Monday, May 4, 2009

Susulan: Hak Pelajar!

Assalamualaikum dan salam perjuangan...

Satu hari yang bermakna dan penuh dgn titipan ilmu buat saya. Seperti yg saya jangkakan hasil dari posting yg lepas telah memberikan satu impak yg cukup bermakna diatas usaha untuk memperjuangkan hak pelajar, telah memberikan definisi yg baru dalam konteks perjuangan untuk membawa hak dan kebajikan pelajar.

Saya telah menerima pelbagai reaksi dan mesej yg mana saya kirakan cukup berguna untuk diselak dan diguna pakai. Saya mendapat banyak sokongan, nasihat dan tidak diketepikan juga tentangan yg mana hasil dari reaksi yg lepas. Cukup mengujakan apabila melihat banyak mata mula memandang isu "kecil" ini apabila satu 'gertakan' yg dirasakan cukup "kecil" sepadan dgn isu yg dibawa. dari situ mulalah kita melihat satu demi satu fitnah yg mula ditaburkan untuk menghilang identiti sebenar isu yg dibawa dan pelbagai isu kecil yg mula ditempekkan untuk didayung bersama.

Antara reaksi yg mendapat perhatian saya adalah apabila ayahanda TNC HEP yg kita sayangi sendiri telah menghantar satu sms kepada sy antaranya menyatakan "ruang rundingan masih terbuka". Saya beranggapan apabila saya dihalau keluar dr bilik sekretariat maka itu menandakan ruang rundingan telah ditutup tetapi atas rasa hormat dan sayangnya terhadap ayahanda maka saya akur dan bersetuju dengan rundingan.

Saya dijanjikan oleh AR Unit Exam bahawa ketua sekretariat exam untuk sesi akan datang pasti ditukar kepada seseorang yg lebih bertanggungjawab dan ini adalah satu khabar yg diraikan. Saya mengharapkan isu ini mampu untuk memberi satu laluan kepada transformasi dari segi kecekapan pentadbiran dari atas hinggalah kebawah. Perbincangan lanjut akan dilaksanakan bersama beberapa pihak dan saya mengharapkan satu keputusan yg mampu memberi keselesaan kepada semua.

Saya labuhkan isu ini dengan menantikan satu rundingan untuk menuntut hak pelajar yg akan ditentukan pada masa beberapa jam dari sekarang. Saya kira ia agak mengujakan dan pastilah sebarang informasi penting akan saya ketengahkan buat tatapan semua untuk sama-sama menilai dan memperbaiki sebarang keburukan dan kekhilafan.

salam kasih sayang.salam perjuangan.salam perpaduan.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

This incident cant be allowed to happen again.

It shows nothing but weakness, dumbness and violating student's right to be treat with equality and respect.

I suggest that particular officer and the rest of Secretariat of Examination to offer public apology to students involved.

SRC-Unisel, regarding to this matter... Im with you!

May the best always be with us.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera.

Sy bkn di pihak mana2.
Cuma sy rs tindakan kedua2 belah pihak, ada betul dan ada salahnya.

Untuk Pihak YDP MPP Unisel,
Saudara YDP, sudah kah saudara siasat apa yg menyebabkan salah seorg anak buah saudara itu(pelajar) diambil id kadnya?ok, mungkin saudara sudah bertanya, tapi pd pendapat sy, ada x sesiapa yg nak mengaku buang najis di tgh jln?

Ok, jika benar pelajar itu benar, biarkan dia berdepan dgn seketeriat,kerana hal ini antara dia dan seketeriat.Maaf jika sy salah,tapi seketeriat telah dilantik dan mmg diberi kuasa penuh dlm 'bilik smentara seketeriat' yg saudara sebutkan sebelum ini. Jika tidak,ramai lah pelajar membawa lawyer mereka ke dlm 'bilik sementara' itu. Kerana kita sedia maklum pelajar unisel,'berduit' orgnya.

Dan, maaf tuan YDP, sememangnya tugas seketeriat amatlah rumit. Kerana di Unisel, seketeriatnya dtg dr kalangan pendidik dan bukan pekerja 'admin'.jadi tugasan seketeriat yg dianggap 'buruh kasar' peperiksaan itu sebenarnya mendorong kepada perasaan stress dan tertekan dikalangan pendidik ini.Ditempat lain, urusan seketeriat exam adalah dr kalangan pekerja 'admin'.

Dan 1 lagi tuan YDP, rasanya tuan YDP selaku ketua tertinggi pelajar bertaraf universiti,haruslah matang dan berfikiran ilmiah. Maafkan sy sekiranya kata2 sy ini melampau, tetapi ingin sy jelaskan di sini, tindakan mengajak para pelajar bg melakukan demonstrasi itu, adalah tindkan yg benar2 menjatuhkan martabat saudara selaku YDP MPP Unisel. Kita seharusnya matang dan profesional dalam melakukan tindakan, kerana semua mata MPP diluar sedang memerhatikan.Walaupun saudara hanya sekadar ingin 'mengertak', ia bukan lah pilihan yg tepat.Maafkan sy sekali lagi,ini hanya pendapat sy.

Bg seketeriat exam pula,
Seharusnya anda selaku seketeriat,abg2,kakak2,malah pendidik,perlu lah bersikap profesional dan mempunyai tutur kata yg sopan.Jika benar apa yg dikatakan oleh YDP ini, anda telah 'bertempik' atau 'menengking' beliau,sy rs itu satu tindakan yg amat memalukan bg seorg pendidik yg bertaraf profesional.

Dan anda(seketeriat) seharusnya peka dgn keadaan disekeliling,biarpun dlm keadaan penat dan tertekan sekalipun, tindakan kita perlu la didahului dgn pemikiran yg rasional dan bukannya emosional.harap saudara saudari di seketeriat akan lebih peka kesan dr kejadian ini.

Akhir kata,Saudara YDP yg dimuliakan, dan juga seketeriat exam yg dihormati,cubalah tempatkan diri saudara masing2 ditempat pihak yg sebalik nya.Mungkin kita mampu berfikir dgn lebih matang.Percayalah,tanpa pemikiran yg matang,'ibarat menceduk air dari telaga, air tak penuh, baju yg basah dek peluh'.
Sy mohon maaf kiranya ada pihak yg kurang senang dgn pandangan sy,sy cuma memberi pandangan,bukan menunjuk pandai.harap kita dpt kongsi bersama.Yang baik dtg dr Allah,yg buruk juga dtgnya dgn izin dr Allah tapi lahir dr kelemahan dan kedaifan diri sy sendiri.Wassalam.

Mantan Presiden MPP UTM Skudai.

azraeihusain said...

terima kaseh atas pandangan dan nasihat tuan mantan MPP UTM..

Anonymous said...

salam.. ini pandangan peribadi saya..untuk makluman sekretariat exam ini bukan terdiri daripada kalangan pendidik malah kakitangan pentadbiran... mereka bersama2 mengatur langkah bekerjasama untuk melancarkan proses peperiksaan agar berjalan lancar... perkara2 kecil begini kita bole berbincang terlebih dahulu.. buat ydp azraei anda tentu sedia maklum mengenai peraturan2 tatatertib universiti dimana pelajar tidak bole mengadakan atau mewujudkan atau memanggil pelajar2 untuk melakukan demontrasi tanpa kebenaran universiti... anda selaku ydp patut sedia maklum.. tq