Thursday, May 21, 2009

Konvensyen Kebangsaan IPTA 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya lahirkan rasa syukur dan taubah kepadaNya kerna hari ini saya masih bernafas dan mampu untuk mencoretkan satu pengalaman yg telah dilalui atas dasar untuk memartabatkan nama UNiSEL.

Buat pertama kali Konvensyen IPTA ini membuka penyertaan kepada pimpinan MPP dari IPTS untuk turut serta bersama pimpinan MPP dari IPTA. Saya antara 3 orang pimpinan dari IPTS yang telah menghadirkan diri untuk turut serta didalam satu Konvensyen yang cukup bermakna bilamana ini adalah pentas perhimpunan semua pimpinan MPP IPTA termasuk kesemua 20 YDP MPP IPTA seantero Malaysia.

Kaki melangkah di UTHM tepat pada tarikh pendaftaran dengan membawa diri yang keseorangan memandangkan IPTS hanya dibenarkan diwakili oleh seorang wakil sahaja bagi IPTS yang dijemput. Berbanding pimpinan IPTA yg datang bertemankan angkatan2 MPP yang dibawa melebihi dari 10 orang bahkan mencapai angka 50 orang menyebabkan saya merasakan cukup kerdil disana. Tetapi keseorangan tidak menyebabkan diri gentar untuk berdepan dengan tempoh 5 hari di sana bahkan semakin tegar ingin mencapai objektif iaitu ingin membawa nama UNiSEL.

Gembira didalam duka dapat diibaratkan, gembira bilamana julung kali dijemput menghadiri Konvensyen ini dan dukanya bila hanya dibenarkan seorang sahaja menghadiri biarpun pimpinan IPTA boleh membawa kesemua MPP mereka. Saya mengambil kira ini adalah Konvensyen IPTA maka itulah alasannya untuk saya keseorangan. Saya menerimanya dengan hati yang terbuka memandangkan sahabat perjuangan dari MPP Uniten dan Unitar juga berada dalam situasi yang sama.

Kehadiran saya pada konvensyen kebangsaan IPTA 2009 ini dapat dihidu oleh pimpinan mahasiswa yang hadir malah pihak penganjur bilamana saya tegar mewakili IPTS memperjuangkan hak mahasiswa IPTS yang mana saya merasakan sistem pendidikan kita tidak akan matang selagi kita masih berada dalam suasana IPTA dan IPTS. Sudah tiba masanya untuk kita merobah cara pemikiran yang mana kita sekarang harus menerima condisi IPT bukan lagi IPTS mahupun IPTA!

Negara kita masih terkongkong dengan budaya pembezaan antara IPTS dan IPTA sedangkan pada masa ini kita sudah dapat melihat bagaimana IPTS sudah menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelbagai sudut bahkan jika dinilaikan sesetengah dari IPTS ini jauh lebih baik dari sesetengah IPTA.

Budaya ini dapat ditepis jika Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) betul2 komited ingin melihat sistem pendidikan kita sehebat negara2 maju seperti Jepun, UK mahupun US yang mana tidak membezakan antara IPTS mahupun IPTA. Suasana pendidikan kita terlalu 'rigid' kepada IPT tertentu menyebabkan berlakunya pembezaan dari pelbagai segi mengakibatkan mahasiswa IPT tertentu dirasakan dipinggirkan oleh KPT itu sendiri.

Saya telah membawa hakikat ini untuk diberi perhatian oleh KPT sepanjang Konvensyen IPTA ini dan akhirnya atas bantuan dan sokongan dari pimpinan IPTA itu sendiri maka satu resolusi untuk mengesa KPT bagi memastikan Mahasiswa IPTS juga mendapat hak yang sama seperti apa yang Mahasiswa IPTA dapat dan ini secara langsung dapat mewujudkan suasana IPT yang sihat.

Pimpinan dari IPTA dan pimpinan dari IPTS ini mempunyai pandangan yang berbeza dari segi perjuangan mahasiswa maka tiada salahnya jika kita berkongsi dan melihat bagaimana yang terbaik untuk dilaksanakan kepada mahasiswa.

Ini merupakan satu permulaan yang baik pada saya dan sejurus pulang dari konvensyen saya melihat dan menilai banyak perkara yang dapat diambil dan dilaksanakan. Perhimpunan untuk berkongsi idea dan pandangan bersama pimpinan mahasiswa beginilah dapat membantu kita memperkembangkan kemahiran dan melihat bagaimana orang lain berfikir serta dapat melihat corak pemikiran orang lain.

Akhir sekali, satu penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada teman sahabat perjuangan sewaktu saya disana kerna menghulurkan salam ikatan yang amat baik melalui perkongsian idea, pandangan serta cetusan yang boleh diperjuangkan.

salam kasih sayang.salam perjuangan.salam perpaduan

1 comments:

Nabil Norhalim said...

konvensyen melakar sejarah,mngukir kenangan..tahniah atas perjuangan anak2 IPTS...kita bersaudara...masyarakat mahasiswa pencetus revolusi minda...

visit my blog..

nabil UDM