Saturday, May 2, 2009

KebiadaBan Melampau!!

Salam Perjuangan pembuka bicara..

Semenjak 2 minggu yg lepas apabila bermulanya final exam saya kerap kali menerima aduan dr pelajar2 menyatakan kekecewaan berhubung cara layanan sesetengah sekretariat unit exam terhadap pelajar, tetapi sebagai seorang yang beretika sy menerima aduan itu dan cuba untuk membuat penilaian samada isu ini betul atau tidak sebelum saya membuat apa2 tindakan.

Hari ini saya sendiri dapat melihat gambaran sebenar betapa jelasnya aduan yg saya terima dari pelajar2 ini setelah saya sendiri secara tidak sengaja menghadapi situasi kurang ajar dan kebiadaban salah seorang dari sekretariat unit exam ini.

Kronologikal berlaku apabila saya membawa seorg pelajar yg jelas tidak bersalah dan berlaku sedikit salah faham dgn salah seorg sekretariat exam yg telah menggambil matrik kad pelajar ini. saya membawa pelajar ini untuk bertanyakan isu sebenar yg dihadapinya terus ke bilik sementara sekretariat exam sejurus exam tamat.

Tetapi lain yg saya terima apabila salah seorg sekretariat exam ini yg saya difahamkan adalah ketua sekretariat menengking mengarahkan saya keluar dari bilik kerana beranggapan ini adalah urusan pelajar berkenaan dgn unit exam bukannya urusan MPP dengan unit exam. Bagi saya bunyinya begitu janggal sekali apabila dikatakan ini bukan urusan MPP sedangkan saya berusaha untuk mendapatkan hak pelajar terbabit yg jelas kecewa dengan layanan yg diterima! hatta saya sendiri selaku YDP MPP ditengking diarahkan keluar dari unit exam....

"MPP adalah MPP, sekarang adalah urusan unit exam dgn pelajar terbabit!!jadi sila keluar dari bilik ini sekarang kerana ini adalah bilik saya!!"

Bunyinya masih tergiang2 di telinga saya dan saya yakin ia jelas didengari oleh lebih dari 20 orang sekretariat dan pelajar yg lain dan ini sudah cukup untuk buktikan betapa angkuh dan biadabnya. Tangan telunjuknya menghala ke pintu masih jelas dimata saya mengarahkan saya keluar dan bukan setakat itu sahaja, sejurus saya keluar ditutupnya pintu menambahkan lagi kebiadaban ditahap yg melampau!!

Dengan itu, saya tidak rasa ini adalah aduan yg kecil kerana ini jelas bakal merosakkan nama2 staf unisel yg lain. etika berurusan begini WAJIB dikikis sebelum ia mula menular menjadi parah.

Kami MPP akan terus mendapatkan tandatangan sokongan dari seramai mungkin pelajar untuk membuktikan kebenaran isu ini. seterusnya kami akan membawa memorandum untuk diserahkan kepada TNC bagi meluluskan beberapa cadangan dan permintaan dari kami.

Suarakan sokongan anda!!!!

5 comments:

loveunisel said...

Apa yang terjadi adalah sesuatu yang sangat memalukan.Mengapa seorang staf boleh mengatakan MPP tidak ada kaitan dengan perkara tersebut. Apakah staf itu tidak tahu yang MPP itu adalah MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR. Nama MPP itu pun sudah cukup jelas bagi menyatakan peranan seorang MPP. Apakah staff itu tak pernah belajar di universiti. Agak kelakar bunyinya. Apakah bila mereka sudah menjadi staf bermaksud kita sebagai pelajar harus patuh sahaja kepada segala arahan mereka. Walaupun kadang-kadang sangat jelas apa yang mereka arahkan adalah sesuatu yang tak betul. Kita sebagai pelajar(client)dalam konteks unisel, pihak unisel(staf) haruslah hormat kita sebagai pelajar dan mereka perlu menggambil kira pandangan kita juga.Kebiadapan & kecuaian staf menunjukan kekurangan & kelemahan mereka dalam menjalkan tugas mereka. Saya sangat berharap agar pihak Unit Sumber Manusia unisel memberikan perhatian serius terhadap staf-staf yang kurang berilmu walaupun berkerja di universiti. Sekian

Anonymous said...

hahahaha...

Anonymous said...

bumi mana tidak ditimpa hujan - setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan

Prof. Halim

Anonymous said...

salam.
stakat bende kecik pun nk kecoh, mcm ne nk guide 1 unisel... ape daa zoey.. balek rumah tidolah...
kalo x de sekretriat tu, jhanam bebudak unisel kuar toyol.. ko nk ke tolong tngkapkan student meniru? mcm ne nk naik kan kualiti education kalau meniru bawak toyol. profesional lah skit cik zoey.. awk tu ydp, jgn nk malukan name ydp mpp unisel sbb ko...
pelajar semestar akhir.......

azraeihusain said...

to pelajar semester akhir..

sy melihat ini sebagai satu MESEJ kepada segelintir staf yg bersikap tidak mesra pelajar. bila mereka melihat sokongan dr pelajar menyatakan ketidakpuasan terhadap staf yg tidak mesra pelajar maka mereka akan lebih menghormati dan menjaga hak pelajar. dan ini yg saya cuba bawakan.

Saya tidak menyalahkan Sekretariat Exam berkaitan tugas mereka menangkap dan mengawal pelajar yg bersalah, bahkan itu adalah satu tugas yg amat saya hormati dan patut dipuji, satu anjakan saya lihat pada sem ini yg mana petugas begitu hebat menjaga dan mengawal pelajar dan syabas saya ucapkan pada mereka.

tetapi saya cukup terkilan dari segi sikap, layanan dan adab mereka bila berdepan dengan pelajar, mereka melayan pelajar seolah2 pelajar ini adalah perompak mahupun peragut di rumah sendiri. salahkan jika berbudi bahasa dan amalkan sikap menegur secara berhemah..

Saya rasa jika ini yg diamalkan, isu ini tidak akan timbul dan saya sendiri tidak akan menerima aduan dr pelajar.

Saya bukan cuba untuk membawa hak pelajar yg bersalah tetapi hak pelajar yg tidak bersalah kerana turut dilayan seperti org yg bersalah dan dari segi psychology mereka terganggu sebelum menjawab exam.

salam