Saturday, May 9, 2009

DUN Perak:Tercemarnya satu suara rakyat..

Salam Hormat sbg tatah penghargaan buat pembaca...

Susulan episod kerajaan Negeri Perak yang tiada berkesudahan bertambah parah apabila institusi DUN sendiri diceroboh dan dicabul oleh pihak Polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah mula hilang kuasanya dan diperlihatkan sebagai bukan lagi Ahli Dewan Negeri apabila ditarik dan direndahkan statusnya. ADUN ini diibaratkan membawa satu suara rakyat yg mahukan pemimpin mereka dihormati untuk memacu kehidupan yg lebih selesa. Tetapi kuasa mereka yg membawa kuasa rakyat hilang seketika apabila pihak Polis mula berkuasa didalam Dewan yang menentukan agenda dan hak rakyat. maka tercemarlah suara rakyat pabila wakil mereka dilumpuhkan kuasanya.



Kisah 7Mei didalam Dewan Undangan Negeri Perak menunjukkan bagaimana Polis boleh bertindak sebagai berkuasa apabila menceroboh kedalam Dewan tanpa kebenaran manakala Speaker Dewan Undangan pula diseret memperlihatkan kuasa Speaker dirampas begitu sahaja. Menunjukkan kuasa bukan lagi penghalang untuk melaksanakan sesuatu agenda dan yang pasti kuasa sebenar diajar pada persediaan dan strategi yg licik dan kotor.

Pada sudut pandangan saya sebagai Mahasiswa, tragedi ini memperlihatkan ketidakmatangan dan kebuntuan pihak2 tertentu apabila terpaksa mengamalkan prinsip menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu yg diinginkan. Bila gamaknya negara kita akan mencapai kematangan bilamana kejadian-kejadian pergaduhan dan pertelingkahan kerap kali berlaku didalam Dewan samada Dewan Negeri mahupun Dewan Parlimen. Pihak Polis pula membuktikan mereka dengan senang diperkudakan oleh parti politik tertentu dengan melaksanakan apa yg tidak sepatutnya dan ini jelas dibuktikan pada 7 mei yg lepas apabila Polis seketika berkuasa didalam Dewan Undangan Negeri Perak.



Akhir kalam, sy mengharapkan satu kesudahan yg pastilah membawa kegembiraan kepada rakyat bilamana mereka menaruh harapan yg tinggi pada pimpinan yg mereka pilih. Pada saya isu ini sudah boleh dinilai sebagai sudah mencapai satu titik yang kita rujuk pada demokrasi iaitu biarlah rakyat menentukan sekali lagi pilihan mereka. Rujuklah pada kehendak rakyat dan pada saya amat dijunjung kiranya Sultan Perak membubarkan DUN memandangkan isu ini boleh membawa kepada kemaslahatan umum jika dibiarkan berlanjutan. Jalan sebenar adalah membuka pintu demokrasi supaya rakyat menentukan pilihan mereka.

Salam.

0 comments: