Tuesday, March 31, 2009

Kaseh Sahabat Seperjuangan...

mataku layu dan pedih menahan asakan nafsu tidur,
hatiku masih tidak tenteram memikirkan amanah baru yg perlu dibawa..
perasaan bercampur aduk...
nilai perjuangan sebagaimanakah yg akan dinilai kelak...
perjuangan bagaimanakah yg harus dibawa...
semua persoalan menjenguk minda aku pada malam ini...
jawapan demi jawapan aku balas pada setiap persoalan...
tapi satu persoalan yg paling aku kesalkan...
aku buntu mencari jawapan....

bagaimana untuk menanamkn kasih sayang antara sahabat perjuanganku...

kalian amat aku sayangi...
kalian amat aku hormati...
tp sejauh manakah aku disayangi dan dihormati...
aku merintih mencari kekuatan kita...
hanya satu jawapan...
kasih sayang & keikhlasan tunjang perjuangan sahabat...

Sunday, March 22, 2009

Syabas UMAG’S




Unisel Mountain Adventure Group (UMAGs) blh dikatakan salah sebuah kelab yg berjaya di UNiSEL, pencapaian mereka mmg hebat dan blh dijadikan contoh untuk kelab lain.

Resepi kejayaan mereka melalui lebih 30 program yg berjaya dilaksanakan blh dijadikan perasa tambahan untuk kelab2 lain di UNiSEL didalam memacu kejayaan. Kemuncak kejayaan UMAGs ialah apabila berjaya menawan puncak gunung kinabalu dan semalam pula mereka meraikan 10 tahun UMAGs ditubuhkan melalui Majlis Makan Malam Selangkah KeMercu.
Tahniah UMAGs!

Teruskan usaha kalian terutama demi untuk menaikkan nama UNiSEL dan gunalah ilmu serta pengalaman yg ada itu dgn membantu kelab2 yg masih baru di UNiSEL.

UNiSEL mengharapkan setiap kelab dan persatuan dapat melahirkan ahli mereka iaitu mahasiswa yg berketerampilan dan berilmu, disamping berpengalaman luas mereka haruslah mempunyai nilai2 murni yg dituntut dalam agama Islam dan juga agama lain.

Syabas…

Thursday, March 19, 2009

Pengisian yg didambakan UNiSEL..



Susah sebenarnya untuk melihat program yg berlangsung di UNiSEL ini yg berteraskan pembangunan modal insan yg mendapat sambutan gembira dr penghuninya, kebiasaannya program hanyalah tinggal program iaitu hanya berapa kerat jer mahasiswa yg memberi perhatian.

Tp syabas buat PUSAT ISLAM UNiSEL yg menganjurkan satu wacana membawa tajuk “Dimana Kan Ku Cari Ganti” menampilkan Dr Badrul Amin bin Baharun sebagai penceramah kerana sambutan yg diterima tidak mengecewakan. Menandakan mahasiswa unisel masih mencintai program2 ilmiah untuk dihirup ilmunya. Program sempena sambutan Maulidurrasul itu yg berlangsung di Masjid UNiSEL Berjaya dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi.

Sebenarnya inilah antara program yg amat didambakan oleh mahasiswa UNiSEL disamping program2 lain. Program2 yg membina modal Insan sebeginilah seharusnya diperbanyakkan untuk membentuk generasi mahasiswa yg berakhlak mulia.

Dengan berprinsip sebegini tak bermakna sy menolak program berbentuk hiburan tetapi perlulah dikawal supaya dikatakan tidak melampau ataupun ‘Bida’ah’. Tidak salah hiburan itu jika ditapis dan yg pasti selari dgn kehendak Islam. Untuk mengelakkan masalah sosial di unisel hanya ini sahaja caranya. Mahasiswa unisel sebelum ini sudah banyak disajikan dengan program2 berunsur hiburan jadi apa salahnya kita mula perbanyakkan program yg lebih kepada membina modal insan, membentuk keperibadian unggul dan membina jati diri.

Saya hanya takutkan mahasiswa kita terpengaruh dgn reality “ISLAMOPHOBIA” yg mana mahasiswa terus dilekakan dengan budaya hedonisme, iaitu supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul dan ini tidak salah jika saya katakan ia mula menjinak di universiti kita. Nauzubillahiminzalik...

Saidina Umar menyebut "Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah". Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam dan ini jugalah yg saya risaukan iaitu janganlah biarkan ia mula terjebak kepada mahasiswa UNiSEL kita.

Jadi jika kita Mahasiswa Islam yg masih cintakan Islam seharusnya peka dengan keadaan semasa, iaitu perbanyakkan program berunsur ilmiah disamping program hiburan yg tidak ditafsirkan sebagai melampau.

Akhirnya, hayatilah sabda Rasulullah SAW : "Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan. Sahabat bertanya " Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah? " Maka nabi saw menjawab " Tidak,bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih dilautan,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu,dan Allah mencampakkan penyakit wahan kedalam hatimu". Sahabat bertanya " apakah itu wahan?" nabi menjawab " Cintakan dunia dan takutkan mati"(hadith riwayat Abu Daud).



Salam...

Monday, March 16, 2009

BERSYUKURKAH KITA DI UNISEL?



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Aku cuba tatapkan satu reality yang senantiasa kulihat ada dibenak fikiran segelintir mahasiswa yang masih lagi tidak mempunyai semangat motivasi cintakan diri dan cintakan institusi. Aku kekadang tertanya-tanya diri sendiri berapa ramaikah mahasiswa unisel yang bersyukur dapat menuntut ilmu di bumi unisel? sambil tu aku pun terfikir kenapa masih ramai mahasiswa unisel yang tidak melihat unisel ini dr sudut positif, dr sudut betapa gahnya, betapa hebatnya dan betapa bertuahnya dapat melangkah dan menimba ilmu di unisel.

Persoalan ini timbul apabila kulihat sesetengah mahasiswa unisel itu kadang2 cuba untuk melemahkan dan merendahkan tahap kehebatan unisel itu sendiri,cuba untuk mempersoalkan kelemahan dan kadang2 membanding-bandingkan dengan IPT lain. Wajarkah seorang mahasiswa yang bakal dilahirkan oleh university itu lemah dan kurang keyakinan terhadap university mereka sendiri?

Padaku jawabannya adalah mereka bakal menjadi produk yg terbuang jika merasakan ia adalah wajar!

Bagi mahasiswa yg tidak merasakan mereka bersyukur di bumi unisel ini bahkan merasakan mereka semata2 untuk mengisi masa kosong hatta merasakan mereka seolah2 membazirkan masa ketika belajar di unisel maka mereka silap sama sekali. Dengan berprasangka buruk dan tidak bersyukurlah telah melemahkan dan menjatuhkan maruah mereka sebagai bakal salah seorg dari hasil dan produk unisel.

Aku cuba untuk mengandaikan bahawa mereka yg ‘negative thinking’ ini adalah tersilap dr segi pemahaman dan tidak mengetahui kesan dr sikap mereka. Apabila kita tidak yakin pada sesuatu pasti usaha kita adalah usaha yang sia-sia. Persamaannya adalah hasil dr kajian aku bahawa ramai mahasiswa unisel yg mempunyai prestasi yg kurang memuaskan adalah dikalangan mereka yg senantiasa memandang buruk dan rendah pada unisel sebagai contoh sentiasa mencari kelemahan unisel dan mengandaikan unisel ini sebagai rendah tarafnya manakala mahasiswa yg mempunyai prestasi yang amat hebat adalah dikalangan mereka yg yakin unisel dapat melahirkan produk yg cemerlang dan dipandang hebat.
Perbezaan hanyalah pada sikap dan pemahaman, dan pada situlah kita dapat melihat dan mentafsir pemikiran segelintir mahasiswa unisel sekarang.



Aku melihat tajuk ini adalah penting untuk dipaparkan kerana ia adalah sikap sebenar segelintir mahasiswa unisel, jangan sesekali cuba untuk merendahkan university sendiri kerana dengan itu kita cuba untuk merendahkan diri kita sendiri. Salahkah kiranya jika kita berbangga dengan university kita sedangkan ia adalah salah satu usaha kita untuk berbangga dengan diri kita.



Yakinlah bahawa hakikatnya unisel iaitu university kita sentiasa dipandang tinggi oleh mereka diluar sana. Produk2 yang dihasilkan university kita laris merata-rata dan pelbagai anugerah telah kita genggami tidak kira didalam mahupun luar Negara.

Sebagai contoh Unisel menunjukkan kewibawaannya di persada antarabangsa apabila menjuarai Open Class Cansat Team dalam pertandingan Cansat Antara Varsiti Dunia di Madrid, Sepanyol pada April lalu. Unisel turut mendapat tempat ke-3 dalam kategori Telemerty. Selain itu Mac lalu, Unisel turut berjaya menghantar kumpulan pertama 73 siswazah Diploma Kejuruteraan dari Program Japanese Associate Diploma (JAD) melanjutkan pelajaran di 15 universiti terkemuka di Jepun selain universiti ternama di luar negara seperti University of Cambridge dan United Kingdom. Antara langkah awal kerajaan negeri untuk menjadikan Unisel sebuah universiti yang mempunyai daya saing serta melahirkan graduan yang bersedia bertugas di peringkat antarabangsa ialah dengan melantik dan membentuk satu barisan kepimpinan kanan university yang amat dikagumi dan mempunyai ketokohan yg tersendiri.

Adakah itu masih tidak cukup untuk kita berbangga dengan nama unisel?
Haruskah kita menunggu lebih 240 pelajar luar negara seperti Yemen, Somalia, Sudan, Vietnam, Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain yang bersama-sama sedang melanjutkan pelajaran di Universiti kita ini menasihati anda dan mengajar kita erti bersyukur?
Rata2 mereka yg saya jumpa sendiri mengatakan Unisel adalah tempat yg terbaik untuk mereka belajar. Dengan itu tepuk dada Tanya selera.



Sebagai akhiran, mahasiswa seharusnya mencoba untuk sama-sama menaikkan nama university, menggembeling tenaga membentuk satu suara yang mampu untuk meletakkan suara mahasiswa sebagai suara keramat, dengan itu segala hak dan kehendak mahasiswa dapat dijana dengan sempurna. Secara langsung ia dapat membantu menggerakkan system pentadbiran university kearah yang lebih cekap dan diingini.

Harus dititik beratkan bahawa sikap merendahkan hak kita iaitu universiti kita bukan sikap yang baik tetapi bangunlah untuk memperjuangkan hak kita iaitu unisel kita. Moga sama-sama kita dapat membentuk satu dimensi baru untuk unisel kita dan sama-sama memahami erti kehidupan sebagai pelajar Unisel yg Berjaya.



Wallahua’lam bissowab….

Hilangnya Semangat Berjuang...



Aku terkilan...
Hanya itu yg mampu aku ungkapkan setelah tempoh penamaan calon MPP sesi 09/10 tamat.

Apa yg dapat aku bisikkan hanyalah masih rendah tahap semangat mahasiswa unisel untuk membawa dan memperjuangkan hak serta kebajikan pelajar bahkan untuk memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Terlalu rendah bahkan masih ada sesetengah yg langsung tidak memikirkan ttg perjuangan ini.

Aku kecewa...
Bila memikirkan yg mahasiswa sekarang mahasiswa unisel amnya yg sepatutnya dan seharusnya mempunyai suara keramat yg mampu untuk membawa pelbagai isu dan hak untuk diperjuangkan. Tp sunyi dan senyap mengalahkan suara angin meniup pepohon...

Minda mahasiswa kita masih sibuk diulit mainan dunia dan langsung terlupa ttg perjuangan yg perlu dibawa. Tetapi apabila timbulnya sesuatu isu mulalah tergadah dan menuding jari mencari siapa yg perlu dipersalahkan....
mencari mana penyelesainya...
mencari mana mppnya dan sebagainya...

Bangkitlah sahabatku,kita seharusnya bersama2 memperjuangkan hak dan kebajikan sahabat2 seinstitusi kita, adik2 kita yg mendatang dan seterusnya masyarakat kita...

Aku sebenarnya merindui zaman pemikiran mahasiswa sewaktu anwar ibrahim, shabery chik, pak lah, Tuan Guru Hj Hadi dan lain2 pejuang mahasiswa waktu dulu, sesungguhnya mereka begitu mantap memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa serta masyarakat. Pantang diusik dan pantang dipandang tepi isu kebajikan pasti dibawa keperingkat nasional, mahasiswa sewaktu itu bersama-sama membawa pembaharuan dan memberi idea dalam mengatur percaturan kerajaan..
Hebatnya mereka dan semangat mereka sukar untuk dicari...

Aku hanya dapat menoktahkan bicara ini dengan mengatakan bahawa hanya beberapa orang sahaja yg sanggup memperhambakan diri untuk memperjuangkan isu dan hak mahasiswa unisel.

Manakala sesetengah yg berkelayakan untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa tetapi tidak menonjolkan diri adalah dayus dan takut untuk memperjuangkan hak mahasiswa di peringkat yg lebih tinggi..

Walaubagaimanapun aku bertekad untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa dengan
penuh dedikasi.
walaupun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan...
walaupun bakal dihemburkan kata-kata yg kurang enak didengar...
walaupun tidak mendapat bayaran atas usaha itu walau sesen pun...
Aku tegar untuk berjuang demi mahasiswa dan universiti...
Atas rasa tanggungjawab sebagai salah seorang mahasiswa...
Aku sanggup membebankan diri...

Usaha ini adalah usaha bersama...
Untuk menjaga hak kita bersama...

Dengan itu bersama-samalah kita perjuangkan hak dan kebajikan kita...

Aku pohon kemaafan jika terlebih bicara tersentuh hati pembaca, tetapi apa aku perkatakan itulah hakikatnya...
Mereka hanya mampu menuduh dan mencari alasan tetapi gagal untuk berjuang...
Segala kekhilafan kuaturkan dgn penuh kemaafan..



salam perjuangan...

Wednesday, March 11, 2009

Tangisan Rasulullah menggegarkan arasy



Salam,

Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat.

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.



"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil
berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya
Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan
Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Monday, March 9, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."


"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"
-------------------------------------------------

Subhanallah...

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

dari tafsir hanafi,mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Friday, March 6, 2009

Hanya Ingin Mengingatkan...



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya.....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.




Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya