Kenapa tuhan melahirkan manusia yang mempunyai pelbagai citarasa dan kehendak?
Dan kenapa juga manusia dilahirkan berbeza2 dari sudut tarbiah dan fahaman?
Persoalan yang seharusnya sentiasa dimainkan pada otak dan minda seorang pemimpin bagi melahirkan pemimpin yang memahami perasaan dan tingkah laku insan lain…
Cuba kita membayangkan jika perasaan dan hati manusia hanyalah satu dan tiada beza dengan manusia lain, Cuba kita fikirkan juga jika manusia mempunyai citarasa dan kehendak yang semuanya sama, dan cuba kita merenung juga bagaimana jika seluruh umat manusia dilahirkan dari tarbiah yang sama dan mempunyai fahaman yang sama...
Hal yang agak mustahil dan inilah ciptaan tuhan yang maha kaya dan berkuasa..tuhan menciptakan segala2nya begitu cantik dan sempurna, tetapi adakah manusia mensyukuri dengan segala ketentuan?
Saya melontarkan segala persoalan ini untuk kita sama2 berfikir dan merenung yang mana untuk kita sama2 menghormati perkara yang berbeza dengan orang lain…
Sukar untuk kita membiarkan orang lain memahami hati dan perasaan kita dan tika itulah kita memerlukan satu tempat untuk melontarkan dan menyuarakan kepasrahan hati. Siapa yang berani untuk mempersoalkan kecilnya persoalan perasaan? Sedangkan perasaanlah yang mengawal dan membawa diri masing-masing samada kearah mahmudah mahupun mazmumah.
Jika kita mampu untuk persoalkan tindak tanduk orang lain, jika kita mampu untuk mengeluarkan fatwa untuk sesuatu tapi mampukah kita mengawal dan mempersoalkan perasaan kita tika kita dalam kesusahan dan kebingungan? Mampukah kita berperang dengan dunia luar jika perasaan sendiri kita tidak mampu untuk membendung…
Satu persoalan yang saya lontarkan yang mana luahan perasaan biarpun disiniskan isu yang kecil tapi akibat diperkecilkan inilah kita gagal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain, merasakan diri gah bila mempersoalkan isu nasional dan mengetepikan isu luahan hati inilah menyebabkan diri kita sendiri bijak berkata2 tapi gagal melaksanakannya. Saya ibaratkan seperti mencari amanah yang tinggi dan besar untuk dijulangkan tetapi amanah kecil yang dikendong jatuh tercicir berterabur.
Insan yang meluahkan perasaan merupakan insan yang berani berterus terang, membiarkan orang lain memahami hati dan perasaan merupakan tampuk kepada kasih sayang dan melahirkan ketenteraman jiwa. Sifat yang ada untuk setiap makhluk yang bergelar manusia.
Saya teringat satu kata2 indah yang saya petik dari ebook saudara Fuad Latip, cukup bermakna untuk dikongsi bersama:
Saudaraku,
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan
ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan
semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau
jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa
halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan
rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang
kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh
dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan
pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.
Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang
dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….
bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.
Jadi fahamilah perkara berkaitan hati dan perasaan, setiap luahan dan keluhan mahupun yang membosankan pasti diselitkan makna tersirat untuk dipinta memahami bersama.
9 comments:
siapa yang mengatakan perasaan yang yang memandu tindakan..tindakan dipandu oleh akal..akal dipandu oleh ilmu..baru betul statement tu..agaknya sebab tu MPP banyak buat tindakan yang tak rasional kerana tindakan dipandu oleh perasaan.
Sebab itu kita dituntut menuntut ilmu.Dari ilmu itulah kita akan mendapat gambaran yang jelas tindakan yang sepatutbya diambil.
Menarik tajuk ni tapi tak menggambarkan isinya?Mana lebih utama?harap2 tajuk bukan sekadar tajuk tetapi untuk kita renungkan bersama.
sy tidak menolak kata2 anonymous yang mana perasaan dipandu oleh akal dan akal dipandu oleh ilmu..
segalanya lahir dr ilmu dan akal seterusnya memainkan perasaan samada baik mahupun buruk.
tapi saya tetap menyangkal bilamana sdr/i meletakkan akal perkara pertama sedangkan akal adalah perkara asas yang mmg ada pada makhluk dan perkara pertama setetapnya adalah perasaan.
baik buruknya seseorang itu adalah sejauh mana dia pandai mengawal perasaan sememangnya hasil dari ketinggian ilmu yang mereka ada.
jikalau ilmu perkara pertama maka orang yang tinggi ilmunya takkan ada sifat untuk bergaduh dan semua bersifat maksum. tapi kenapa masih timbul isu pergaduhan dan perbezaan pendapat??lahirnya dari perkara pertama iaitu perasaan tidak berpuas hati dan mempunyai pendangan yang berbeza...cara untuk menyatakannya menggambarkan perasaan mereka...itu perkara pertama dan asasnya dari ilmu.
