Monday, June 1, 2009

MTS : Satu Penghormatan

Salam Kasih Sayang buat penghuni baru UNiSEL…

Hari dihitung, aktiviti dirancang dan mahasiswa dinanti, inilah antara tugas harian FMTS iaitu Fasilitator Minggu Tekad Siswa semenjak 19 May 2009 yang lepas sehinggalah berakhirnya Minggu Orientasi buat penghuni baru yang dimaksudkan iaitu 29 May 2009.

Jelas dengan nama sebagai fasilitator maka setiap tugas pastinya dirancang dengan penuh teliti bagi mencapai objektif Minggu Tekad Siswa (MTS) iaitu ingin memberi pendedahan dan pengenalan kepada mahasiswa/i baru UNiSEL tentang suasana, pengurusan dan corak pembelajaran di UNiSEL. Selain itu ia juga untuk merapatkan hubungan dan memberi keselesaan kepada mahasiswa baru untuk berinteraksi dengan senior yang bakal memberi tunjuk ajar pada mereka. Dengan tunjuk ajar dan keakraban dari senior yang diwakili oleh Fasilitator inilah akan memberi model dan gambaran awal kepada kondusi social di UNiSEL. Dengan itu secara langsung peranan yang dimainkan oleh fasilitator amat besar dan mampu untuk memberi impak kepada mentaliti siswa/i baru.

Sebelum kedatangan fasilitator, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah dulu memulakan langkah membina strategi untuk membentuk satu kumpulan fasilitator melalui temuduga bagi memilih fasilitator yang betul2 berkelayakan untuk digelar fasilitator dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Pelbagai persiapan rapi dijalankan dan akhirnya kumpulan fasilitator yang terpilih telah dihantar untuk menghadiri kursus kepimpinan selama 2 hari.

Kedatangan penghuni bumi UNiSEL yang baru ini disambut kami dengan penuh penghormatan walaupun sedikit kepincangan yang dapat dilihat tapi bagi pihak kami semua segalanya mengajar kami untuk lebih tabah dan belajar dari kesilapan. Saya sejujurnya bersetuju benar dengan kata2 setiausaha FMTS yang juga Setiausaha Agong MPP yang mana mengibaratkan MTS kali pertama buat kami ini sebagai satu eksperimen untuk lebih matang dan berjaya pada MTS yang akan datang.

Saya lebih gemar memerhati dan melihat bakat, ketabahan dan kematangan fasilitator dalam menggendalikan setiap urusan bersama siswa/I baru buat pertama kali ini. Saya mengharapkan satu idea akan lahir dan penambahbaikan dapat dilaksanakan kelak. Sepanjang pemerhatian diibaratkan bahawa fasilitator ini masing2 mempunyai idea dan pandangan yang berbeza samaada yang lama mahupun yang baru, kemahiran mereka dapat dipupuk dan saya melihatkan ramai yang baru tetapi mempunyai charisma yang tinggi dalam bidang tugas yang diberi. Insyallah jika mereka masih bersama dimasa hadapan membantu dalam urusan pengambilan pelajar baru saya yakin MTS yang bernafas baru bakal dilahirkan.

Kematangan dan disiplin yang tinggi amat diperlukan didalam diri setiap fasilitator, jika dua aspek ini dapat dipenuhi maka tidak mustahil siswa/I baru amat menghormati dan menyanjungi abang2 dan kakak2 fasilitator. Bukan senang untuk meletakkan diri kita sebagai orang yang dihormati melainkan kita mempunyai sifat2 yang amat ditekankan didalam islam.

Seminggu didalam Minggu Tekad Siswa membawa penuh erti kepada mahasiswa/I baru bahkan kepada fasilitator itu sendiri. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan dapat ditimba dan diraih. Penuh dengan erti yang tidak mampu untuk digambarkan. Didalam blog peribadi saya ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah secara peribadi kepada semua fasilitator yang terlibat, pada saya anda semua telah memberikan satu hasil dan usaha yang amat baik, bahkan saya tidak mampu untuk meluahkan betapa besarnya penggorbanan yang telah anda berikan pada unisel. Saya mengharapkan kita dapat sekali lagi bergandingan membawa yang terbaik untuk university. Terima kasih yang tidak terhingga kerana berjaya melaksanakn tugas anda dengan penuh hemah dan dedikasi. Moga kalian terus menyokong setiap usaha yang dibawa. Terima kasih!

