar untuk menghasilkan yang terbaik kepada university, dengan hadirnya wakil dari university kita juga dapat memperkenalkan wakil MPP yang selama ini belum pernah dikenali oleh perwakilan IPT luar.
Biarpun semester MEI begitu singkat tapi kami tidak putus2 dalam menjalankan aktiviti untuk mahasiswa, berbekalkan masa 2 bulan yang ada kami gunakan masa itu sebaik mungkin bagi memberi input yang terbaik kepada university dan mahasiswa. 10 years UNISEL turut melibatkan penglibatan MPP. 10 years UNISEL disambut dengan begitu baik dan memberi penuh makna kepada warga UNISEL setelah 10 tahun UNISEL berdiri megah di tanah Selangor.
Dalam usaha untuk membekalkan pengetahuan dan perubahan dalam minda mahasiswa waktu kini, MPP dengan kerjasama AIC dan I-Rakan telah menjemput Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk program dialog bersama beliau. Kematangan dan cabaran yang dilalui oleh Dato’ Seri serba sedikit diharap dapat memberi input kepada mahasiswa UNISEL.
Satu kempen dijalankan dibawah urusan kerja Exco Pembangunan Modal Insan & Integrasi Kaum (PMI MPP) iaitu Kempen Mencegah Gejala Social Fasa Pertama yang turut dirasmikan oleh ayahanda TNC HEP. Kempen fasa pertama ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada seluruh warga UNISEL bahawa MPP cukup mementingkan pembangunan modal insan dan susulan kepada itu fasa ke 2 pasti akan menyusul dan kami mungkin akan lebih agresif dalam menjalankan kempen insyaallah.
Sebelum peperiksaan akhir menjemput, MPP turut menjaga kebajikan mahasiswa dengan tidak puas2 bertoleransi dan berunding dengan pihak bendahari UNISEL dalam menyelesaikan isu yuran semester pendek dan yuran tertunggak. Pada saya, saya gambarkan ini adalah kemuncak kepada semester Mei yang mana saya cukup tertekan untuk menguruskan isu ini, terpaksa berkejar ke Shah Alam semata2 untuk menyediakan insentif yang terbaik kepada mahasiswa UNISEL. Selagi peperiksaan belum bermula selagi itulah saya terpaksa bertungkus lumus untuk menyelesaikan satu persatu masalah yang ditujukan kepada saya sehinggakan saya turut ketinggalan dalam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir.malam sebelum kertas pertama itulah ruang terluang untuk saya menjamah buku untuk berperang keesokan hari. Bila mengenang kesibukan yang tidak bergaji dan lelah yang tidak habis2 saya kadang kala cukup pasrah ditambah pula dengan kata2 yang tidak pernah puas mengata kami tidak bekerja dan menjalankan tugas. Tapi amanah dan perjuangan yang saya pilih menyebabkan saya sabar dan tetap kedepan…perjuangan takkan habis…
Sebelum tingkap Mei 2009 ditutup, MPP turut menggambil bahagian dalam pengurusan untuk International Career exhibition 09 (ICE 09) yang bertempat di Shah Alam selama 2 hari. Sepanjang program sebanyak 38 buah syarikat yang turut serta membuka peluang pekerjaan kepada graduan yang berminat dan bersesuaian.
3 comments:
hmm..
skrg boleh nampak ape yg mpp lakukan sepanjang semester pendek lepas...
tp gayenye seolah-olah underground..
means..mungkin publisiti itu xde..
membuatkan maklumat tidak smpai kepada students...
maaf dipohon, tapi kalu saya x join mase malam bersame DSAI,mungkin sy xkan kenal siapakah YDP MPP unisel...
mungkin semester ini boleh diadakan majlis mpp bersama mahasiswa...
supaya mhasiswa boleh kenal siapa sebenarnye wakil2 mereka...hehe...
adios...
p/s bimbit akan sentiasa menyokong jimbit!!!! hahaha
salam..
terima kaseh untuk pandangan dan cadangan sha filan...
insyllah akan diambil kira...
tq
salam...
pada saya mahasiswa yang tidak kenal mpp adalah mahasiswa yang kurang perihatin terhadap persekitaran mereka...sorry to say...terima kasih kepada mpp0910 kerana banyak menyediakan program ilmiah untuk para mahasiswa...tetapi nasihat ikhlas dari saya jangan utamakan kuantiti tetapi kualiti...jangan tamak dengan melakukan sebanyak program yang mungkin tetapi sasaran untuk menyampaikan maklumat tidak tercapai dek kerana kurangnya sambutan...mpp perlu perbaiki dari aspek promosi supaya program yang dijalankan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga...apa2 pon still tahniah dan syabas kepda sume mpp...so far anda semua telah menjalankan tugas dengan jujur dan amanah...
Post a Comment