Monday, May 4, 2009

Susulan: ingatan..

Alhamdulillah..

Akhirnya sy mampu untuk menarik nafas yg lega setelah berjaya menyusun satu gerak kerja yg mantap dr kami pihak MPP setelah selesai satu isu yg kami ketengahkan.

Percaya atau tidak selepas isu yg dikeutarakan sebelum ini timbul maka sekurang-kurangnya kami berjaya membuka mata beberapa pihak untuk melihat bahawa kami menjunjung satu nama yg pasti kami akan julangkan iaitu memartabatkan pelajar. Biarpun coraknya bersulamkan ketegasan tapi hasilnya pada saya kepuasan setelah melihat beberapa mata mula gusar berkaitan hal yg dibawa.

Sy kirakan ini satu langkah kecil iaitu langkah pertama kami untuk terus kehadapan, segalanya telah memberi satu peluang kepada saya untuk mencari ilmu dengan lebih banyak dan menggundang pengalaman yg patut diriba.

Bertitikkan isu ini, sy telah mendapat banyak reaksi yg menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap saya dan MPP dan saya terharu diatas sokongan itu, terima kasih sy ucapkan kepada semua yg secara langsung dan tidak langsung kerana prihatin terhadap isu yg dibawa. Kepada yg telah menunggu ditempat yg dijanjikan sy memohon maaf kiranya info pembatalan tidak sampai ditangan anda kerana rundingan masih dibuka jadi sy mengambil kira isu ini masih blh diselesaikan secara rundingan.

Saya tidak menolak satu pandangan yg menyatakan bahawa mungkin sy terlalu tegas dalam penulisan yg mana menggambarkan sikap sekretariat unit exam ini yg terdiri daripada staf dan juga pendidik secara general padahal ia dilakukan oleh beberapa orang sekretariat unit exam sahaja. saya memohon maaf kepada sekretariat yg lain yg tidak terlibat didalam isu ini tetapi sy tidak pernah menuduh pada semua kerana sy hanya memfokuskan pada sesetengah sekretariat shj.

Saya tahu sesetengah dari sekretariat juga adalah terdiri daripada pendidik yg amat saya sanjungi dan hormati. Sy tidak langsung mahu diibaratkan sebagai 'kacang lupakan kulit' kerana kelompok inilah yg telah membina diri saya. Saya yakin pendidik2 ini memahami maksud saya kerana saya hanya memfokuskan kepada pihak yg tertentu sahaja bukan keseluruhan Sekretariat Unit Exam itu. Saya memohon maaf kepada pendidik yg tiada kaitan dengan isu ini dan sesungguhnya saya menghormati dan menyanjungi kalian.

Akhir kata, segala teguran dan nasihat yg baik pasti diterima kerana sy amat dahagakan teguran dan nasihat itu. tetapi harus diingat jangan sesekali menjentik hak dan kebajikan pelajar yg pasti kami MPP akan berjuang untuk itu..

salam kasih sayang.salam perjuangan.salam perpaduan

3 comments:

azraeihusain said...

salam..
sy berdoa agar sentiasa dijauhi dr fitnah dan perbuatan yg menyakiti hati org lain.

pertama sekali sy cukup sedih bilamana melihat ada pihak2 tertentu yg cuba mengail isu ini bersama dgn perkara lain yg bg saya sama sekali tiada kaitan dgn isu ini, tujuan utama semata2 menggumpul pandangan supaya menindih saya,merendahkan saya dan membenci sy..

saya cukup terkilan dan sedih juga bilamana isu ini dikaitkan dgn pendidik2 sedangkan tidak sedikitpun sy melontarkan sebrg tuduhan kpd kelompok yg amat sy sanjungi dan hormati ini kecuali insan yg mana mereka tahu siapa mereka dan mereka tahu bagaimana sikap mereka.

jauhkanlah sy dr golongan yg cuba untuk mencari kelemahan dan membawa isu provokasi semata2 ingin melihat sy jatuh..
nauzubillahiminzalik

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Terlalu banyak pihak-pihak yang tidak berkaitan terlibat dalam isu ini.

Adakah mereka ikhlas memahami isu ini atau sekadar menegakkan benang yang basah? Hanya Allah swt dan mereka sendiri yang tahu.

Perjuangan tetap diteruskan. Yang layak dihormati tetap akan dihormati manakala yang bersalah tetap kekal bersalah. Tanpa mengira status dan kedudukan anda.

Undang-undang adalah buta kepada kedudukan dan darjat. Apatah lagi status dan harta benda.

Tunjukkanlah yang anda wajar dihormati melalui perbuatan anda, kerana melaluinya anda akan menerima penghormatan yang paling tulus dari hati.

Jangan biarkan status menjadikan anda kebal dari teguran. Kerana ia tidak lebih daripada menutup mata kepada kebenaran.

Moga Allah swt merahmati kita semua.

Muhamad Affandi Abd Malik said...

saya setuju dengan zoie n asrul..saya kira kenyataan zoie jelas..apa yang terjadi..patut surat kita buat ari tu kita post kat blog MPP..Zoie bukan point lectrur tapi ada staff unit exam sgt biadab tengking dan hamun pelajar..Saya sgt hormati pensyarah dan kami paham kedudukan org berilmu dalam islam...usah bicara soal tu..kerana terlampau banyak sgt aduan kami tampil untuk perjuangkan isu ini...jadi saya harap para pensyarah tidak terasa...saya kira MPP akan buat kenyataan dalam masa terdekat....