Wednesday, May 13, 2009

Ceritera 2: Tiada Berbaki Lagi


Saat jariku menekan punat2 keyboard ini hatiku terasa mula menjauh dengan keluarga tatkala kewajipan tugasku di Universiti memerlukan aku berpisah sementara dengan keluarga. Cuti ku yang hanya seketika sudah laput dimakan waktu dan tiada berbaki lagi.

Berat sungguh hatiku untuk meninggalkan keluarga yang selalunya memang cukup jarang untuk aku balik lantaran tugas dan kewajipan di universiti. Menjadi kelaziman untukku pulang kekampung selepas 2 atau 3 bulan menghuni di bumi UNiSEL dan jika pulang pun masa paling lama aku mampu berhibernasi di kampung ini hanyalah 1 minggu.

Bagiku inilah kesabaran dan ketekunan yang seharusnya dipupuk oleh setiap mahasiswa untuk mematangkan minda dan mengarap ilmu yang seharusnya ditimba.

Aku mengenang tika kaki ku melangkah ke pintu teratakku, wajah bonda dan ayahanda yang sedang menunggu cukup menggembirakan dan menyenangkan hati, terasa seolah2 berdosa kerana membiarkan insan berdua ini menunggu kepulanganku biarpun kulihat wajah mereka cukup seronok melihat salah seorang anaknya pulang. Hati ibu mana tidak seronok melihat kepulangan insan bergelar anak, tangannya ku cium tanda syukur dan hormat pada insan yang telah membesarkan diriku.

Alhamdullilah..

Ayahanda tidak putus-putus bertanyakan khabar asam garam kehidupanku diuniversiti, jarang sekali pulang kekampung telah merancakkan perbualan kami sambil diselia oleh bonda dan adik-adik. Ayahanda merupakan insan yang sangat mengambilberat tentang rancah kehidupan kami adik beradik, setiap gerak kerja kami diketahuinya dan tika masalah kerja mengundang beliaulah penghubung menenangkan jiwa kami mencari penyelesaian.

Kisahnya yang sentiasa bersulamkan perjuangan politik tidak pernah sudah, bahkan kurasakan degupan jantung ku yang sentiasa menyairkan lagu politik adalah kesan yang muncul dari didikan dan pemerhatianku pada ayahanda dari kecil sehingga kini. Kulihat bagaimana turun naiknya perjuangan ayahanda menyebabkan jiwaku kental untuk menusuri ranjau yang sama, bagaimanapun aku melihat tidakku mampu untuk menjadi setabah ayahanda dan sehebat perjuangan ayahanda.

Aku riang berada di teratak yang membesarkanku dari kecil hinggalah dewasa, hatiku seolah2 alpa seketika tentang tanggungjawabku di luar sana. Sayup kembali bila memikirkan aku harus meninggalkan mereka seketika dan melangkah pergi kemedan yang mendewasakan aku.

Tepat jam 1700 aku bakal meninggalkan negeri serambi Mekah ini dan insyllah malam ini aku akan terus ke UNiSEL untuk menjalankan tanggungjawab persediaan sebelum kemasukan pelajar2 baru yang bertarikh 23Mei akan datang.

Akhir Kalam, Sekalung penghargaan buat Sdr Sathan dan Sdri Nurul yang tanpa jemu tekun menjalankan amanah yang diberi tanpa kehadiranku. Aku cukup bertuah kerana diberi kesempatan untuk bekerjasama bersama kalian. Moga semangat kalian terus membara dan memberi inspirasi kepadaku dan sahabat2 kita yang lain.

Salam Kasih Sayang.Salam Perjuangan.Salam Perpaduan

1 comments:

Izbatris said...

Luahan yang cukup menusuk kalbu. Teruskan perjuanganmu! I'm proud of you!