Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tika entry ini dilayangkan bumi unisel sudah mula lenggang dr penghuninya, mula menampakkan kesunyian dan menunjukkan cuti semester sudah bermula.
Mahasiswa satu persatu mula meninggalkan bumi unisel semenjak 1 minggu yg lepas lagi dan hari ini kita dapat melihat hampir 80 peratus mahasiswa unisel sudah mengucapkan 'sayonara' kepada unisel. Rutin setiap semester dimana-mana universiti pun.
Saat beginilah yg dinantikan oleh segelintir mahasiswa setelah satu semester ilmu dititip dan berakhirnya ujian yg membuktikan hasil satu semester. Mahasiswa menantikan masa untuk pulang kekampung setelah meninggalkan kampung dalam tempoh yg tertentu. Segelintirnya merindukan bau kampung halaman, merindukan masakan ibu, merindukan celoteh adik-adik dan merindukan saat bersama keluarga tercinta.
Harapan pada mahasiswa/i unisel supaya gunalah masa dengan sebaik-baiknya, tika cuti sebeginilah kita dapat bergaul mesra bersama keluarga, mencari pendapatan sampingan dan melakukan pelbagai aktiviti yg blh membawa kepada kebaikan. Rebutlah peluang cuti ini sebaik-baiknya kerana sementara inilah kita dapat menghilang segala penat lelah setelah sekian semester berhadapan dgn buku. Rehatkan jiwa anda, tenangkan minda anda, dan rasailah keseronokan bercuti.

Didalam Islam itu sendiri amat menekankan kita supaya menjaga masa sebaik-baiknya iaitu mengisinya dengan kerja-kerja yang membawa kebaikan, jika tidak kita digolongkan didalam kelompok yg rugi. Amat digalakkan kiranya kita mempunyai inisiatif untuk lebih bersedia menghadapi semester yg akan datang, bersedia dgn subjek2 yg akan ditempuhi melalui pengkajian dan melihat struktur pembelajaran. Ini sebenarnya amalan segelintir pelajar cemerlang yg mana mereka galak untuk menghadapi semester mendatang dengan melakukan persediaan yg cukup rapi.
Akhir kalam, jadikanlah cuti kali ini sebagai satu kepuasan bagi jiwa. semoga anda semua dilapangkan nikmat dan rahmat, dimurahkan rezeki, dan bersedialah dengan aktiviti2 yang menarik dan berfaedah..
"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar."(103:1-3)
Salam Kasih Sayang.Salam Perjuangan.Salam Perpaduan
0 comments:
Post a Comment