Thursday, October 15, 2009

Merungkai satu kejelikan

Susah sebenarnya untuk hati saya menulis berkaitan hal ini tapi jika disimpan makin menjadi2, biarlah saya mengambil langkah untuk bercerita dari terus diprovokasi situasi oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Akal berpendapat, jika dilayan isu ini maka ia menunjukkan ketidakmatangan kami yang mana melayan karenah2 sebegini tapi jauh disudut hati ia memberi impak dan kesedihan pada kami. Terus menerus kami difitnah dan diprovokasi oleh pihak2 tertentu dan yang pastinya pihak yang digambarkan ini adalah dayus bilamana bersuara lantang memperli dan memfitnah kami tapi tidak ditonjolkan diri.

Cuba anda sendiri bayangkan dan gambarkan jika situasi anda berada ditempat kami Majlis perwakilan Pelajar (MPP), boleh dikatakan hampir setiap malam kami duduk berbincang mencari penyelesaian terhadap masalah mahasiswa unisel, mencari satu alternative untuk menghiburkan mahasiswa unisel, mencari kesenangan untuk mahasiswa unisel, mencari lubuk perniagaan untuk mahasiswa unisel, mencari peluang untuk perkenalkan mahasiswa unisel, mencari yang terbaik untuk mahasiswa unisel dan boleh dikatakan segalanya adalah untuk mahasiswa unisel dan bukannya untuk orang lain! Bahkan kami tidak pernah berbincang tentang diri sendiri lebih baik dari isu yang kami bincangkan untuk mahasiswa unisel. Hidup kami MPP adalah segalanya untuk mahasiswa unisel.

Tapi masih ada pihak mahupun dari kalangan mahasiswa sendiri memfitnah kami, memberi gambaran yang tidak baik terhadap kami bahkan membuat satu provokasi yang menyentuh hati buat kami. Cuba pihak2 ini berfikir, dari hasil yang kami buat ini adakah kami dibayar oleh pihak university? Adakah kami mendapat insentif hasil dari kerja kami mempertahankan mahasiswa unisel? Adakah kami mendapat elaun hasil dari mempertahankan hak anda mahasiswa unisel? Adakah kami diberi ganjaran bilamana terpaksa berjaga malam jika terdapat masalah dihostel? Adakah kami mendapat keistimewaan bila masa belajar kami terpaksa dikorbankan semata2 untuk menyelesaikan masalah hutang anda? Bagaimana dgn masalah yuran? Masalah hostel? Masalah slip exam? Masalah air? Masalah accident? Dan bermacam2 masalah mahasiswa….adakah kami dibayar untuk itu dan adakah kami berhak mendapat kutukan dari mahasiswa itu sendiri???

Kl dikatakan kami tidak bekerja untuk mahasiswa unisel maka itu terang-terangan adalah fitnah, masakan kami berjuang untuk mahasiswa hinggakan kami sanggup mengorbankan hubungan baik dgn pihak2 tertentu semata2 untuk mendapatkan hak anda mahasiswa, kl kami tidak mempedulikan hak mahasiswa unisel baik kami menjaga kepentingan kami dgn berbuat baik dengan semua pihak. Banyak faedah yang kami dapat terutama layanan yang baik tapi kami MPP bukan sebegitu, selagi anda mahasiswa unisel tidak mendapat layanan dan hak yang baik selagi itulah kami sanggup menegur dan berkorban hubungan baik dengan pegawai mahupun staff manapun. Adakah anda sedar usaha kami itu? Perlukah anda melihat satu bangunan ditubuhkan atas usaha MPP baru anda ingin katakan kami bekerja untuk anda tapi anda tidak melihat bagaimana hal2 dalaman yang kami bawakan. Untuk bercerita ttg usaha kami itu adalah riak namanya, tapi apapun pada saya anda semua adalah mahasiswa, jangan menuding jari jika tidak mengenali..

Kami MPP sentiasa terbuka untuk menerima teguran tapi janganlah memfitnah dan memprovokasi dgn hal2 yang amat tidak munasabah spt kami menggelapkan duit mahasiswa dan sebagainya. Kami sendiri tidak mendapat sebarang kemudahan dari university masakan kami ingin mengelapkan duit mahasiswa, jaket kami adalah satu2nya barang yang kami ada untuk menyatakan kami ini adalah MPP tapi itupun adalah hasil dari poket kami sendiri bukannya ditaja oleh university.

Anda menuduh kami berlagak atas tiket MPP tapi sedarkah anda kl bukan kami siapa lagi yang ingin untuk bertanding dalam pilihanraya kampus unisel?? Siapa lagi yang mahu untuk menjaga kebajikan anda kl bukan kami!Untuk memilih MPP yang seramai 28 orang ini dari jumlah hampir 13000 mahasiswa unisel cukup susah diunisel!! Tiba hari penamaan calon tiada seorang pun yang berani tampil untuk berjuang termasuklah insan2 ataupun pihak2 yang berani mengutuk kami kecuali kami inilah yang tiba dihari penamaan calon. Kenapa??? Kerana tiada seorang pun yang berani tampil untuk berkhidmat seperti kami bekerja bagaikan orang gila tapi tiada insentif berbentuk fizikal yang kami terima. Tapi disebabkan kamilah orang2 yang berfikir tentang insentif yang tidak nampak untuk dibawa kehadapan iaitu pengalaman, perjuangan, dan kekuatan untuk membela hak mahasiswa unisel. Insentif berbentuk fizikal bukan apa bagi kami, kami boleh dapatkan lebih dari ketika menjadi MPP. Wallahi saya sanggup katakan, kami bekerja bukan untuk nama mahupun insentif!

Bagi anda yang terus menerus menyerang kami, saya sepenuhnya mencadangkan anda ambillah tempat kami biar anda pula merasai bagaimana penat lelah berkhidmat kepada anda. Tapi kl anda tidak mampu dan hanya mampu untuk bermulut busuk sebegini biarlah kami yang terus menjaga kebajikan mahasiswa unisel sehinggalah selesai tempoh kami. Dan tika itu anda lihatlah ramai ataupun tidak mahasiswa kita yang cintakan perjuangan yang sebegini. Biarlah kami menjalankan tanggungjawab kami sebaiknya dan jika salah kami tidak pernah menghalang anda dari menegur kami, tegurlah cara yang penuh hemah yang seperti digelar seorang mahasiswa. Jadilah mahasiswa yang bertauliah dan berpandangan hebat bukannya mahasiswa cabuk sekadar masuk universiti.

Teman2 MPP, bersabarlah kita berjuang semoga jasa kita terus dihitung diakhirat kelak. Perjuangan tidak seharusnya berhenti biarpun kelak kita tiada disini lagi. Ambillah kesempatan ini yang mana cabaran dan halangan inilah kita gunakan untuk terus maju dan bangun. Gunalah setiap teguran itu dan jadikan ia pemangkin untuk menunjukkan kematangan kita dalam berjuang. Teman2 sahabat unisel yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada MPP 09/10, teruslah bersama2 kita membawa hak dan kebajikan mahasiswa unisel. Jangan serik untuk berkorban dan memberi sokongan kerna anda adalah tulang belakang perjuangan kita ini…

Salam kasih sayang…

6 comments:

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

salam....mmg sdh dgn apa yang berlaku dan apa yang dperkatakan oleh kamu itu...

bagi mata2 sperti saya yang sering dan hanya dapat mmbaca entri dan komen2 setiap pelajar unisel...mmg sdh bila ada pihak yang saling tduh menuduh tanpa sebarang bukti..

dan mmbaca tuduhan dan fitnah yang d lontarkan oleh pihak2 tertntu mmg x patut.....

tapi sedarla..inilah realiti dunia.... sebaik mana pun orng yang dapat mngubah dan memimpin MPP dgn sebaik2nya....tetap ada juga pihak2 yang x kan puas hati....itu lah realitinya...

kuatkan la semangat dan berjuangla demi menegakkan perjuangan yang kmu lakukan.....

dan ikhlaslah dalam mmbantu memperjuangkan hak2 mahasiswa/i ya....

salam perjuangan pada kamu
kuatkanlah semangat....jgnla kerana kata2 org seperti itu kmu mpp jadi lemah!!!!!

assalmualaikum

nmi said...

