Friday, January 9, 2009

UNiSEL...




Alhamdulillah rasanya belum terlambat kiranya aku ingin mengucapkan salam maal hijrah 1430h kepada seluruh umat islam dan salam tahun baru 2009 kepada semua. Harapan semoga azam tahun lepas terlaksana dan mulakanlah harapan, azam serta komitment baru untuk tahun baru ini.

Tanamkanlah azam baru kerana dgn itu hidup kita lebih bermatlamat dan kita akan lebih berusaha utk mencapai sst yg diazamkan, dengan kata lain bila kita mempunyai azam maka secara automatic hidup kita mempunyai tujuan dan akan disusuli dengan langkah2 pengurusan yg lebih baik. Aku suka dengan satu perkataan yg dah lama dibaca iaitu (6P) 'Proper planning prevents piss-peer poor performance'. maksudnya kl planning pun tiada mcmn nk berjaya n performance pun mestila akan jatuh, tu adalah realiti dan sape2 pon tahu. Maka cepat-cepatlah tanamkan azam...huks



Bila cakap tahun baru aku mula teringat kisah tahun lepas yg mana sebelum kaki ku menjejak ke bumi Universiti Industri Selangor atau lebih mesra dengan nama UNISEL. Betapa payahnya utk aku mendapat keizinan drpd ayah utk membenarkan aku further study di bumi bertuah nie, almaklumlah aku baru jer grade dr IPTA iaitu UTM dan tiba2 nk tukar ke IPTS, memanglah ayah, abg n kakak aku kurang bersetuju tp hasil usaha aku memujuk baru lah mendapat restu semua.

Bagaimana aku boleh terlintas utk belajar di unisel sedangkan universiti lain masih banyak di luar sana terutama ipta? ini semua telah dirancang oleh yg Maha Kuasa, tetiba jer lepas 2 bulan rehat di rumah hati aku terdetik utk further study dan fikir punya fikir aku terlintas kata2 salah sorg lecturer (Mr A)waktu aku blaja dkt UTM yg mn menggalakkan ktorg sambung blaja dekat unisel memandangkan silibus unisel lebih bagus dr silibus utm yg sudah terlampau tua. pada pandangan aku betul apa yg dimaksudkan Mr A sbb banyak yg kitorg blaja takkan di implement bila waktu kerja, mana tak nyer buku rujukan tahun 80an lagi, pastu machine or system dalam buku pon still sama sedangkan dunia sekarang semua dah gunakan machine or system yg latest. maksudnya apa yg kitorg blaja tu semata2 untuk exam jer.

Serba sedikit isu nie menyebabkan aku terarah utk ke unisel yg silibus2 boleh dikatakan agak baru n sesuai dengan peredaran masa sekarang. Tp semua tu bukannya ayah aku tahu pon jadi aku mula jalankan researh di internet dan cuba utk bandingkan antara ipta dan ipts, keistimewaan unisel dan lain2. research aku tu siap boleh dibukukan lagi sbb terlampau banyak then semua tu aku tunjuk dekat ayah aku supaya senang dibaca. Agak penat la tp usaha aku berbaloi sbb ayah aku akhirnya bersetuju. Alhamdulillah akhirnya aku di unisel sudah hampir stahun lebih dan hanya tggal lagi 3 sem untuk habiskan plajaran.

Bila diingatkan balik aku rasa terkilan dengan sesetengah plajar unisel yg tidak menghargai peluang yg diberikan utk belajar di universiti ini. Bagi aku walaupun banyak kekurangan dan masalah yg timbul di unisel tidak bermakna unisel ini teruk tp kadang2 diri pelajar itu sendiri yg teruk sebenarnya. Aku teringat seorg kawan pernah mengutuk sistem pembelajaran dan silibus di unisel, katanya tidak sesuai dan dengan nada sinis cakap hanya sesuai utk budak2 tak pandai yg mana tidak dapat ke ipta. Dalam hati aku bersuara macamlah dia tu pandai sgt, gpa 2.8 pon tak lepas. Dia sepatutnya bersyukur dapat diterima masuk dan belajarlah bersungguh2 serta buktikan dia hebat kl betul2 hebat.