Salam kasih sayang. Salam perjuangan. Salam perpaduan

4 comments:

Anonymous said...

to abg wan azraie
kte intake 23 mei 09
D.I.P library sains
thaks kt sume fasi2..koang mmg best insyaallah takkan dilupakan...koang bagaikn petunjuk/arah kpd kte utk knal unisel ini...thanks

noor juliana said...

thanx tu abg zoie and smua fasi sbb sanggup mnjaga and byk br nasihat pd saye dan smua student2 yg baru.
Good Luck to MTS and all fasilitator's. Thanx......

i,me,myself said...

Salam...
I glad when reading our juniors' comments...congratulations 2 u n ur commitee..its showed u guys have done a good job perhaps..
but don b too proud dear coz d satisfactions from them might not last longer once they find out the fishy things..so...
go back to ur team..brainwash, brainstorm etc in order to create and decide a better dignity n destiny..every each journey must be a destination my dearest MPP Unisel 09-10..

yang pertama said...

salam buat YDP MPP dan jentera..

mohon maaf andai kata-kata yang bakal terluah bisa mengguris hati dan mencalar perasaan..

sepanjang 9 kali saya melibatkan diri dalam MTS,MAS,dan kembali kepada nama MTS..inilah kali pertama post mortem diwarnai dengan kata-kata pujian yang melambung dan menggunung.
Tiada kesalahan dan kesilapan. Sempurna..Encik YDP, adakah manusia sempurna? menuju ke arah kesempurnaan..ya.tp bkn sempurna.

Seandainya MTS Mei 08/09 sempurna, kenapa terlalu banyak lompongnya? Saya tidak akan menerangkan di mana lompongnya kerana semua menyedarinya tetapi menutup mata..

Saya telah bersemuka dengan Encik YDP mengenai adab dan etika seorang fasilitator, apatah lagi MPP..namun, jawapan yang saya dapat jelas mengecewakan "Biarlah..mereka baru 2 bulan jadi MPP.Bagi mereka ruang." Encik YDP,soal adab dan agama bukan perlukan masa. Sejak kecil lagi kita diajar supaya berajar..tetapi kenapa bila naik takhta jadi kurang ajar..

Bertepuk-tampar antara lelaki perempuan..membonceng motosikal lelaki perempuan..di mana adabnya?mengejutkan fasilitator di Subuh hari seperti mengejutkan banduan di penjara.tetapi di mana beliau?
tiada di masjid..penat agaknya mengejutkan para fasi..

Ke mana MPP dan sesetengah fasilitator pabila program di masjid berlangsung? Semua sibuk? Malam Taklimat Qiamullail di masjid siapa yang ada? Adakah semua MPP ke Shah Alam? Semestinya tidak..

Saya mewakili teman-teman tidak mahu dijadikan kuli oleh pihak jentera YDP kerana kita bekerja untuk universiti. Penghormatan yang kami mahukan bukanlah sebidang karpet merah terbentang di sepanjang perjalanan kami..tetapi secebis rasa hormat antara satu sama lain.

Ingat,walau di mana pun kedudukan kita..AGAMA tetap yang utama.Takkan patah kaki andai berjalan. Takkan kejang tangan andai tidak bertepuk tampar. Kita ada AGAMA..Islam, Buddha,Kristian. Jangan mudah mencampakkan agama demi meraih hati orang lain.

Di sebalik pujian yang menggunung, pasti terselit agenda yang tersembunyi. Rasulullah pernah berpesan "Campakkan pasir di muka orang yang memujimu kerana pujian itu akan membuatkanmu riak".

Encik YDP, sejauh mana pun kita melangkah..AGAMA adalah utama.Berpijaklah di bumi yang nyata. Tak salah menerima kritikan di hadapan, tetapi silapnya pabila menyembunyikan kebenaran yang tak ingin kita lihat.

Berjuang demi kemaslahatan Unisel!
Allahu Akbar!