sekali lagi sy huraikan yang mana akal dan ilmu adalah perkara asas yang tidak disentuh saya kerana ia merupakan intipati tetap yang tetap ada pada makhluk. selemah manapun ilmu manusia ia tetap mempunyai ilmu.tapi disini saya menyebut intipati luar yang berkait dengan tindakan iaitu perasaan. jadi tak salah kl saya katakan perasaan adalah perkara pertama yang memandu tindakan. yang membezakan bijak manakah tindakan seseorang dikawal oleh perasaan.
saya ingin menyentuh soal tindakan MPP.kl tidak melibatkan perasaan maka kami tidak pasti akan berjuang kerna tiada perasaan adalah seperti manusia mati, tapi lahir dari perasaan sayang dan keprihatinan kepada mahasiswa maka kami berjuang mengikut perasaan. kami tidak mampu untuk selindung perasaan keprihatinan kami maka tegas untuk mendapatkan hak mahasiswa, kami sanggup bawa isu kehujung manapun isu tersebut. ini yang dilahirkan oleh PERASAAN. tapi perasaan kami bijak lahir dari otak pemikir kami yang berbeza2..
salam.
bravo YDP!
jawapan yg bagus! hehehe
salam...
kpda YDP...
kenapa hnya dsebut tntg ILMU dan AKAL???
IMAN yg mesti ada pada dri nk Letak kat mana???????
bukankah spptutnya ilmu akal dan IMAN adalah pnting....knpa mti lupa pada yng pnting.....intipati ILMU dan AKAL....
IMAN???
k..anonymous n YDPA...
tntg MPP no komen....
salam....
- fahaman @ pegangan yg berlainan actually smthng gud coz menda tue boleh buat kita alert ngan othrs nye needs n feelin...
- ttng perasaan, akal n iman..all of its important...
+++ klw yg memilih perasaan, dier akan jadi mnsia plng cncrn ngan org skeliling..tak mgira smthng based pd keuntungan or nama baik diri sndr..
+++ klw yg memilih akal or ilmu, dier akan membuat smthng based on facts n jd fav. 4 most of ppl..BUT smtime dier akan lupa ngan kebajikan mnsia skeliling..
+++ iman its smthng dat shld b part of life 4 evry muslim...tak perlu dpertikaikan lngsg d'mane letaknya kedudukan iman tue..
conclusion, dpnd on dat ppl which kind of person u want 2 b..all of its ada +ve & -ve...
(sori la erk nyibuk dkt blog org)
Salam...
sesuai la dengan tema post saudara YDP kali nie iaitu manusia itu diciptakan berbeza-beza...
jadi anda kene berdepan dengan feedback dan comment yang berbeza-beza juga...
ilmu,iman,akal dan amal adalah elemen2 yang penting dlm hidup manusia...
cuma semase YDP menulis post ini mungkin terbawa2 perasaan dek kerana "perkara2 tertentu" ketika itu hingga terlalu memfokuskan pada "tindakan dikawal oleh perasaan"...
pihak2 yang selalu menyalahkan MPP pada saya tidak memandang MPP itu secara menyeluruh...
dan mungkin sudah ditanam di dalam hati utk menghentam dan terus menghentam...
kalo benar anda seorang anak JANTAN mengapa anda berstatus ANONYMOUS???
berilah comment2 yang membina...
sokonglah pemimpin2 kita...
tegurlah dengan penuh berhikmah dan berpada-pada...
wasalam...
saudara shahir, saya berstatus anonymous kerana saya bukanlah insan-insan yg mengejar populariti..dan pihak tuan blog sendiri telah membenarkan komen secara anonymous..jadi mengapa harus ada sebarang pertikaian??
P/s: saya sememangnya bukan anak jantan kerana saya wanita..
P/s: kpda pihak tuan blog sekira nya tidak suka dengan insan-insan anonymous sila tukar setting untuk bahagian komen..
p/s: dan saya bukanlah anonymous yang diatas.harap maklum.
saudara shahir, saya berstatus anonymous kerana saya bukanlah insan-insan yg mengejar populariti..dan pihak tuan blog sendiri telah membenarkan komen secara anonymous..jadi mengapa harus ada sebarang pertikaian??
P/s: saya sememangnya bukan anak jantan kerana saya wanita..
P/s: kpda pihak tuan blog sekira nya tidak suka dengan insan-insan anonymous sila tukar setting untuk bahagian komen..
p/s: dan saya bukanlah anonymous yang diatas.harap maklum.
saya teruja dengan kata kata dari artikel blog saudara
sehingga sampai ke kolum blog saya
tahniah kerana berjaya menjadi
seorang pemimpin berkaliber & matang
Post a Comment