Azraei... sabar, tabah, istiqamah and hold to the principle. It is when you are hardest hit that you must not quit. The tough will get going. Insyaallah. My best wishes to you and team.

MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam perjuangan kehadapan PEMIMPINKU yang ku patuhi!!!

Tiada apa dapat ku katakan berkaitan tomahan yang diterima..Tomahan yang kuterima adalah setitis jika dibanding dengan tomahan yang diterima oleh mu..

Jangan biarkan tomahan dan cemuhan itu mempu merusakkan "TANZIM" yang dibina..

provokasi "longkang" tidak pernah berjaya dalam menumbangkan saff pinpinan mu..

percayalah..

Mereka hanya mampu menggegarkan..tidak menumbangkan..
Ugutan "anjing" liar tidak bisa menggentarkan selain serangan mematikan..

Kuatlah PEMIMPINKU..jangan kau hirau fitnah2 "meliar"..

Tidak dapat kita puaskan hati semua melainkan setiap kehendak "karut" dituruti...

untuk jalan selamat ambillah jalan tengah iaitu menurut kehendak mejoriti..

kerana dalam sistem demokrasi suara mejoriti adalah kuasa PEMERINTAH....

suara minoriti ibarat "anjing" liar yang menyalak...

salam perjuangan!!!

Leoz said...

saya adalah org luar
slalu mengikuti blog saudara
sebenarnya saya hormat
dengan pendirian & semangat saudara

teruskan berjuang
jgn memperdulikan
langau yg bising
atau nyamuk yg cemburu
yg penting nawaitu & keikhlasan

jika tidak saya juga salah seorg pelajar unisel
tapi keadaan masa membuatkan
saya menolak tawaran kemasukan
ogos hari tu

tapi next year
insyaalah
saya sendiri akan melalui
pengalaman sebagai mahasiswi
UNISEL

tahniah saudara Azraei

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera.

kepada saudara YDP khususnya dan MPP amnya.

yes, ive never been in ur position before. therefore, i might be wrong in voicing out my opinion. on this page. now.

but i used to be a leader for few thousands of unisel students not a long time ago.

i am also used to in charge students activity/program worth hundreds thousand ringgit.

on that ticket as well, i have experience of working with few VVIP's at all level, including those at national.

perhaps, i could offer few solutions for u. of course, if u allow me to do so.

sdra azraie,

i will say MPP is lack of tactical strategy to counter those unnecessary critics, slanders and provocative statements.

ive talk this to sec general and few of ur exco members before. but it seems like u guys have ur own strategy.

1) Information.
-politically, its vital for you to ensure that all of ur target group get the info.

publicize every single effort uve done - u need a board!

2) Activity.
-understand on the ambition of u guys wanna have a good, big and great activities.

but first u need to analyze the situation.

in my view, u need to check on the frequency. its okay to have minor activity, but make it frequent.

try to widen ur scope. yea, its necessary to emphasis academic. but also it can be entertainment, as well as sports.

3) Approach.
-its known that u try to use soft approach. i dont say that it is not effective.

but it is widely accepted that a leader must be firm and steady. confident and strong in making decision.

at least to stand for the decision. maybe u could use any of ur subordinates to portray this side of MPP to show some credibility.

sdra azraie,

personally, i regard u as a hardworking person. ur effort deserve some compliments.

the people will always talk. u cant change that.

but u can change the way u counter those attacks.

try it. wish u luck, sir.