Sunday, August 23, 2009

MTS Julai: Penjajahan dirumah sendiri

Tirai Minggu Tekad Siswa Julai 0910 (MTS) berlabuh dengan cara tersendiri yang pada saya amat mengujakan. Percubaan kedua buat MPP 0910 terhadap MTS kali ini tersimpan satu sejarah yang tersendiri. Pada hakikatnya percaturan pertama MPP 0910 terhadap MTS Mei yang lalu berlangsung dengan jayanya dan menyaksikan satu gelombang perubahan yang amat besar bagi keluarga FMTS. Saya mengimpikan kesinambungan dari MTS pertama dibawa terus kedalam MTS kedua bahkan harapan agar kepincangan didalam MTS pertama dapat dikambus pada MTS yang kedua.

Biarpun MTS Julai berakhir dengan baik dan mempunyai kelebihan tersendiri tetapi bagi saya ia tidak mampu menjenguk kepuasan yang diharapkan. Bagi pihak MPP dan FMTS, kami telah memberikan persembahan yang amat baik dan cemerlang tetapi diatas sikap segelintir pihak yang terlalu obsess dengan kuasa dan keangkuhan maka berlakulah kisah penjajahan dirumah sendiri, Seolah-olah alien dan predator mengamuk dan menyerang bumi. Pemikiran yang terlampau jumud dan rigid inilah telah membawa kepada sikap dendam, inginkan kuasa dan keangkuhan melampau dan secara langsung ia memberi kesan terhadap tugas FMTS yang mana banyak kehendak dan keperluan terhalang.

Saya sedih bila melihat sikap ketidakmatangan beberapa pihak sepanjang pengendalian MTS ini, jelas menampakkan yang pemikiran masih ditahap kebudak-budakkan,masih cetek dan rendah ilmu pemikirannya biarpun kalau dulu merupakan bekas pimpinan mahasiswa. Seharusnya sifat kematangan dalam pemikiran perlu diletakkan bukannya kebodohan dan keangkuhan dikedepankan. Atas dasar ingin menunjukkan siapa yang lebih berkuasa maka ujudlah tragedy yang berlaku sepanjang MTS ini.

Terkilan dan kecewa mengundang jiwa saya bilamana melihatkan bagaimana orang-orang sebegini memimpin dikala mereka menjadi pemimpin dahulu? Hasil bagaimana yang telah mereka lahirkan jikalau pemikiran mereka sendiri masih tidak mampu bercambah dengan baik. Wallahuaklambissowab…

Bagaimanapun, satu ucapan syabas dan tahniah kepada keluarga besar FMTS yang telah melahirkan output yang amat berharga kepada mahasiswa/i baru UNISEL. Sesungguhnya jasa dan penggorbanan yang telah diberi kalian amat bernilai dan berharga. Tidak dapat diraih nilai yang telah disumbangkan oleh keluarga FMTS ini biarpun ada nilai ganjaran diberikan. Kami FMTS tidak melihat pada ganjaran yang diletak tetapi kekuatan ukhuwwah dan tanggungjawab lebih bermakna untuk diutamakan! Insyaallah..

3 comments:

shahimi said...

Sedih melihat orang yang "umurnya" tua tetapi berkelakuan "Budak2"..Tidak dapat bezakan mana "kerja" dan mana peribadi..Ingatkan dah ditanamkan "cip" hasutan dalam kotak fikiran FMTS..Tetapi hasilnya, semua FMTS cocok dengan kami dan secara tidak langsung mereka sebahagian daripada kami..Nak jerat "ayam" tetapi terjerat "serigala" lantas diri dibaham serigala yang dijerat...Kerja sia2..

lily said...

tahniah zoei..org sgt2 bangge dgn ape yg zoei dan mpp lakukan..berbanding yang dulu..ketara sgt..org blh nmpak beza dulu & sekarang..

shahir sahran said...

salam...
tahniah kepada saudara zoei yang dikasihi dan juga seluruh mpp 0910 yang telah bertungkus lumus bekerja tanpa gaji berjuang menegakkan hak mahasiswa...satu perbezaan yang ketara dengan mpp sebelum ini...penjajahan ditanah sendiri memang berlaku dek kerana ketidakmatangan dalam membuat keputusan dan percampuran hal peribadi dan urusan kerja...siapalah kite untuk menundukkan keangkuhan mereka...semoga mpp terus tabah dalam menjalankan amanah2 mahasiswa yang seterusnya...