Macam ni lah pemikiran sesetengah pelajar unisel dan ini juga antara punca mereka kurang bersemangat untuk belajar. Sebaliknya berlaku pada aku yg mana sayangkan unisel bagai nk rak dan score pada pelajaran sbb ini bukan peluang yg senang aku dapat. Mungkin antara faktor aku masih lagi memegang senarai anugerah dekan untuk kali ke 4 berturut2 bahkan anugerah naib cancelor adalah aku tidak sia-siakan waktu aku di unisel.

Secara jujur aku katakan aku sayangkan unisel dan mahu yg terbaik untuk unisel dan pelajar-pelajarnya. yang pasti senario sewaktu aku belajar di unisel berbanding di utm jauh berbeza, mmg terdapat banyak pros and cons tp bagi aku unisel tidak kurang hebatnya berbanding utm yg telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Ramai dikalangan pelajar unisel suka untuk banding2 kan unisel dengan universiti lain terutamanya ipta sedangkan mereka tidak pernah pun merasai bagaimana situasi di ipta dan ia bukanlah seindah yg digambarkan.

Sebagai akhiran, sedarlah bahawa tidak kira dimana kita berada dan menimba ilmu yg pasti buat yg terbaik maka kita akan rasai kemanisannya. Sekarang kita menimba ilmu di unisel maka supportlah unisel secara automatic kita akan support diri kita sendiri. Buka minda semua dan yakinlah kita disebenarnya bertuah menimba ilmu di unisel ini.

Jadi sebelum menoktahkan luahan ini masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT DATANG KEPADA SISWA DAN SISWI baru unisel ambilan sesi 2/08/09. Tahniah kepada semua dan yakinlah ini adalah masa depan anda semua. wassalam.....fimas dec 08/09

23 comments:

hamba Allah said...

salam saudra azra.nice blog :).i nk tnya.regarding ur profile.sblm nie u mbik course engnering..but knape kat unisel mbik dgree management??

azraeihusain said...

salam Sdr Hamba Allah,

terlebih dahulu saya pohon kemaafan kerana lambat terhadap jawapan balas pada persoalan saudara/i.

minat terhadap bidang pengurusan lebih mendalam berbanding bidang kejuruteraan.

saya menghabiskan pelajaran di UTM dengan keputusan yang cemerlang tetapi kepuasannya masih gagal untuk meyakinkan diri saya.

atas keyakinan dan dorongan dari sahabat, saya membuat keputusan untuk mengikuti apa yang lebih mampu untuk memberi kepuasan pada diri saya.

alhamdullillah, semenjak menceburi bidang baru, nafas saya sentiasa bersemangant untuk menimba ilmu dan mencari hakikat minat yang sejati.

salam.

diArY said...

salam alaykum

tumpang tanye,diploma tesl kt unisel okey tak?
betul ke sana ada problem yuran dan hostel semua?

azraeihusain said...

salam sdr diary...

Tesl di unisel merupakan salah satu course yang amat berpengaruh di unisel,ia bukan sahaja pada peringkat diploma tetapi foundation(pra degree/matrik) dan juga peringkat degree.

ramai senior2 tesl sudah mula bekerja dan sedang menjalani praktikal sebagai guru disekolah2 dan masih belajar.

sdr menanyakan samaada ok atau tidak, saya tidak mampu untuk menjawab kerna pada saya dimana anda berada yang akan membuktikan kecemerlangan anda adalah diri sendiri.

unisel mempunyai ramai pelajar yang cemerlang dan berjaya dan itu juga adalah hasil dari usaha mereka, unisel juga mempunyai segelintir pelajar yang kurang berjaya dan itu juga lahir dari hasil mereka yang cintakan keseronokan semata2.

oleh itu, sdr sahaja yang mampu
menjawab persoalan tersebut..

Masalah yuran dan hostel adalah sesetengahnya wujud dari sikap pelajar itu sendiri,sukar untuk sy menjelaskan kerna ia berkisar kepada banyak asbab yang berbeza2.

pada sy simple,jika kita sentiasa membayar yuran spt tarikh yang diminta maka mslh tidak akan timbul. lagipun masalh ini timbul hanya pada segelintir pelajar sahaja bukan semua..

harap feedback saya dapat memberi gambaran yang baik dan manjawab persoalan sdr.

salam..

lola_cat[asparagus] said...

assalamualaikum...
hye saudara azraie...
saya merupakan dak intake ogos 2009/2010 baru2 ney...
apabila membaca mengenai blog ini barulah saya benar2 yakin yang saya x tersilap memilih tempat pangajian...
ramai kawan2 yang memperlekahkan saya krn saya x dpt manyambung pangajian di ipta...
bagi mrk unisel x standard...
ini telah melemahkan saya...
tapi setelah mengikuti MTS baru2 ini ditambah blog dr saudara telah menyakinkan saya bahawa saya x silap memilih...
thanks a lot abang azraie....
n thank 4 malam tekad siswa 2

Leoz said...

u kat unisel mana?
shah alam o bestari jaya?

azraeihusain said...

miss leoz:
sy di unisel bestari jaya,
Faculty Perniagaan..

CM said...

hello there...saya nak tanya saudara kenal tak mana2 senior yg ambil TESL di unisel?saya nak tanya banyak pasal subjek tu...kisah saudara macam sama dengan saya...before my parents also against me to enter private school...huh...nway hope saudara dapat tolong saya..owh ya saya akan ambil foundation tesl di UNISEL..brapa hari lagi saya akan mendaftar..found. mcm sama stpm ka?hurm..

maryam said...

assalamualaikum...
saya adalah pelajar lepasan ipta dalam bidang bioteknologi.saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi industri di unisel.insyaallah,saya akan belajar di unisel pada semester jun 2010.saya ingin bertanya tentang pinjaman ptptn.bagi pinjaman ptptn,bagi pelajar baru berdaftar di unisel...pelajar tersebut yang perlu membuat permohonan sendiri atau pihak unisel yang akan menguruskan permohanan ptptn untuk pelajar tersebut?

rizana said...

Bagaimana dengan diploma pendidikan (pengajian pra-sekolah) ..adakah ianya luas dalah kerjaya..sekian

LaLaLovy said...

mpp unisel ore kelate ruponyo..

suhaimi said...

Assalamualaikum,saya nak tumpang tanya saya berjaya mendapat tempat di unisel ambilan disember 2011.saya masih ragu2 adakah saya memilih untuk meneruskan pengajian saya di unisel ini bagus atau sebaliknya.

Sayonara Queen said...

Salam. Tmpg tnye, sy dpt tawaran stdy di unisel dlm fakulti biomedical, sy dpt cost dip medical imaging. ? Sy mahu tnye bagus x pmbelajaran d sane??

Unknown said...

salam dari saya abg, saya baru mendapat tawaran di unisel course Diploma in Aquaculture, saya nak bertanye kan adakah course ini meluas dan boleh kah saya nak menukar course yg saya dapt itu kepada course lain??? saye keliru untuk menerima tawaran ini, kerana x tau prospektive kerja selepas keluar nanti.... harap persoalan sy di jwab.

Unknown said...

salam saudara azra. saya dapat tawaran dip IT unisel dan satu ipts yang lain. bgaimana pembelajaran disana? ok tak? sebab saya decide untuk memilih unisel kerana entri ni memberi semangat kepada saya untuk mengikuti program unisel walaupun di orang kata hal2 politik. tapi belajar punya pasal. saya redha dan sanggup sebb course yang saya dapat ni merupakan course yang saya minat...

Unknown said...

salam saudara azra. saya dapat tawaran dip IT unisel dan satu ipts yang lain. bgaimana pembelajaran disana? ok tak? sebab saya decide untuk memilih unisel kerana entri ni memberi semangat kepada saya untuk mengikuti program unisel walaupun di orang kata hal2 politik. tapi belajar punya pasal. saya redha dan sanggup sebb course yang saya dapat ni merupakan course yang saya minat...

Unknown said...

bestnyerr dpat masuk ... makananyer,yg nie lagi oke laa ye? share again please hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Unisel ni ada tak Kesan Sampingan lps kita tamat belajar kat Situ? Kesan yg akan menjejaskan Ekonomi kita pd masa hadapan?

farish`s blog said...

saya dapay asasi sains di unisel, nak tanya, lepas abis asasi kena apply upu utk ke ipta atau sambung degree kat unisel

Unknown said...

assalamualaikum
biasanya untuk pengambilan ijazah. berapa fees yg dikenakan? rm5000+++ atau rm7000++?

Anonymous said...

Kalau betul ni unisel baik sangat. Kw kerja apa skrg ? aku bdk unisel jgk.

Nazwa said...

share experience sikit. Nak tahu gak sbb nak sambung situ