Friday, May 22, 2009

Kesan berganda..

Alfatihah...

Disedekahkan kepada Allahyarham Pak Su Weil yang telah meninggal dunia pada kira-kira 5.50 pagi tadi. Satu kehilangan yang amat besar buat kerajaan Negeri Kelantan dan juga seluruh rakyat Negeri Kelantan.

Pak Su Weil merupakan ADUN Manek Urai dan merupakan antara pemimpin yang amat disegani oleh rakyat Negeri Kelantan terutama mereka di Manek Urai. Sifatnya yang tegas, mesra, pandai menggambil hati dan berjiwa rakyat dibuktikan apabila allahyarham berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai selama 5 kali berturut-turut semenjak pilihanraya 1986 iaitu sewaktu saya baru belajar bertatih. Jika ingin mengisahkan tentang rona hidup perjuangan Pak Su Weil terlalu banyak dan jasa yang telah ditinggalkan cukup besar jika dikenang.

Kesan berganda diibaratkan apabila kisah di kamar Mahkamah petang tadi yang telah mengisyhtiharkan bahawa DS Zamry sebagai MB Perak yang sah. Bagi pihak PR terutama PAS ini merupakan kesedihan berganda dalam masa satu hari. Semoga PAS dapat menerima segala tentuan ini dengan tabah dan harapan agar ia terselit satu keindahan yang dinantikan semua.

Saya yakin kisah di Perak ini takkan sudah dengan hanya disebabkan keputusan ini sahaja kerna saya meyakini bahawa masih banyak kisah mengejut bakal berlaku. Tetapi sebagai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, saya hanya perlu menanti dan mengharapkan agar yang diharapkan menjadi kenyataan. Pelbagai kemungkinan akan tiba kerna masing-masing menyimpan strategi untuk mendapatkan yang terbaik dan peroleh sokongan dari rakyat.

Realiti kehidupan dunia yang sentiasa kita perlu terima samada ia baik mahupun buruk. Bersabar diatas apa yang telah dirancang olehNYA dan harapkan ia menunjukkan buah yang lebih baik.

0 comments: