Thursday, June 25, 2009

10 Years UNiSEL: Satu Bukti

Sebelum saya merebahkan diri ke katil bagi merehatkan badan untuk seketika, ingin saya mencanting rasa kepenatan yang teramat ke dalam blog ini.

Selesai sudah majlis perasmian sambutan ulangtahun UNiSEL ke 10 sekejap tadi yang mana majlis dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Menteri Besar Selangor, turut hadir adalah 2 Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Dr Halimah Ali dan juga YB Yaakob Sapari serta barisan2 tetamu jemputan dalam dan luar universiti.

Majlis Gilang gemilang itu turut memaparkan kisah 10 tahun UNiSEL didalam arena pendidikan negara, pencapaian dan kejayaan yang telah diraih UNiSEL serta pembentukan dari segi struktur UNiSEL itu sendiri. Sebuah pantomen dipersembahkan pada majlis itu yang sarat menggandungi makna tersirat sebagai ganti atau ‘flashback’ bagaimana pembentukan, perkembangan dan pencapaian yang diraih oleh universiti. Syabas kepada PKKU dan saudari Nurul kerana persembahan yang amat baik dan mantap.

Buat pertama kali juga, gubahan baru lagu UNiSEL diperdengarkan dan diperdendangkan oleh kumpulan koir UNiSEL. Lagu baru ini dilihatkan lebih berunsur patriotik dan mampu untuk menanamkan rasa sayang warga UNiSEL pada UNiSEL itu sendiri. Terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbiran UNiSEL kerana berjaya memberi satu nafas baru kerana pada saya walaupun ia hanyalah perkara kecil tapi mampu untuk melengkapkan satu institusi. Saya masih ingat sewaktu mesyuarat bersama pentadbiran yang mana pertama kali selepas bergelar YDP MPP saya mengharapkan pihak pentadbiran agar menggambil tindakan segera terhadap pengubahan lagu UNiSEL ataupun mencipta satu lagu baru untuk UNiSEL, saya ada menyebut tentang kepentingan rasa cinta mahasiswa itu pada universiti adalah amat penting dan tidak mustahil mahasiswa akan merasakan aura ataupun ‘bulu roma menegak’ bila mendengar lagu universiti.

Dalam tempoh 10 tahun UNiSEL teguh di bumi Malaysia ini, banyak pembangunan dan pencapaian telah diraih oleh UNiSEL, pencapaian yang amat pesat yang mana bermula dengan 199 orang pelajar kini UNiSEL mampu menampung 12,000 hingga 14,000 pelajar dalam tempoh 10 tahun penubuhannya. UNiSEL yang pada awalnya hanya menawarkan 3 program diploma tetapi kini terdapat 86 program yang ditawarkan dari program diploma sehinggalah PHD doktor falsafah. UNiSEL sudah berjaya melakar pelbagai kecemerlangan selain berjaya meletakkan diri sebaris dengan Institut Pengajian Tinggi yang lain sama ada awam mahupun swasta.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh UNiSEL ini seharusnya digunakan oleh mahasiswa/I sebagai pemangkin untuk terus berjuang untuk membawa nama universiti. Dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar sendiri, kami menggambil inisiatif sempena 10 tahun ini dengan menyediakan pelbagai program untuk melihat perubahan dalam diri mahasiswa UNiSEL sejajar dengan perubahan demi perubahan yang telah UNiSEL kecapi. Rebutlah peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman dengan sentiasa peka terhadap program2 yang dijalankan sepanjang tahun.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga mengambil kesempatan diatas kunjungan YAB Dato’ MB dengan menyerahkan satu memorandum supaya dua isu yang kami sertakan dan ketengahkan didalam memorandum tersebut dapat diberi perhatian oleh kerajaan negeri secara serius. Harapan agar Kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim mampu untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.

Akhir sekali, ucapan selamat ulangtahun ke 10 buat UNiSEL, harapan agar UNiSEL terus menerus melakar kejayaan dan seterusnya melahirkan graduan yang amat berguna dan berpotensi untuk menggerak negara ke arah yang diinginkan.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

1 comments:

Miza zahra said...

assalamualaikum .. sis saya minta izin copy entry ni utk muatkn dlm asgment sy ye :) jazakillah